Edited by Sang_Pencinta at 5-4-2019 01:47 PM
Tarikh keramat 4 April adalah Hari Ramen Kebangsaan (National Ramen Day) yang disambut seluruh dunia bagi menghargai mi sup yang berasal negara matahari terbit itu. Malangnya, menurut Bonnie Chung, seorang pakar makanan Jepun, masih ramai penggemar mi itu yang memakannya dengan cara yang salah!
Kredit foto: Carian Google
Sempena sambutan Hari Ramen Kebangsaan tahun ini, Bonnie ingin berkongsi cara yang tepat untuk memakan mi tersebut supaya anda tidak memalukan diri di hadapan tetamu warga Jepun. Ini kerana mengikut Bonnie, hanya 7% warganegara asing memakan mi itu dengan cara orang Jepun.
Kredit foto: Mirror
Menurut Bonnie lagi, selepas ramen dihidangkan, anda perlulah mengangkat mangkuknya dengan tangan dan mendekatkannya dengan hidung untuk menghidu aromanya terlebih dahulu.
Kredit foto: Carian Google
Kemudian, dengan menggunakan chopstick, sepit mi anda untuk keluar dari sup untuk mengurangkan kepanasan. Hanya 13% warga asing menggunakan penyepit dengan betul, selebihnya lebih suka menggunakan garfu, cara yang salah untuk menikmati ramen.
Kredit foto: Carian Google
Suakan mulut ke hadapan untuk mengelakkan supnya memercik, kemudian masukkan mi itu ke mulut anda. Jangan gigit! Sebaliknya sedut mi tersebut sehingga ke penghujungnya. Sekiranya anda makan dengan berbunyi, jangan malu.
Kredit foto: Carian Google
Menurut Bonnie, anda juga digalakkan menghirup supnya langsung dari mangkuk.
Kredit foto: Carian Google
Bagi tukang masak asing pula, kesalahan mereka ialah menghidangkan langsung mi selepas dicelur. Menurut Bonnie, mi itu sepatutnya direndam semula dalam air untuk mengurangkan rasa kanjinya.
"Lebih baik rendam dalam air sejuk supaya mi tidak menjadi terlalu lembut ketika anda menyediakan ramuan lain,"jelasnya lagi.
Kredit foto: Carian Google
Satu panduan berguna, khas buat mereka yang mungkin teringin makan ramen ketika berkunjung ke restoran Jepun di dalam atau luar negara. -CARI |