Susulan kejadian sebuah rakaman video minggu lalu yang menunjukkan seorang gadis bertudung mencuri telefon bimbit di sebuah kedai makan yang terletak di KL Sentral, kini sebuah lagi video menunjukkan wanita bertudung labuh mencuri tersebar meluas di Twitter.
Kredit foto: Twitter
Kali ini kejadian dikatakan berlaku di sebuah kedai telur yang terletak di Amart, Kempas Johor Bahru dan dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter bernama Hilmi Adi Ruzaini. Dalam rakaman tersebut, wanita yang bertudung labuh dan berpakaian baju kurung kekuningan sedang melihat-lihat di sebuah ruangan kedai.
Bagaimanapun, wanita tersebut kemudiannya mendekati sebuah meja di mana telefon pintar tuan punya kedai diletakkan. Tanpa merasa takut dengan kehadiran dua orang pelanggan lelaki lain yang sedang turut menunggu tauke kedai yang sedang sibuk, wanita itu dengan pantas mengambil telefon tersebut dan kelihatan menyembunyikan di dalam begnya.
'Sekarang Trend Perempuan Bertudung Mencuri Ke ?' - Netizen Kesal Lagi Kes Pencuri Cemarkan Imej Tudung Labuh
Kredit foto: Twitter
Wanita itu kemudian bergegas keluar dari kedai tanpa menyedari semua gerak-gerinya dirakamkan dalam CCTV. Menurut Hilmi, dia mahu video itu tersebar sebagai pengajaran.
Kredit foto: Twitter
Berikutan sekali lagi pencuri menunjukkan imej Muslimah bertudung labuh, ramai netizen yang menonton video tersebut bertanya 'Adakah sekarang trend perempuan tudung labuh mencuri handphone?'
Kredit foto: Twitter
Malahan ada yang merumuskan bahawa pemakaian tudung tidak semestinya seorang itu baik.
Begitupun, ada netizen yang membuat spekulasi bahawa wanita-wanita yang mencuri ini kemungkinan bukannya bertudung labuh pun tetapi menggunakan imej seperti ini untuk membuat kejahatan dalam diam.
Ini kerana masyarakat tidak akan menjangkakan wanita bertudung labuh boleh membuat sesuatu yang memalukan seperti mencuri, jadi mereka lebih bebas bergerak tanpa disedari.
Kredit foto: Twitter
Seorang lagi netizen rakaman-rakaman seperti ini tidak akan digunakan untuk menghakimi semua wanita bertudung labuh. 'Harap jangan pukul rata semua yang bertudung labuh,'katanya.
Yang pasti, kita tidak boleh menghakimi seseorang hanya berdasarkan pakaian mereka. -CARI |