View: 44011|Reply: 350
|
Lan Pepet pukul acik guard warga emas
[Copy link]
|
|
Edited by bellaa at 7-4-2019 04:14 PM
KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan berusia 68 tahun cedera selepas ditumbuk tiga kali pada bahagian muka oleh seorang artis lelaki yang pernah menganggotai sebuah kumpulan lawak, ketika sedang mengawal kawasan perumahan di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan, semalam.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, artis berusia 49 tahun berasal dari Kedah yang memandu kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam, dilaporkan memasuki pagar pengawal keselamatan kawasan kediaman berkenaan tanpa kebenaran.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, berkata susulan itu pengawal keselamatan kemudian bertindak menutup palang laluan keluar pos keselamatan dan mengejar kenderaan yang dipandu artis lelaki berkenaan.
“Selang beberapa minit selepas itu, kereta artis berkenaan melalui semula pos pengawal keselamatan untuk keluar dari kawasan perumahan berkenaan, namun terhenti akibat laluan keluar ditutup dengan palang.
“Berkemungkinan kerana berang kenderaannya dihalang, artis lelaki itu keluar dari kereta sebelum menuju ke arah pengawal keselamatan dan berlaku pertengkaran,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Beliau berkata tidak lama selepas itu, artis itu menumbuk muka pengawal keselamatan terbabit sebanyak tiga kali hingga menyebabkan mangsa lebam di bahagian mata kanan serta sakit pada batang hidung.
“Artis berkenaan turut dilaporkan menendang pinggang pengawal keselamatan selain mengambil batu bata di tepi laluan keluar dan membaling ke arah pengawal keselamatan itu, namun dapat dielaknya.
“Selain itu, pengawal dalam laporannya pagi tadi, turut mendakwa artis berkenaan meminta dia berjaga-jaga kerana hanya bertugas sebagai pengawal keselamatan dan bukannya polis,” katanya.
Marzukee berkata pada masa ini artis berkenaan belum lagi ditahan, namun siasatan sedang dijalankan berdasarkan maklumat saksi yang berada di tempat kejadian serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja dan Seksyen 427 kanun yang sama atas kesalahan melakukan khianat dengan merosakkan harta benda awam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Memang sejenis kasaq n baran dari dulu lagi. Apa nak hairan |
|
|
|
|
|
|
|
tak sangka hapraknya perangai.. |
|
|
|
|
|
|
|
lan pet pet ni mmg baran jgk eh.. ingat lg dulu dia gaduh dgn org mpsj psl clamp tayar kete dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-4-2019 04:16 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Adoii camne nak tepek bideo. Tak reti tepek link tak keluar2 pulak dah |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-4-2019 04:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sejenis taik dadah kot? Tak pon kalah mesin kuda |
|
|
|
|
|
|
|
Menanti komen che ta sambil makan kuaci.... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-4-2019 04:19 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ni ha video nya
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219024994960246&id=1366103888 |
|
|
|
|
|
|
|
hebat anak-anak, menantu & cucu-cucu Che' Wan nih.. kalau bikin kontroversi, bergegar malaya |
|
|
|
|
|
|
|
Laa...bkn dia ni berhijrah baik ka...confuse. |
|
|
|
|
|
|
|
Menantu2 keluarga CW mostly baran erk? Zain pn mcm tu. Si Kuan je masih belum diketahui. Tp dia ni ligat ikut lain pulak. Kaki perempuan |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian dekat emak dorg. Ank menantu spesies buat perangai. 1malaysia pulak tu tau. |
|
|
|
|
|
|
|
me12345 replied at 7-4-2019 04:26 PM
Laa...bkn dia ni berhijrah baik ka...confuse.
Tu wahid rasanya |
|
|
|
|
|
|
|
Wife dia adik che ta yg alim berjubah bertudung labuh.....tp dia ni dulu viral yg tolong org accident tu kan..... |
|
|
|
|
|
|
|
me12345 replied at 7-4-2019 08:26 AM
Laa...bkn dia ni berhijrah baik ka...confuse.
Aku bolayan jer jah
Sebb zaman skrg ni
Kalau buat baik heboh2
Bau ikan sangat ya
Orang skrg ni ramai pakai topeng |
|
|
|
|
|
|
|
Duhh.. Kena dengar cerita dua dua belah pihak dulu.. Konflik berlaku mesti ada pemicu, penyebabnya.. Tapi tak patutla ngamuk sampai tumbuk orang tua mcm tu.. Ishh.. Mungkin dia baran, tapi tak penah lagi sebelum ni dengar si Lan ni pukul orang.. Ramai orang kedah puji Lan ni bagus, org kampung tapi beradab..dulu ada video viral, ada sorang pakcik kena langgar lari ke cemana, Lan tu lari lintas jalan pegi tolong pakcik tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mepampau betul Guard tu buat keje dia je pun wlpon bukan polis Iols mmg benci perangai org mcm ni Tak reti nak sabaq Tp kalo tgok bini lan pet2 ni tudung labuh bagai semua kan.. mmg kalo laki perangai mcm tu mmg susah bini nk tegur sbb tak makan saman |
|
|
|
|
|
|
| |
|