"Whatever... hukum saya, keep on hukum siapa-siapa...sebab itu adalah kehidupan korang dan I dont care."
Atikah Suhaime memuat naik video berdurasi hampir 10 saat bagi menjelaskan isi hatinya. Menujukan video tersebut kepada mereka yang suka menghentamnya atau dipanggil Bawang Rangers, Atikah turut menyatakan dia tidak kisah dengan segala kata-kata yang ditujukan kepadanya, apatah lagi setelah kisah kahwin tidak jadinya dengan Awi Rafael, bertalu-talu dia menerima kecaman.
"Hallo bawang rangers, this is for you. and as for my fans, I love you always," tulisnya di laman Instagram
Bagaimanapun, kata-kata tersebut membuatkan segelintir netizen salah faham lalu menyatakan yang mereka turut tidak kisah Atikah nanti jika berlaku kematian sekalipun. Namun, ia dijawab tenang oleh Atikah ini.
Namun, lebih ramai yang memuji sikap terus terang Atikah ini. Apa yang penting ialah yakin terhadap diri sendiri dan jangan peduli anasir negatif yang hanya merosakkan diri sendiri.
Kredit foto: IG
Pada 15 Mac lalu, Atikah dan penyanyi Awi Rafael sepatutnya mendirikan rumah tangga namun mereka membatalkan perkahwinan secara mengejut selepas setahun bertunang. "I dont care" katanya. - CARI
|