Ramai sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan cantik hingga ada kalanya memakan diri sendiri.
Memetik METRO, seorang wanita menggalakkan anak perempuannya berusia 18 tahun tidur dengan beberapa 'sugar daddy' sebagai jalan singkat untuk membayar kos pembedahan kosmetik mereka.
Kredit foto: ITV/METRO
Dalam temu bual menerusi sebuah rancangan televisyen, Georgina Clarke, 41, mengakui membenarkan Kayla Morris yang kini berusia 23 tahun untuk menari dan melakukan hubungan seks dengan lelaki lebih berusia bagi mendapatkan wang menjalani pembedahan payudara dan bibir dua beranak itu.
Ibu empat anak itu mengakui dalam program TV ITV’s The Kyle Files bahawa dia tahu tindakannya ketika itu salah dan berasa seperti seorang ibu yang tidak berguna.
Kredit foto: News Dog Media/METRO
Difahamkan, Kayla menemui lelaki berusia 50-an untuk menjadi sugar daddynya ketika berusia 18 tahun.
Kay;a ketika berusia 20 tahun
Kredit foto: News Dog Media/METRO
Menurut Georgina, dua beranak itu merancang untuk melakukan pembedahan kosmetik sejak Kayla berusia 11 tahun lagi untuk kelihatan seperti idolanya, Katie Price.
Untuk itu, mereka telah menghabiskan sebanyak 60,000 pound (RM320,955) untuk tampil dengan imej baru.
Kredit foto: News Dog Media/METRO
Berkata kepada hos Jeremy Kyle, Kayla mengakui kehidupan sebagai remaja zaman kini terdedahkan dengan banyak tekanan daripada media sosial, di mana hampir semua orang mahu kelihatan sepeti idola mereka.
"Kalau anda tidak yakin dan gembira dengan diri sendiri, lakukanlah pembedahan kosmetik sekiranya berkemampuan," katanya.
Kredit foto: YouTube The Doctors
Dalam temu bualnya bersama Mail Online sebelum ini, Georgina meluahkan kesyukuran kerana memiliki anak seperti Kayla yang sanggup membayar kos pembedahan kosmetik untuknya.
"Saya tidak kisah hidupnya bergelumang dengan maksiat kerana segala yang kami impikan tercapai," ujarnya. - CARI |