Baru-baru ini kita dikejutkan dengan dua video menunjukkan wanita bertudung labuh melakukan jenayah. Seorang mencuri telefon pintar disebuah kedai makan di KL Sentral manakala seorang lagi mencuri telefon pintar di sebuah kedai telur di Johor.
Dalam kedua-dua kes, netizen berpendapat wanita-wanIta tersebut sengaja menggunakan tudung labuh mereka dalam mengaburi mata masyarakat ketika melakukan perbuatan keji.
Kredit foto: Youtube
Lain pula ceritanya Fresno, California apabila seorang lelaki mencuri sebuah gergaji rantai dengan menyembunyikan objek tajam itu di dalam seluarnya. Kejadian dikatakan berlaku Rabu lalu di sebuah kedai perkakasan lapor akhbar The Fresno Bee.
Rakaman video menunjukkan lelaki itu sedang melihat-lihat di kawasan kedai. Apabila menyedari dia tidak diperhatikan, dengan sekelip mata lelaki itu menyembunyikan gergaji rantai itu ke dalam seluarnya dan menggunakan jaketnya untuk menutup bahagian enjin.
Kredit foto: Youtube
Bagaimanapun perbuatan lelaki itu dirakam dan kini diketahui oleh tuan punya kedai, Jeff Bennet yang telah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Menurut maklumat tambahan, lelaki itu berlalu pergi dengan sebuah trak pick up berwarna perak.
Kredit foto: Carian Google
Polis kini menyebarkan video tersebut kepada orang ramai dan meminta sesiapa yang mengenali lelaki tersebut untuk membuat laporan ke balai berdekatan.
Menakjubkan benda sebesar itu dan pastinya tajam boleh dimuatkan dalam seluar. Pastinya lelaki ini seorang pencuri profesional. -CARI |