View: 2354|Reply: 15
|
[Jenayah]
Lans koperal dihukum penjara, denda dan sebat!!
[Copy link]
|
|
panasss nih..
MELAKA 17 April - Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dijatuhi hukuman penjara lapan bulan, denda RM92,000 serta tujuh sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi selepas mengaku bersalah atas dakwaan menyalahgunakan kad minyak milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernilai RM90,422.90, dua tahun lalu.
Mohd. Nur Baderyshah Matasum, 34, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin.
Mengikut pertuduhan pertama sehingga ketujuh, tertuduh didakwa dengan curang telah menyalahgunakan harta iaitu Kad Inden Minyak Petrol Kenderaan Rasmi PDRM dan Kad Smart Pay bagi mendapatkan wang tunai berjumlah RM90,422.90.
Kesalahan itu dilakukan tertuduh di stesen minyak Petronas Kelemak dalam daerah Alor Gajah antara 1 Mac hingga 30 September 2017.
Bagi perbuatan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman maksimum lima tahun penjara dan dengan sebat dan hendaklah dikenakan denda mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman lebih ringan ke atasnya atas alasan perbuatan itu merupakan kesalahan pertama selain perlu menanggung seorang isteri serta lima anak berusia tiga bulan hingga sembilan tahun.
“Saya menggunakan wang itu untuk menanggung rawatan ibu yang sakit di Sarawak dan selalu berulang-alik ke Sarawak selain turut menanggung bapa yang sudah tua malah saya sendiri menghidap sakit bengkak hati dan sedang mendapatkan rawatan,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Irwan Shah Abdul Samat yang mengendalikan kes bagaimanapun meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berat memandangkan tertuduh adalah anggota keselamatan yang seharusnya melindungi orang awam dan bukannya menyalahgunakan kuasa demi kepentingan diri.
“Kesalahan yang dilakukan tertuduh juga adalah serius malah ia dilakukan berulang kali hingga dapat mengumpul lebih RM90,000 daripada orang awam. Saya mohon hukuman berat demi mencerminkan keseriusan kesalahan tertuduh,” katanya. - UTUSAN ONLINE
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ni baru sorang dah kaut 90k.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by giyomi at 17-4-2019 06:31 PM
klu 2 thn dulu ko bole lepas, tutup mata jer. songlap banyak mana pon takan ada tindakan. Not nw hokey.
|
|
|
|
|
|
|
|
Akak biasa swipe kad kredit tetiba kena bayar hutang.. |
|
|
|
|
|
|
|
wah3.. panjang akal ko ye. yang tukang leret tu tak kena sekali? |
|
|
|
|
|
|
|
Ya betul. Mentang2 la pakai uniform camtu, ingat bebas leh buat apa saje ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jazaa100 at 18-4-2019 03:49 PM
giyomi replied at 17-4-2019 06:23 PM
klu 2 thn dulu ko bole lepas, tutup mata jer. songlap banyak mana pon takan ada tindakan. Not nw hok ...
Iya ke?.....
Jd yg byk kes songlap dulu tu tahun bila, baru 2 tahun ni je ke?
#asalbolehkomen |
|
|
|
|
|
|
|
mksud aku, time you know parti mana perintah boleh lar pejam mata.
#takfikirpanjangterusnakhencap |
|
|
|
|
|
|
|
90k???!!! 6 bulan je ko curik byk tu! kalua xditangkap, ntah berapa ratus ribu ko pulun sorang..x berkat bang oi guna duit tu utk rawatan mak ko...skali ngan ko sakit terus...elok je dipenjara...harapkan pegar, pegar makan padi!! |
|
|
|
|
|
|
|
Gaji ciput bukan alasan utk rasuah atau mcuri ya |
|
|
|
|
|
|
|
Makan babi tak nak pula haram katanya |
|
|
|
|
|
|
|
giyomi: mksud aku, time you know parti mana perintah boleh lar pejam mata.#takfikirpanjangterusnakhencap
Silakan. Ni pon forum membawang. #selagibolehkomen
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah dijatuhkan hukuman.. semoga jadi pengajaran untuk orang lain
|
|
|
|
|
|
|
| |
|