CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1889|Reply: 13

[Tempatan] Kes rasuah dlm JPJ sudah lama berakar umbi

  [Copy link]
Post time 18-4-2019 03:29 PM | Show all posts |Read mode
Dah lama dah, gejala rasuah dalam kalangan penguat kuasa JPJ sudah lama - Loke
Bernama | Diterbitkan pada April 18, 2019 15:03 MYT

KULAI: Kementerian Pengangkutan maklum mengenai gejala rasuah dalam kalangan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah lama, namun tiada bukti untuk mensabitkan kesalahan mereka.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) memang tegas dalam membersihkan pentadbiran bukan sahaja melibatkan menteri kabinet sahaja tetapi semua peringkat termasuk penguat kuasa.

"Mana-mana penjawat awam terutamanya pegawai JPJ yang terlibat dengan unsur-unsur rasuah, kita mengalu-alukan tindakan tegas dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Memang kita tahu amalan (rasuah) ini sudah lama kedengaran, ada pegawai penguat kuasa yang melindungi pengusaha lori dan sebagainya.

"Memang cerita-cerita seperti ini sudah lama kedengaran tetapi untuk mendapatkan bukti, menguatkuatkan (undang-undang), memang ini memerlukan siasatan dan perancangan rapi dari SPRM) dan kita yakin dengan keupayaan SPRM untuk buat siasatan dan tangkapan," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Stesen FedEx Johor, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penahanan 31 individu oleh SPRM semalam melibatkan 24 penguat kuasa JPJ Pulau Pinang kerana dipercayai terlibat dengan gejala rasuah.

Loke berkata pihaknya akan memberi kerjasama penuh dengan siasatan dijalankan SPRM berhubung penahanan anggota JPJ itu.

Beliau juga yakin dengan kredibiliti dan kepimpinan Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid dalam mentadbir jabatan berkenaan dan membasmi amalan itu dalam kalangan penguat kuasa memandangkan Shaharuddin pernah bertugas di SPRM.

Shaharuddin pernah menjadi Ketua Penasihat Eksekutif di Pejabat Penasihat Undang-undang SPRM.

Ketika ditanya sama ada kementerian melihat kepada kemungkinan penstrukturan semula JPJ, beliau berkata kementerian sentiasa melihat untuk memperbaiki operasi jabatan di bawah kementerian dengan penuh integriti dan efisien.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2019 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
yang bg rasuah pulok camner???????
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 04:14 PM | Show all posts
baru sedar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 07:22 PM | Show all posts
Skuau replied at 18-4-2019 03:52 PM
yang bg rasuah pulok camner???????

entahnya. takde program khusus utk perasuah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana2 tempat pun sama je baik gomen baik swasta..selagi ada yg nak memberi tentu ada yg terambil..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 18-4-2019 07:22 PM
entahnya. takde program khusus utk perasuah?

dan akhirnya...MUKA PENERIMA RASUAH gk yg TERPAMPANG...Pemberinya mana...mmmm.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2019 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tangkap dua-dua pihaklah. Baru perasuah takut nak suap dan tak de lah penerima kalau tak de perasuah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila rasuah dh berakar umbi, pemberi pun seba tak kena bilamana rasuah tu dh rupa bayaran tetap.. Contoh dh kes lori besar terutamanya open secret among them, Satu Lori tauke kena byr 100 untuk laluan kawasan A, kalau order tauke keluar kawasan A, top up lg 100 utk kawasan B dan seterusnya.... Boleh je tauke lori tak bayar tapi kalau lori dia asyik kena tahan, mcm mn nk cari mkn. Harga minyak dah naik, rate sewa sama jer... By the way kaum Apa yg biasanya jadi tauke lori....driver lori biasa siapa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2019 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
glump replied at 19-4-2019 08:58 AM
Bila rasuah dh berakar umbi, pemberi pun seba tak kena bilamana rasuah tu dh rupa bayaran tetap.. Co ...

Kenapa kena tahan?

Itu soalan asas Kan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 09:40 AM | Show all posts
Edited by v(T.T)v at 19-4-2019 09:42 AM
glump replied at 19-4-2019 08:58 AM
Bila rasuah dh berakar umbi, pemberi pun seba tak kena bilamana rasuah tu dh rupa bayaran tetap.. Co ...

Tak tanya pulak siapa pulak yg biasa makan rasuah ?
Kalao dia betul betul suchee tak tamak,  tak ambil rasuah punya,  bagi je saman kalao salah undang2.  (mintak duit kopi atau beri rasuah belum tau lagi)
Tokeh atau pemandu lori bawa pistol suruh makan rasuah ke?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2019 08:05 AM | Show all posts
Don’t believe viral messages on social media about RTD officers: MACC
19 Apr 2019 / 11:02 H.



GEORGE TOWN: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has urged the public not to believe everything that circulates on social media.

This comes following a viral message doing the rounds, claiming that the arrest of 24 Penang Road Transport Department (RTD) enforcement officers – for being allegedly involved in corruption – was prompted by an unhappy wife of an officer following a divorce.

The message claimed the woman had played an instrumental role in revealing information about the alleged corrupt activities of the RTD officers.

Without refusing to debunk or confirm the authenticity of the claims, MACC deputy chief commissioner (Operations) Datuk Seri Azam Baki instead urged members of the public not to believe in viral messages from unverified sources.

On Wednesday, a total of 24 RTD officers and six civilians including three women were detained to facilitate MACC’s investigation into bribery cases in which RTD personnel were believed to have received monthly payments between RM10,000 and RM32,000.

The payments were said to be an inducement not to take action against lorry drivers who committed road offences, especially those who had overloaded their vehicles during trips in the northern region.

Sources from the MACC later revealed that more RTD officers would be picked up for questioning. It is believed that up to 75 officers were involved in the bribery cases.

Azam said the modus operandi for the operation involved requiring drivers to paste a sticker on their lorries for the RTD officers to know not to take action.

He added that MACC investigators need time to know the exact extent of the problem, hence why the detainees have been remanded.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Tokei2 yg bagi rasuah pon patut kena tangkap laa juga kan..tarik lesen2 lori mereka...kalau x buat salah knpa perlu jpj tahan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 09:42 AM | Show all posts
hukum yg bagi rasuah,

tapi si penerima pun hukum juga.. setakat hukuman tukar tempat bertugas atau "Cold-room" ni mcm tak brape berkesan
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
@tobby salah satu bukti menteri pengangkutan ph xwat apa apa sepanjang 22 bulan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.411160 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list