Khalid Samad menandatangani buku pelawat Menteri Pertahanan sambil diperhatikan Mohamad Sabu.
Kredit foto: Facebook
Menteri-menteri Kabinet di Malaysia sering menerima kunjungan daripada tetamu kenamaan asing bagi mengeratkan hubungan dua hala dan bertukar pandangan mengenai perkara berkaitan kementerian.
Namun, apabila menteri Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengunjungi sesama sendiri, ia dianggap sebagai sesuatu yang melucukan oleh netizen.
Itulah yang berlaku apabila kunjungan hormat dilakukan oleh Menteri Wilayah Khalid Samad terhadap Menteri Pertahanan Mohamad Sabu pada 19 April lalu diuar-uarkan melalui laman Facebook Kementerian Pertahanan.
Apa agaknya yang dibincangan oleh dua menteri Kabinet dari parti yang sama ini? Kredit foto: Facebook
Sudah tentu yang paling pantas 'membawang' kunjungan tersebut ialah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Melalui status FB beliau pada 20 April, Najib secara sinis menyatakan kegiatan itu sebagai sesuatu yang sihat dalam keadaan negara yang semakin hambar ketika ini.
Kredit foto: Facebook
Netizen seterusnya menjadikan kunjungan tersebut sebagai bahan lawak, malah ada yang mempamerkan kreativiti dengan menulis skrip 'dialog' untuk membayangkan apa yang dibincangkan antara kedua-dua menteri itu.
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Memang menghiburkan apabila membaca komen-komen netizen berhubung kunjungan hormat Khalid terhadap Menteri Pertahanan yang disulami dengan unsur lawak jenaka.
Mungkin itu salah satu cara mereka untuk mengurangkan tekanan hidup akibat situasi ekonomi yang kurang memberangsangkan sejak hampir setahun lalu. -CARI
|