Kredit foto: IG Sufian Suhaimi
Wah, wah, wah! Tahniah diucapkan kepada Sufian Suhaimi kerana lagu Di Matamu tersenarai dalam Malaysia Book Of Records (MBR) sebagai muzik video di YouTube dengan jumlah tontonan tertinggi.
Pengikitirafan itu dikongsikan penyanyi berkenaan di laman Instagramnya diiringi ucapan syukur dan terima kasih kepada pihak yang telah menjayakan lagu tersebut.
Kredit foto: KopiPlanet
Tidak lupa juga, Sufian berterima kasih kepada keluarga, sahabat, peminat dan semua yang mengenalinya. Dalam masa sama, penyanyi itu memaklumkan bahawa satu sidang media akan diadakan untuk berita baik ini.
Sementara itu, menurut Hangat.com, pencapaian Sufian ini menjadikannya artis kedua di bawah naungan Aries Music diiktiraf MBR.
Malah, pencapaiannya turut memecahkan rekod Aiman Tino yang sebelum ini mencatat 43 juta tontonan di YouTube menerusi single Ku Rela Dibenci.
Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Sufian Suhaimi. Semoga dia terus mengorak langkah lebih jauh dalam industri seni tanah air dan tidak lupa diri. - CARI
|