|
Lelaki maut akibat cedera parah dari bahagian perut ke bawah selepas dihempap kren dipandunya.
Kredit foto: Utusan
Utusan melaporkan, kejadian berlaku ketika mangsa memandu jentera berkenaan di tapak projek perumahan berhampiran Taman Maju, Jalan Ipoh-Lumut dekat Seri Iskandar di sini hari ini.
Menurut laporan, Kim Choy, 47, dikatakan cuba melompat keluar dari tempat duduk pemandu, namun gagal apabila jentera itu menghempap sebahagian badannya.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Roslan Ahmad mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 12.25 tengah hari sebelum lima anggota dan sebuah jentera dikerahkan ke lokasi.
Katanya, usaha anggota mengeluarkan mangsa bagaimanapun gagal berikutan berat jentera itu sebelum pihak pemaju menggunakan sebuah kren lain untuk mengangkat jentera berkenaan.
Namun, mangsa disahkan sudah meninggal dunia selepas berjaya dikeluarkan dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|