Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai Lemang To’Ki, tetapi bagi penggemar menu tempatan lemang ini sememangnya pilihan ramai kerana rasanya yang berlemak dan teksturnya yang lembut dan padat.
Kredit foto: Twitter / Carian Google
Tidak hairanlah ada yang sanggup datang dari jauh ke Bentong, Pahang hanya kerana ingin membeli Lemang To’ki ini. Walaupun pernah mencetuskan berita kerana diarahkan tutup sementara oleh Kementerian dua tahun dahulu kerana gagal mematuhi aspek kesihatan tetapi pemilik restorannya kembali bangkit menjadi menu pilihan ramai.
Baru-baru ini, beberapa netizen terkejut apabila sebuah helikopter dilihat mendarat berdekatan premis restoran itu. Dipercayai, penumpang helikopter itu adalah pelanggan kepada restoran lemang tersebut.
Kredit foto: Twitter
‘Dah terlampau kaya ke, beli lemang pun naik heli?’ seloroh netizen yang sempat merakam kedatangan helikopter tersebut.
Kredit foto: Twitter
Beberapa orang lagi memberi komen bahawa helikopter itu pernah dilihat mendarat di situ beberapa kali. Ada yang berspekulasi mengatakan pemilik restoran pernah ditemu bual Astro dan memberitahu sering membawa tetamu datang dari jauh dengan helikopter untuk merasa lemang.
Kredit foto: Lemang To'Ki / Carian Google
Sebilangan lagi melaporkan mereka pernah melihat helikopter sama berdekatan sebuah restoran ikan patin yang popular.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Walaupun ramai yang mempersoalkan tindakan itu satu pembaziran, ada juga yang menyokong dengan mengatakan pemiliknya pasti seorang yang berkemampuan dan wajar untuk menikmati kekayaannya.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Adakah ini satu pembaziran bagi anda? Dan siapakah agaknya hartawan pemilik helikopter tersebut? - CARI |