View: 8723|Reply: 24
|
"Sudah Puas Hidup Miskin," Pengorbanan Isteri Mark Adam Ini Wajar Dipu
[Copy link]
|
|
Penyanyi Mark Adam yang kini aktif dalam bidang persembahan komedi dan juga nyanyian nampaknya semakin popular dan meningkat naik.
Mark yang berasal daripada Filipina telah pun berkahwin dengan Norazah Redzuan ataupun dikenali sebagai Ezan setelah 10 tahun berhijrah ke Malaysia.
Perbezaan budaya dan agama tidak menghalang Mark dan isteri untuk menyantuni keluarga masing-masing secara muhibah. Ibu kepada Mark merangkap mertua Ezan, Florenda Macaraig Echivarre, 61 kini masih menetap di Filipina bersama ahli keluarga yang lainnya.
Namun begitu, walaupun jarang bertemu, Ezan dan ibu mertuanya sangat akrab ditambah dengan kejayaan Mark mencari rezeki di Malaysia menambahkan kemesraan antara mereka.
"Mula-mula agak kekok untuk berkomunikasi.."
Ezan mengakui pada awal tempoh perkahwinan agak sukar baginya untuk berkomunikasi dengan keluarga Mark kerana masalah komunikasi. Namun Ezan beruntung kerana mampu bertutur dalam bahasa Filipina walaupun sedikit lantas membuatkan hubungan mereka bertambah mesra.
Berkongsi pengalaman bersama keluarga Mark Adam, Ezan berasa bertuah kerana layanan ibu mertuanya sangat baik. "Saya dimanjakan seperti anak sendiri, kadang-kadang baju saya ibu yang basuh tanpa saya minta, semuanya dia buat sendiri", ujar beliau.
Ezan juga berkongsi menu masakan yang dinanti apabila pulang ke rumah mertuanya di Filipina. Udang masak bawang putih,chicken adubo ataupun di Malaysia dikenali sebagai ayam masak kicap dan pelbagai lagi.
"Niat nak bantu keluarga Mark Adam.."
Ketika ditemui oleh majalah NONA, Ezan menceritakan saat-saat awal perkahwinan beliau ketika kali pertama menjejak kaki ke rumah keluarga mertua beliau di Filipina. Kehidupan ibu mertuanya sangat daif, ditambah dengan adik beradik Mark yang ramai dan keadaan rumahnya yang sempit. Lantas Ezan berazam untuk mengubah nasib mertuanya dan kesungguhan Mark untuk berjaya juga membuatkan pasangan ini lebih bersemangat untuk meningkatkan taraf hidup.
"Makan nasi berlaukkan ikan masin, saya insaf.."
Ujarnya lagi, keluarga mertua sering makan nasi berlaukkan ikan masin dan tidur beralaskan tilam nipis. Tidak pernah tidur atas katil empuk. Ianya membuatkan saya sebak dan insaf.
Mark dan isteri berusaha mencari rumah sewa dan membeli segala keperluan seperti katil, sofa dan pelbagai barang asas untuk keluarga mertuanya. Senang hati kami lihat mereka gembira, malah tidak merungut.
Ezan juga yang merupakan pengurus kepada Mark Adam juga berjaya menaikkan nama beliau sebaris dengan artis-artis lain. Sikap Mark yang merendah diri membuatkan beliau semakin diterima oleh rakyat Malaysia.
Mark juga mengakui beliau ingin bekerja keras dan mengubah nasib keluarga seperti mana hasrat bapanya sebelum meninggal dunia. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bagusnya pasangan ni... salute them |
|
|
|
|
|
|
|
Mark ni sgt lurus ikhlas. |
|
|
|
|
|
|
|
Pinoy mmg ramai hidup susah..
Tp kalau bab2 ratu cantik.. x kisah lah kebuluran ke hape.. beauty pageant tetap bauty pageant.. mcm 1 perayaan plak. |
|
|
|
|
|
|
|
urg msia terutama merlayu yg suka terima pinoy, myanmar, bangla, indon dan yg sewaktu dengannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah sonok tgk udah bertudung |
|
|
|
|
|
|
|
bagusnya bini mark ni, niat baik mesti Allah tolong. semoga korang bahagia dengan membuat orang lain bahagia |
|
|
|
|
|
|
|
aku sangat suka mark ni. jenis lurus and baik. moga dia bahagia and setia dgn bininya yg satu ni. moga dipermudahkan juga derang utk dapat anak walaupun sorang, jadilah. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus pasangan ni.. suka tgk dorng |
|
|
|
|
|
|
|
aiols x suke pinoy tp mark adam nie terkecuali
die nie baik,lurus bendol..tp x bodo..sopan sgt jmpe dpn2...wife nyer pon nmpak baik n profesional.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aunty_Acid replied at 29-4-2019 12:54 PM
urg msia terutama merlayu yg suka terima pinoy, myanmar, bangla, indon dan yg sewaktu dengannya.
aiols lg rela terime pinoy mcm mark nie dr org melayu sndirik mcm sapi cip cip cip tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Suka dgn mark adam. Sgt humble orangnya |
|
|
|
|
|
|
|
RatuDunia94 replied at 29-4-2019 04:50 AM
Pinoy mmg ramai hidup susah..
Tp kalau bab2 ratu cantik.. x kisah lah kebuluran ke hape.. beauty p ...
Rasanya tu je hiburan dieorg and d only event utk celebrate, suka2..hari2 hidup sgtlah daif, stress..insaf iols masa gi sana |
|
|
|
|
|
|
|
xingat la dalam program mana dlm 2-3tahun lepas kot, mark cakap dia ada jugak d ganggu retis2 wanita yg nak berkenalan lebih rapat tapi dia tolak cara baik sebab syg sgt kat isteri dia...
semoga mark sekeluarga d murahkan lagi rezeki |
|
|
|
|
|
|
|
orang yg pernah merasa susah bila dah hidup senang sikit mesti humble & bersyukur sgt2. Yg baru2 nak kaya mcm sapi cip cip cip & muhd sajad tu tak tau la..bila kaya terus lupa diri |
|
|
|
|
|
|
|
Menantu mcm ni memang jd kesayangan mentua la. Allah pun syg. Semoga cpt2 timang anak ye |
|
|
|
|
|
|
|
mark ni kalau cakap serius ke kelakar ke aku mesti aku nak tergelak.tak tahu kenapa. |
|
|
|
|
|
|
|
bagusnya. semoga dapat terus berbakti kpd keluarga. aku suka mark, muka kering je buat lawak |
|
|
|
|
|
|
|
Sejuk dgr cite nk tlong famili |
|
|
|
|
|
|
| |
|