CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5591|Reply: 3

Slot Widuri RTM1 : AKU YANG KAU TINGGALKAN (elizad, ungku ismail, aedy ashraf)

 Close [Copy link]
Post time 30-4-2019 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode



Nantikan drama adaptasi novel Aku Yang Kau Tinggalkan karya Alina Haizar yang bakal menemukan kembali gandingan Ungku Ismail Aziz dan Elizad Sharifuddin sebagai teraju utama. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd ini akan menemui penonton pada bulan Ramadan di saluran RTM.

JUDUL : AKU YANG KAU TINGGALKAN
EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : bermula 6/5/2019 7pm
SIARAN TV : RTM
PENGARAH : Azri
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, Natasya Mahyan, Adam Shadan, Aedy Ashraf, Husna Mustaffa, Roy Azman, Laila Nasir, Safwan Nazri, Syaffiq Sahli, Dian P Ramlee, Datin Fadilah Mansor, Ku Zara Eryna, Leeza Zain, Sharifah Husna

WATAK PELAKON
Ungku Ismail Aziz sebagai Zaril Ikhwan
Elizad Sharifuddin sebagai Nia Athirah
Natasya Mahyan sebagai Ani
Adam Shadan sebagai Sazali
Safwan Nazri asebagai Syafiq
Syaffiq Sahli sebagai Shahid
Husna Mustaffa sebagai Hajer
Aedy Ashraf sebagai Zainal Azman




SINOPSIS AKU YANG KAU TINGGALKAN
Ikatan perkahwinan antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Dalam tempoh menjaga Zaril Ikhwan, Nia mula jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Diam-diam dia mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik saja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yang lara ke Turin untuk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menentukan mereka bertemu semula di Turin, Italy lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yang terbaik buat mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan. Apakah rahsia yang dipendamkan itu ?


* Utk feminats gandingan ungku-ejad, elkyra dlm TLU, uolsss heksaited ke idok..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-4-2019 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts


Mampukah nak layan 30 episod sepanjang ramadhan ini.. 7pm tau uolsssss..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2019 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by willow12 at 30-4-2019 09:41 AM

@melnanzz
Aku x perasan dah ada tred drama ni minutes before aku published. Ko tlg merge kan lah ye.. Sowwiiii..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2019 01:17 PM | Show all posts
willow12 replied at 30-4-2019 09:40 AM
@melnanzz
Aku x perasan dah ada tred drama ni minutes before aku published. Ko tlg merge kan lah y ...

fungsi "merge" sudah tidak ada lagi di forum ni. Jadi saya terpaksa tutup benang ni. Mintak @willow12 tolong repost dekat benang @ccdj
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.053070 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list