"Saya memang 'mulut laser' dan kuat membebel, tapi saya tak bodoh tau."
Kredit foto: IG Aliff Syukri
Amboi, marah betul gayanya. Dah, kenapa penyanyi dan usahawan berjaya Datuk Seri Aliff Syukri kata begitu?
Dipercayai, Aliff dikecam ramai apabila berkongsi video merotan anak perempuannya, Qadejah kerana membuka tudung di hadapan lelaki tidak dikenali hingga menangis mengongoi.
Mungkin merasakan kritikan dan kecaman diterima terlalu berlebihan, Aliff tampil menjelaskan pendiriannya.
'Jaga anak awak dulu, tak payah sibuk hal anak saya.'
Menerusi kemas kini terbarunya, Aliff mempersoalkan sikap orang ramai yang suka menyibuk dengan caranya mendidik anak.
Ada betulnya juga tindakan Aliff melentur buluh dari rebung. Tapi, mungkin orang ramai lebih bersimpati dengan Qadejah yang masih kecil dan cukup umur untuk dirotan sedemikian rupa.
Apapun, setiap ibu bapa memiliki cara tersendiri mendidik anak-anak. Semoga anak-anak kita semua menjadi orang berguna dan tidak berdendam dengan ibu bapa kerana pernah dihukum dewasa kelak. - CARI
|