CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1258|Reply: 3

Telinga Dipotong Kerana Ucap 'Hai' Kepada Isteri Orang

[Copy link]
Post time 2-5-2019 12:39 PM | Show all posts |Read mode
Malang nasib seorang lelaki apabila telinganya dipotong hanya kerana menegur isteri orang.


Mirror melaporkan, Ajmal Mahroof, 37, berang apabila melihat mangsa mengucapkan 'Hai' kepada isterinya di sebuah taman.




Kredit foto: Mirror




Seorang hakim menyifatkan tindakan tertuduh sebagai berlebihan memandangkan mangsa dan isterinya hanya bertegur sapa.


Mangsa dikatakan terpaksa menanggung kecacatan kekal dan pembedahan menyambung semula telinga kirinya turut meninggalkan parut kekal.


Mahkamah Leeds Crown memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap Mahroof selepas dia mengaku bersalah dengan sengaja mencederakan dan memiliki senjata tajam di kawasan awam.


Menurut fakta kes, Mahroof mencederakan mangsa berhampiran Taman Hyrstlands di Batley, West Yorkshire, jam 1 petang pada 17 Oktober 2018.


Pendakwa Carmel Pearson berkata, mangsa menegur wanita itu kerana mengenalinya sebagai rakan kepada teman wanitanya.


Bagaimanapun, lelaki itu segera beredar apabila wanita itu memberi amaran supaya tidak berhenti untuk bersembang kerana bimbang suaminya melihat interaksi antara mereka berdua.


Namun, mangsa dihampiri Mahroof di tempat letak kereta sebelum menyerangnya.



Hakim Mushtaq Khokhar yang memutuskan hukuman itu berkata, kejadian berkenaan sangat membimbangkan kerana tertuduh mencederakan seseorang tidak dikenalinya hanya kerana melihat mangsa bercakap dengan isterinya.


Difahamkan, bapa lima anak itu dikatakan mengalami kemurungan ketika  kejadian. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2019 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jeles pon berpada-pada la bro. Ni da kena masuk penjara 4tahun. Patutnye telinga dia pon kena potong sekali. Yang si mangsa tu da kena hidup dengan kecacatan seumo hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
pakistan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 11:18 PM | Show all posts
knp tak potong mulut, sbb mulut yang say hai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.174470 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list