CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 18180|Reply: 79

[Jenayah] [Update VIDEO: Penjara 16 bulan] Noor Azlina JANDA SANGAP ada 3 anak jumpa JANTA

[Copy link]
Post time 3-5-2019 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 18-5-2019 10:05 AM

Ibu buang bayi dipenjara 16 bulan
Salim Aziz, Astro Awani |  Diterbitkan pada Mei 16, 2019 13:50 MYT

LANGKAWI: Perbuatan kejam seorang wanita yang tergamak membuang bayi sendiri hasil hubungan sulit dengan teman lelakinya berbalas, apabila dia dijatuhi hukuman penjara 16 bulan oleh Mahkamah Majistret Langkawi, hari ini.

Majistret Mohd Ridzwan Salleh, memerintahkan demikian ke atas tertuduh, Noor Azlina Yusof, 36 tahun, dikuatkuasakan bermula tarikh dia ditahan, pada 3 Mei lalu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang memiliki tiga orang anak berusia 2 hingga 17 tahun itu didakwa membuang bayi berkenaan pada 27 April antara 12 tengah hari hingga 5.30 petang di tepi jalan Kampung Dato' Syed Nahar, mukim Kuah.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tempoh 2 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Nor Azli Mohd Khapiah.

Pada 2 Mei lalu, mayat bayi cukup sifat ditemui dalam keadaan berulat di dalam beg plastik sampah berwarna hitam, berdekatan terowong Kampung Dato’ syed Nahar.


Tarikh berjimak pada hujung bulan September 2018

Kejamnya ibu...


JANDA anak tiga ditahan polis malam tadi selepas membuang bayi yang ditemui berulat dalam plastik hitam di tepi jalan berdekatan terowong Kampung Dato Syed Nahar, di sini.

Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, wanita berusia 36 tahun itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah, ditahan 9.30 malam di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi.

Menurutnya, siasatan awal suspek mengaku membuang bayi itu hasil hubungan terlarang bersama teman lelakinya yang dikenali melalui aplikasi Bee Talk.



“Suspek mengalami tumpah darah pada empat hari lalu sebelum melahirkan bayi itu ketika kandungannya baru berusia tujuh bulan di tempat kerjanya.

“Dia kemudian memasukkan bayi itu ke dalam beg plastik dan membuangnya di longgokan sampah
,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Iqbal berkata, suspek juga memiliki tiga anak berusia dua hingga 17 tahun akan direman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.



Harian Metro semalam melaporkan, mayat bayi masih belum dikenal pasti jantina ditemui berulat dalam plastik hitam dipercayai dibuang sejak empat hari lalu di tepi jalan berdekatan terowong Kampung Dato Syed Nahar, Langkawi.

Berita berkaitan

Mayat bayi berulat dalam plastik hitam

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mei 2019 @ 9:29 AM
Mayat bayi berulat dalam plastik hitam

MAYAT bayi masih belum dikenal pasti jantina ditemui berulat dalam plastik hitam dipercayai dibuang sejak empat hari lalu di tepi jalan berdekatan terowong Kampung Dato Syed Nahar, Langkawi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat itu pada jam 9.05 pagi oleh seorang wanita memaklumkan menemui objek menyerupai mayat bayi dalam plastik sampah.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lokasi kejadian lima meter dari jalan bertar di kampung terbabit dan sebelah kanan penemuan mayat itu ada jalan kecil tidak berturap.

“Hasil temubual dengan saksi wanita itu, dia memberitahu melihat beg plastik hitam di tepi jalan sejak empat hari lalu dalam keadaan tertutup namun tidak dihiraukan kerana menyangka ia adalah sampah.

“Bagaimanapun semasa keluar dari rumah hari ini, dia terhidu bau busuk dan sebaik membuka plastik itu terlihat objek seperti bayi dalam keadaan berulat sebelum memaklumkan kepada polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, jantina, umur dan identiti mayat masih belum dapat dipastikan lagi kerana keadaan berulat.

“Mayat kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Langkawi sebelum akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar esok untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mei 2019 @ 2:29 PM

Buang bayi setiap 3 hari


SETIAP tiga hari akan ada seorang bayi dibuang sama ada dijumpai mati atau hidup.

Walaupun ia sesuatu yang menyayat hati dan dianggap tidak berperikemanusiaan, tetapi itulah fakta sebenar serta realiti yang berlaku dalam masyarakat kita.

Malah, berdasarkan statistik dikumpulkan mendapati sejumlah 577 kes pembuangan bayi dan janin direkodkan antara Januari 2014 hingga Disember 2018.

Rekod itu diperolehi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdasarkan laporan diterima serta siasatan dilakukan sebelum ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Zulkifli Ismail berkata, rekod menunjukkan sebanyak 103 kes buang bayi atau janin berlaku pada tahun 2014, 111 kes (2015), 115 kes (2016), 120 kes (2017) dan 128 kes (2018).



Menurutnya, berdasarkan statistik kes buang bayi, negeri Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 135 kes dalam tempoh lima tahun itu diikuti Sabah (67 kes), Johor dan Kuala Lumpur (62 kes), Kedah (42 kes), Perak (35 kes) dan Pahang (33 kes).

“Sementara itu Perlis mencatatkan jumlah kes pembuangan bayi terendah iaitu sebanyak tujuh kes diikuti Terengganu (12 kes) dan Melaka (13 kes),” katanya.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 435 bayi dibuang didapati baru dilahirkan manakala 142 lagi adalah dalam bentuk janin bayi.

“Berdasarkan statistik oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11), PDRM bagi tahun 2014 hingga 2018, mendapati individu yang membuang bayi atau janin gemar menjadikan kawasan perumahan sebagai lokasi melakukan kegiatan itu berdasarkan 170 kes dilaporkan.

“Selain itu, suspek didapati gemar membuang bayi atau janin di dalam tandas (74 kes), pusat pembuangan sampah (51 kes), masjid dan surau (44 kes), Loji, longkang dan pusat kumbahan (44 kes), tepi kedai dan bangunan (33 kes), tepi jalan (28 kes) dan semak (23),” katanya.



Ditanya kes pembuangan bayi yang ditinggalkan ibu di hospital, Zulkifli berkata, sebanyak 19 kes bayi ditinggalkan di hospital direkodkan setakat ini.

“Setakat ini, JKM tidak mempunyai statistik berhubung kes bayi yang ditinggal berlaku di kawasan di bandar besar atau sebaliknya.

“Bagaimanapun lokasi tempat pembuangan bayi mengikut statistik D11 PDRM menunjukkan kebanyakan kes pembuangan bayi berlaku di kawasan penempatan dan mempunyai bilangan penduduk tinggi,” katanya.

Menurutnya, isu pembuangan bayi sukar diselesaikan sepenuhnya berikutan ia adalah masalah sosial berkait rapat dengan pelbagai faktor berkait.

“Selain penambahan jumlah penduduk, faktor penghijrahan belia ke bandar besar selain kebejatan masalah sosial menyebabkan kes ini terus berlaku.

“Longgarnya ikatan kekeluargaan dan pegangan agama terutama di kalangan muda turut menjadi punca. Namun tidak semua kes buang bayi membabitkan warga tempatan berikutan statistik menunjukkan tujuh kes membabitkan bayi warga Indonesia, tiga bayi Thailand manakala 376 kes lagi tidak dapat dikenal pasti bangsa bayi itu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2019 @ 10:48 AM


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2019 09:56 AM | Show all posts
speechlesss
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 10:13 AM | Show all posts
ya Allah kau mudahkan la urusan bayi ini..tempatkan la dia dalam syurgamu
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 10:24 AM | Show all posts
sian plop iols rasa..si mak pun menjawab la engkau di SANA..ko ingat ko lepas..ANAK ko tunggu ko kt sana nak menuntut keadilan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Buang kat tempat yg baby selamat bole tak??? Main sedap bp minit jah. Pastu nk bunuh baby tu plak
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 10:27 AM | Show all posts
Kenal dari apps sampah?
Banned kan aja wechat beetalk tinder tagged.

Tempat pembiakan std & seks rambang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2019 10:37 AM | Show all posts
saya dah sampai x sanggup nak baca berita2 mcm ni kalau keluar kat fb or forum..

sedihnya bila difikirkan baby tu..kelahiran dia bukanlah kelahiran yg dinantikan
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 10:40 AM | Show all posts
sepatutnya perempuan2 yang ada history mcm nie diikat peranakan nya supaya;

1. mengelakkan kejadian pembuangan janin/ baby
2. kelahiran anak2 yang berketurunan mcm nie

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2019 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh kenapa tak pakaii kondommm kak? Akak ni plus size ke? Takkan sekeliling tak perasan yg dia pregnen?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Mendunia Langkawi sekarang. Akak ni baru 36 tahun anak 17 tahun? Awal nye kawin kak...dulu dan sekarang pun fikiran akak ni tak matang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Takut malu sampai membunuh?
Sesiapa yg kenal org2 yg selalu memantat around
Bgtau kat diaorg
Kalau dapat baby
Beranak then pi jual kat manusia yg nak menyayangi baby
Jangan malu bertanya
Kalau nak meniaga kena la banyak bertanya
Ye laaaa sbb belum ada contact kannn
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 11:53 AM | Show all posts
tangkap skali boipren nya..
pas ni ntah sape lah lagi dia dok membuntingkan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 12:09 PM | Show all posts
Allahu....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari saya kecik sampai saya dah tua ni asyik dengar berita buang bayi. Dulu2 kat tv1 ada iklan kempen cegah pembuangan bayi. Macam2 bentuk bayi yang dibuang. Saya tak boleh lupa ada bayi comel sangat sihat gebu tapi kena bungkus dalam plastik dah ada semut gigit2. Terus meolls melalak takleh tengok iklan tu. Iklan tu tayang tengah2 malam sebelum habis waktu siaran.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 12:14 PM | Show all posts
anak sendiri kot dibuang2, xde perasaan kasih langsung ke?
kalau dah tau nak berzina tu, pakailah protection bodoh
udahlah dapat dosa berzina, dosa membunuh lagi, darah daging sendiri pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada forummer cari yg baca ni, yg ada terfikir nak buang bayi, tolong la buang di tempat yang bayi tu dijamin selamat. Ramai yang nak anak, tapi tak dapat anak. InsyaAllah anak tu akan terbela.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2019 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau iya pun, tanam la mayat tu elok2....ini ko buat mcm sampah pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 12:53 PM | Show all posts
Bila dah tak ada perasaan kesihan belas begitulah jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 12:57 PM | Show all posts
mohon kerajaan gubal undang2 spe yg senjaga buang bayi ni kne ikat peranakan dorang..jenis membiak pun xguna sbab sah2 jenis mak dari neraka
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam teran taik je kannn...buang Pon cam taik...Meleis Logic
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.305354 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list