View: 3230|Reply: 15
|
Terlampau Geram, Lelaki Ini Belasah Wanita Gara-Gara Tak Bagi Signal Di Jalan Ra
[Copy link]
|
|
Tular di media sosial apabila sebuah video memaparkan seorang lelaki yang menaiki motosikal bertindak menampar seorang pemandu wanita yang tidak memberi lampu isyarat ketika membelok.
Tindakan wanita itu yang tidak memberi lampu isyarat dikatakan membahayakan lelaki tersebut. Tetapi wajarkah lelaki itu bertindak sehingga ke tahap mencederakan wanita tersebut?
Isu tidak memberi lampu isyarat ini memang sudah lama dan seolah menjadi barah dalam masyarakat kita. Sudahlah membahayakan pengguna jalan raya yang lain malah boleh mengakibatkan kemalangan maut.
Namun begitu, walau kita geram dan marah macam mana sekalipun, usahlah menjadi samseng di jalan raya.
Wanita tersebut dilihat dalam video berkenaan telah ditampar berulang kali. Sebelum ditampar, kelihatan kedua-duanya sedang betikam lidah, dan lelaki tersebut bertindak menghentak kereta wanita terbabit. Perbuatan tersebut telah menyebabkan wanita itu mengalami pendarahan di mulut.
Melalui pemerhatian netizen, rata rata menyokong tindakan lelaki tersebut mencederakan wanita tersebut atas alasan ianya diharap dapat memberi pengajaran untuk sesiapa di luar sana yang sering mengabaikan keselamatan lalu lintas. Namun begitu ada juga yang menempelak perbuatan lelaki tersebut dan menyatakan perbuatan itu melampaui batas dan 'over'.
Benda boleh settle baik-baik, kenapa nak kena lempang? Jadikan pengajaran buat anda yang selalu saja tak bagi lampu isyarat ketika membelok. Benda bukannya kena pasang dekat kenderaan pun kan? Jadi gunakanlah sebaik-baiknya ya! -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mungkin pompuan tu pon byk mulut agaknya mmg kene la sedas
patutnya tegur je ok kot
aku pon byk kali kene mengalah dgn makcik2 yg belok xbg signal ni
makcik2 yg jenis bawa kete letak dagu kat stereng
ape yg ada kiri kanan pon xtau
|
|
|
|
|
|
|
|
hempok keta sekali ok lagi.. kalau kau bg penampar sekali sbb mulut jahat ok lg.. ni kau pegang kepala kawan tu hentak kat keta pulak... mmg x guna ar.... |
|
|
|
|
|
|
|
esok lusa keluar sokhabar dah
bermaaf2an sempena Ramadan.. |
|
|
|
|
|
|
|
benda boleh tampar buat pe bincang |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dua-dua perempuan bergaduh, apa reaksi orang eh?
kalau lelaki tu seorang anak bujang hensem, adakah orang akan berpihak dengan lelaki tersebut?
bak kata ahli bawang facebook yang dibaca sebentar tadi,
ini namanya Penampar Equality, hidup feminism, katanya
yang makcik bawak kereta tak bagi signal salah
yang pakcik menumbuk orang pun salah
elok gantung lesen makcik tu, membahayakan nyawa orang lain
elok denda, lokap, penjara pakcik tu, melakukan serangan, assault
akhir kata, sayangkan anak, tangan-tangan kan lah
marilah kita tampar semua orang, demi kemaslahatan tanah bawang kita yang tercinta ini
bak kata pepatah,
Dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang,
semua bangang
sekain, terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam kes ni dua2 salah satu tak ikut peraturan jalanraya yang satu lagi walau niat nak mengajar tapi dah guna kekerasan terhadap wanita. Moga jadi pengajaran buat semua |
|
|
|
|
|
|
|
kat penang bersepah spesies tak bagi signal ni, so iols cash kan aje acik kepam tu selayaknyalah |
|
|
|
|
|
|
|
org yg bawak moto ni pun lupa diri, kadang diri pun bawak moto merempit ikut suka mencelah belok pun tak reti kasik signal.. .mendapatla ko jumpa acik bawak kete tak bagi signal |
|
|
|
|
|
|
|
Ko pun tak pakai helmet. Sama la bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by gigimukelabu at 4-9-2020 10:12 PM
.
|
|
|
|
|
|
|
|
pemandu perempuan yang biadab luar biasa di atas jalan raya memang sangat ramai, kebiadapan mereka sambil muka toye tu memang buat orang geram. tapi salahlah kalau rasa boleh guna kekerasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai jek bawak motor xpakai helmet kt kl ni... Bawak kereta main henphone. Toksah jakun sgt la..
Pihak berkuasa buat apa.. Duk jaga tepi simpang tepi jalan pagi2.. Aku tak tau la apa motif dia jaga simpang padahal kalo tak jaga pun org tetaplalu pasal nak gi kerja..
Jadi rajin sikit la jaga kt trafik light pagi2 kalo ada menteri nak lalu dh terlambat nak gi meeting. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah je hon pnjng2 kpd kereta2 celaka yg menyelit xnak beratur kt traffic light. Gasaklah..aku dh beratur lama2 pastu ko nak cilok masuk tanpa bagi signal. Mmg aku hon pnjng2 smpai semua org tgk dan aku xmengalah. Ko langgar kereta aku drp tepi..mmg ko lah yg kena byr |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam hidup i, tak semua tapi majoriti kalau perempuan tu gemok hitam tak lawa pulak tu, mulut diorang memang longkang. Maybe sebab takde lelaki datang ngorat manis mulut cakap manja2 sayang2 kat diorang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|