Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim
sepatutnya menghentikan mengeluarkan kenyataan yang di luar pengetahuannya.
Dr Mahathir juga bukanlah mengkritik Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tetapi beliau menegur pewaris takhta itu, iaitu TMJ sendiri.
"Saya tidak mahu mengulas mengenai sultan kerana sekiranya saya mengatakan yang tidak baik maka, tidak elok kerana baginda seorang sultan.
Tetapi TMJ, dia seorang budak.. dia ini budak bodoh tidak tahu apa yang berlaku diluar sana.
Jadi jangan cakap, kalau kamu tidak tahu apa-apa dan jangan berkata-kata," jelasnya memetik Malaysiakini.
Kredit foto: Malaysiakini
Mahathir mengulas mengenai kenyataan TMJ bahawa perbuatan baik ayahandanya, seperti mengurniakan tanah kepada rakyat dan kerajaan tidak ditonjolkan.
Kenyataan TMJ itu keluar selepas suatu laporan mengenai sebidang tanah persekutuan yang diperuntukkan untuk Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura (RTS) baru-baru ini telah dipindah milik atas nama sultan.
Sultan Ibrahim mengatakan bahawa baginda bersedia untuk menyerahkan tanah itu tanpa kos.- CARI |