View: 2723|Reply: 8
|
5 Promosi Hebat Francais Makanan Sepanjang Ramadan Ini Yang Perlu Anda Rebut!
[Copy link]
|
|
Bulan Ramadan memang bulan yang mulia. Bukan sahaja mengajar umat Islam menahan lapar dan dahaga, tetapi juga sebagai latihan mengajar kita menjadi lebih sabar, bersyukur dan memahami kesusahan orang lain.
Bersempena dengan sambutan bulan yang mulia ini, ada beberapa restoran makanan segera yang mengambil bahagian menyediakan tawaran promosi hebat sepanjang Ramadan.
1. McDonald's
McDonalds menyediakan hampir 30 jenis menu yang boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Potongan sehingga RM8+ boleh didapati dengan memuat turun aplikasi McDonalds pada telefon bimbit anda. Namun, perlulah diingatkan untuk sekali tempahan, anda hanya dibenarkan untuk menebus satu baucar sahaja. Jadi pilih dengan tepat. Jangan menyesal pula.
2. Marrybrown
Restoran makanan segera ini turut tidak ketinggalan menawarkan harga kombo untuk hidangan keluarga. Dengan hanya RM47, anda boleh dapat lapan ketul ayam, dua kentang goreng bersaiz besar, sebotol air Fanta Strawberi 1.5L dan enam biji kurma. Kalau ada rancangan nak bawa keluarga makan sedap-sedap, bolehlah ke Marrybrown.
3. Tealive
Tahukah anda Tealive sekali lagi melakukan kolaborasi dengan e-dompet Touch 'n Go dengan penawaran harga satu cawan air hanya Rm2.50 sekiranya pembelian dilakukan dengan menggunakan e-dompet Touch 'n Go? Jimat banyak kan? Kalau lepas tarawih, agak-agak mengidam air boba Tealive bolehlah dapatkan dengan harga promosi tersebut. Berbaloi dan jimat.
4. KFC
Dengan kerjasama syarikat e-dompet Boost, anda boleh dapat pulangan wang (cashback) sehingga RM5 jika melakukan pembayaran pembelian dengan aplikasi Boost. Mudah sahaja, muat turun aplikasi Boost, tambah nilai e-dompet Boost anda dan lakukan pembayaran di KFC. Tak perlu lagi bawa wang tunai banyak-banyak.
5. Nandos
Dengan hanya RM29.90 anda boleh nikmati satu set hidangan Nandos. Tapi tawaran ini hanya sah untuk dine-in dan walk-in sahaja tau. Tempahan dengan menggunakan telefon tidaklah dibenarkan. Semasa menampah, anda diminta untuk bayar harga makanan dan datang 30 min sebelum waktu berbuka.
Meriahkan sambutan Ramadan kali ini dengan tawaran diskaun hebat sepanjang bulan Ramadan. Agak-agak sudah bosan dengan makanan di bazar, bolehlah pergi ke restoran-restoran ini untuk ubah selera. Memang jimat dengan diskaun yang mereka tawarkan. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tiap tahun pasti rangkaian restaurant makanan segera rajin buat promosi makanan seperti ini |
|
|
|
|
|
|
|
hahah harus buat sbb pengguna melayu ramai |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Meiizu at 8-5-2019 02:29 PM
ai pun rasa nandos set tu mahal....normal lunch set yg hampir sama mcm tu baru rm16.90, ada ayam+nasi+lemon tea ice (air boleh pilih)... takkan lah tambah perri soup & fries dah jadi m29!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
nak dine in kat nandos n kfc time ramadan kat tmpt iols memang fulk house, sepanjang ramadan penuh dengan ca ya nun alip hokey .. time berbuka hokeh... puhlezz la... iols minum air beli kat watson |
|
|
|
|
|
|
|
iols baru je beli tealive tadi tapi yang sedihnya kedai tu tak guna touch n go haha...sabo je la |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya RM9.90 tu...hahaha
|
|
|
|
|
|
|
| |
|