Air kosong merupakan minuman yang terbaik untuk tubuh kita dan membantu dalam usaha menjaga kesihatan.
Namun, ramai dalam kalangan umat Islam di Malaysia yang lebih gemar memilih air yang manis untuk berbuka puasa justeru menyebabkan mereka kurang meminum air kosong.
Bagi menggalakkan pengambilan air kosong semasa berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan, Medical Mythbusters Malaysia menganjurkan acara #airkosongchallenge yang bermula pada hari pertama berpuasa.
Cabaran itu diuar-uarkan kepada para netizen melalui laman Facebook Medical Mythbusters Malaysia pada 6 Mei dan mereka boleh memilih untuk meminum air kosong sama ada yang sejuk atau suam.
Kredit foto: Facebook
Ramai netizen yang memberi sambutan menggalakkan terhadap #airkosongchallenge dan mula berkongsi gambar berbuka puasa dengan air kosong dalam laman Facebook masing-masing.
Mereka percaya meminum air kosong adalah lebih menyihatkan serta membantu usaha mereka untuk mengurangkan berat badan.
Kredit foto: Facebook
Tunggu apa lagi? Sertailah #airkosongchallenge dan kongsi gambar juadah berbuka puasa bersama air kosong melalui media sosial anda. -CARI
|