CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5840|Reply: 36

{ Isu Perhubungan } Dilemma Tunangan

[Copy link]
Post time 11-5-2019 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
C&P dari IIUM Confession...
Ppuan ni yg Buta mata hati ke?
Tunang yg asik bad luck ke?
Tunang Kaki Kincin ke? Apa pendapat hampa?
---DILEMMA TUNANG---
10/05/2019

Assalamualaikum semua. Aku seorang perempuan dan sudah bertunang. Berumur pertengahan 20-an. Aku dilema untuk meneruskan pertunangan ini atau meleraikan demi kebaikan diri sendiri dan juga tunang aku.

Aku dah berkawan dengan tunang ku sejak 3 tahun yang lalu. Aku kenal dia semasa aku membuat kerja partime semasa cuti semester di speedmart. Manakala, dia membantu mak dia yang memiliki kedai makan bersebelahan dengan speedmart.

Dia tiada apa-apa. Belajarnyaa hanya takat SPM, kerja pun hanya biasa-biasa, kenderaan untuk bergerak pun tiada. Tapi tak mengapa ku fikir untuk berkawan kerana kalau betul dia ingin peristerikan aku. Sudah tentu dia akan usaha.

Silapnya aku masa di awal perkenalan, aku sudah memperkenalkan tunang pada keluarga. Memang keluarga tentang habis-habisan pilihan aku kerana dia hanya lah seorang yang biasa2. Tiada apa2. Kerjanya pun hanya biasa2.

Tidak dinafikan, aku memang sedih atas desakan family aku kerana tidak aku sangka keluarga aku agak mementingkan dengan siapa aku hendak berkawan. Yela, ibu bapa mana yang hendak memperjudikankan nasib anak perempuan tunggal pada lelaki yang begitu.

Lebih-lebih dulu aku pernah bercinta dengan seorang anak orang kaya dan akhirnya aku ditinggalkan dan dia pernah bermain kayu tiga semasa aku belajar dia tempat yang berjauhan dengan tempat belajarnya. Malah, aku pernah dibawa makan bersama-sama dengan girlfriend yang lagi satu di meja yang sama tanpa aku ketahui itu adalah kekasihnya yang satu lagi.

Jadi, ku fikir. Tiada salahnya untuk beri peluang kepada tunang aku untuk dia buktikan pada aku sejauh mana dia mampu usaha. Walaupun keluargaku bantah, aku tetap berkawan dengan tunang secara senyap-senyap (tiadalah senyap sangat, keluarga tahu juga).

Sampai suatu masa, aku rasa sudah tiba untuk dia berjumpa dengan keluargaku. Dan alhamdullilah keluargaku akhirnya menerima dia walaupun kerjanya hanya seorang rider dan tidak punya apa2 selain sebuah motor lama untuk kegunaan kerja.

Namun, akhir-akhir ni yakni beberapa bulan sebelum aku bertunang terlalu banyak dugaan yang datang kepada tunang ku. Dan setiap kali aku berusaha untuk tolong dia. Pasti akan ada kesannya pada aku. Aku jadi kurang yakin dan adakah patut aku leraikan saja ikatan pertunangan ini.

Contohnya, tunang sudah berusaha lama untuk keluarkan kereta. Alhamdullilah satu hari dia berjaya keluarkan kereta, walaupun secondhand. Semasa proses bawa keluar kereta, tunang harus selesaikan semua saman yang dia ada barulah tukar hak milik boleh dijalankan. Semasa hendak ke balai polis untuk urusan saman, tunang telah disamun dan habis semua wang untuk bayar saman di ambilnya.

Dan saya pula kesiankan dia, maka saya hulurkan dulu untuk dibuat pinjam. Tapi, sebenarnya itu duit yang saya simpan untuk majlis pertunangan saya dengan tunang. Saya kata gunalah dulu pada tunang, tapi wajib pulangkan sebelum majlis untuk beli barang-barang kenduri.

Sehari sebelum majlis, tunang masih tak bayar duit yang dipinjam kerana demam dan terbangun lambat jadi dia tak sempat nak keluarkan duit simpanan di ASB. Bergaduh besar saya hari tu dengan tunang, sebab itu sahaja wang yang saya ada untuk beli barang-barang kenduri majlis. Dan dia tiada langsung usaha untuk membantu saya mudahkan urusan majlis.

Nasib baik, ibu banyak bantu dengan persiapan. Jadi, saya diamkan dulu memikirkan majlis yang akan berlangsung lusa. Selepas majlis bertunang, saya berjumpa tunang dan saya sendiri akan bawa tunang untuk keluarkan simpanan. Rupanya saya dapat berita, dia telah keluarkan 15K untuk terlibat dengan skim jana pendapatan.

Ya Allah! Pilu hati saya yang tunang tidak tahu dirinya telah ditipu dan dia hanya sedar beberapa minggu sebelum majlis kerana dia ada cuba hubungi kawan dia yang ajak untuk terlibat dengan skim tu. Tapi kawan dia pun menghilang. Dan dari situ baru dia tersedar yang ini semua hanya scam.

Hasil titik peluh tunang selama tiga tahun hilang begitu sahaja walhal majlis kawin adalah tahun depan tak sampai 10 bulan pun lagi.

Seterusnya, saya beri tunang pinjam motor untuk kegunaan kerja sebab motor tunang rosak. Jadi, semasa saya di office tunang gunakan motor saya untuk buat kerja. Baru hari ke-2 saya beri pinjam dia accident pula. Habis luka-luka satu badan dan senget handle motor saya. Teruk jugak keadaan motor saya. Bercalar sana sini, remuk hati saya tengok motor yang dijaga selama 5 tahun bertukar rupa begitu.

Disebabkan saya risau keluarga akan bertanya tentang motor saya, saya bawa balik juga motor tu walaupun handle senget selama satu jam perjalanan dari rumah tunang ke rumah saya.

Dan sekarang, saya dilema untuk teruskan pertunangan ini atau tidak?

Saya seolah-olah risau yang mungkin saya yang membawa nasib tidak baik kepada tunang atau sebenarnya itu petunjuk-petunjuk yang Allah beri kepada saya untuk tidak meneruskan pertunangan.

Buat pengetahuan semua, ada lagi perkara-perkara lain yang buat saya berfikir tentang hubungan ini.

Saya tidak tahu untuk buat apa. Mungkin pembaca semua ada kisah yang boleh dikongsikan dan boleh beri nasihat kepada saya.

Terima kasih.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2019 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
aah dik, memang x baik. sila tinggalkan tunang tu tanpa rasa bersalah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2019 11:56 PM | Show all posts
urm putus je dik.

bab tunang ni nikah  mcm bina rumah juga, kalau asas tak kukuh tak payah bina, sewa je bilik i rooms.

kita baca pun dah tahu perempuan ni lebih kepada kasihan kan laki tu dan rasa bertanggungjawab . emosi dia nak reject laki tu tapi tak kuat. kepada yang berada dalam dilema begini nasihat kaka move on je.. kawan kaka ramai andartu tiap2 tahun melancong pakistan, tajakistan, bosskutan, dan sewaktu dengannya.

nikah kahwin perlu modal duit. nak2 lagi bila ada anak. hidup sendiri tak sama hidup bawah ketiak mak ayah. be REALISTIC be LOGIC.


lagipun islam hanya wajibkan nikah kepada yang berkemampuan ( kemampuan bermaksud bukan kaya raya tapi bertanggungjawab dan mampu jaga rumah tangga) . kepada yang tak mampu usahakan untuk mampu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2019 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kann.. aku baca pun pelik.. duit acah2 ada 15k dlm asb.. pastu acah2 kna rompak dek kwn buat MLM.. pastu.. sblum tu x terbangun tdoq nk p kluar duit.. sblum majlis pertunangan.. ada bunyi logic ka?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2019 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik putus tunanglah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2019 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
PUTUS!

Ko tak putus awas eh! Jgn jd mangsa buli laki tak guna!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2019 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Putus jela banyak sangat konar baring

Eh nur tu baca ke komen kt porem ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2019 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
i vote teruskan kawin..
so less jantan tak guna dari market..
jantan tak guna and perempuan bodoh..
kan sekufu tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2019 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Eiiii, ni ke namanya asal berlaki? Awal2 perkenalan dah kena tipu ngan jantan tu. Lg2 tengok uolss bantu dia lg la dia suka. Tak logik ok, kena ragut la ada asb la.. Ntah2 asb pon tak penah wujud. Tak payahlah kawin ngan jantan camni
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2019 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Belum kawin pun dah menyusahkan. Elok bye bye saja.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2019 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
aku speku duit rm15k dlm asb tu halimunan je...x wujud sebenarnya...
saja je kata ade..
n yg kena rompak tu pun x betul
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2019 09:00 AM | Show all posts
tinggalkan jelah jenis bdk bijik getah(tak leh pakai)

kalo teruskan jg confirm merintih lg dlm another confession lps kawen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2019 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg pelik tu 15k ado tp x leh wat donpaymen moto kapcai.. katanya nk nyimpan kawen.. alih2 dbagi pd kwn mlm ? Logic ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2019 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 12-5-2019 01:12 AM
Putus jela banyak sangat konar baring

Eh nur tu baca ke komen kt porem ni?

Klu dia ada.  Baguslah dia baca. Tp klu x jd peringatan utk org lain.. jgn dh bodoh lg mudah dibodoh2kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2019 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 12-5-2019 01:36 AM
i vote teruskan kawin..
so less jantan tak guna dari market..
jantan tak guna and perempuan bodoh. ...

Dri awai dh kna kincin kann.. lg buta tolol smpi p btunang
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2019 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinggalkan dia pastu dia kaya
Masa tu ajak dia kawen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2019 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Once a liar always s liar

Move on toxic relationship
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2019 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
putericahaya999 replied at 12-5-2019 09:20 AM
Tinggalkan dia pastu dia kaya
Masa tu ajak dia kawen

Aku slalu prasan..
Mula2 msa kapel x kaya.. melarat...
Bila dh kna dumped dek ppuan tu.. terus berusaha  ----> kayo..
Betul2 boost motivationkan.. klu x kna dump tu.. surelah dok mrempat lg kot...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2019 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Xkan nak expect lelaki umur awal or pertengahan 20an terus jadi matang, pandai carik duit, bertanggungjawab etc.. klau x jd la andartu mcm iols.. ahahaha..
Mungkin sheols ingat dia boleh berubah.. tp nampak gaya mcm xje.. kesian jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2019 09:26 AM | Show all posts
Nak kata si perempuan buta mata hati tak boleh juga
sebab benda tak berlaku depan mata dia. Dalam perhubungan
ada kepercayaan, tak salah pun perempuan itu nak percaya
tunang dia. Yang jadi salah bila kepercayaan itu dikhianati.
(Merinding bulu roma aku, ayat baku sangat)

Pada pendapat aku, jika engkau memiliki rupa wahai Nur bukan
nama sebenar. Jenguk-jenguklah cari.com.my, disini ramai lelaki
yang kesunyian terutama sekali aku. Walaupun tak sekacak dan sekaya
lelaki lain tetapi aku jujur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.102692 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list