View: 2399|Reply: 6
|
Ibu Bapa Cuai, Budak 3 Tahun Putus Jari Duduk Atas Eskalator
[Copy link]
|
|
Kecuaian ibu bapa menyebabkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun putus sebahagian jarinya selepas tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah di Sichuan, China.
Memetik Shanghaiist, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan menunjukkan mangsa sedang duduk di atas eskalator yang sedang bergerak turun.
Bagaimanapun, sebaik dia cuba bangun apabila tiba di bawah, jarinya tersepit pada eskalator berkenaan sebelum ibunya yang berdiri tidak jauh daripadanya menarik tangan mangsa.
Namun, tindakan pantas wanita itu mengeruhkan lagi keadaan apabila ia menyebabkan sebahagian jari anaknya putus.
Sementara itu, pihak pusat beli-belah itu dikatakan enggan bertanggungjawab atas kejadian berkenaan kerana ia berpunca daripada kelalaian ibu bapa sendiri.
Foto: Shanghaiist
Tambahan pula, ada banyak tanda amaran disediakan di sekitar pusat beli-belah terbabit dan ibu bapa sepatutnya lebih berwaspada dan mengawasi anak mereka. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
orang lain beranak ko pun nak beranak..
jaga anak malas..
boleh pulak biar anak duduk main macam tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sendiri yang biarkan benda terjadi maka mendapatlah jawabnya |
|
|
|
|
|
|
|
dah tau benda tu bergerak non stop..apasal lah biarkan
anak tu ddk pl.dah byk kes kan..cuai btl mak bapa nya ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian kat anak dapat makpak cenggini. Tak pepasal hilang jari. |
|
|
|
|
|
|
|
dia dah tak mau jari tu..biar la |
|
|
|
|
|
|
|
sendiri cuai pastu nak mintak gantirugi dr gedung tu. mmg mintak kaki. |
|
|
|
|
|
|
| |
|