Di kala industri hiburan ketandusan lagu-lagu dakwah Ramadan kali ini, 'Sesungguhnya' muncul nombor satu dan trending di Youtube saat ini.
Lagu yang sudah berusia 22 tahun dendangan Raihan ini diberi nafas baru dengan gandingan penyanyi bersuara lunak, Alif Satar.
Sejak dilancarkan pada 10 Mei lalu, ia sudah tular apabila meraih lebih 3.4 juta tontonan di Youtube dan mendapat sambutan hangat daripada generasi lama serta baru.
Satu pencapaian yang mengagumkan untuk lagu dakwah sekaligus mengimbas kembali kegemilangan kumpulan harmoni ini.
Ironinya, ia pernah dirakamkan Raihan ketika Alif berusia tujuh tahun. Malahan Alif di laman Instagramnya turut mengagumi
kehebatan Raihan lalu menyifatkan kolaborasi bersama kumpulan itu adalah satu mimpi yang jadi kenyataan.
“Guys, thank you for 1 million views on youtube ‘Sesungguhnya 2019’. Alhamdulillah… A dream come true working with my heroes growing up,” tulisnya.
Sebagai kumpulan yang pernah mengembara ke pelbagai negara termasuk ke Eropah, Raihan turut mempunyai peminat yang pelbagai. Hinggakan ada yang meminta terjemahan lagu Sesungguhnya untuk difahami.
Apa yang pasti, lagu Sesungguhnya 2019 yang sudah berusia 22 tahun itu memang sangat indah, merdu dan senikatanya sangat bermakna. - CARI