View: 4627|Reply: 10
|
Balut Anak Dengan Plastik Sampah, Perkongsian Cikgu Ini Buat Netizen Pilu..
[Copy link]
|
|
Seperti pekerjaan-pekarjaan lain, guru juga perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam tugasan mereka. Cabaran itu bertambah apabila mereka ditugaskan untuk mengajar di kawasan pedalaman.
Sempena Hari Guru yang disambut setiap 16 Mei, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada bekas guru mereka melalui media social. Bagi guru-guru pula, ramai yang turut mengimbau cabaran selama kerjaya mereka. Bagaimanapun, perkongsian seorang guru bernama Helley Jodir menyentuh hari netizen.
Kredit foto: Facebook
Cikgu Helley ialah seorang guru yang bertugas di SK Magandai, sebuah sekolah pedalaman di Kota Marudu, Sabah yang hanya boleh dihubungi oleh jalan raya tidak berturap melalui hutan tebal selama beberapa jam perjalanan.
Menurut Cikgu Helley, kira-kira tujuh tahun yang lalu, beliau dan dua orang anaknya, termasuk seorang bayi dan adik perempuannya, menumpang kereta Guru Besar untuk kembali ke sekolah. Turut bersama mereka adalah kerani sekolah tersebut.
Kredit foto: Facebook
Malangnya oleh kerana keadaan denai yang teruk berlubang, kereta guru besar telah mengalami kerosakan. Cikgu Helley, adiknya dan dua orang anak kecilnya memutuskan untuk meneruskan perjalanan bersama-sama dengan kerani sekolah tersebut manakala guru besar menunggu bantuan untuk membaiki kenderaannya.
Kredit foto: Facebook
Memandangkan perjalanan berjalan kaki melalui jalan denai utama bakal memakan masa 4-5 jam, mereka memutuskan untuk mengambil jalan pintas melalui hutan rimba. Malang bertimpai-timpa apabila hujan lebat mulai turun dan cuaca mulai gelap.
Dalam hujan keadaan hujan itulah, plastik sampah menjadi aset penting apabila Cikgu Helley menggunakannya untuk menyelimuti bayinya dan menjadi payung mereka untuk mengelak hujan.
Kredit foto: Carian Google
Kredit foto: Carian Google
Menurut Cikgu Helley, akhirnya setelah setelah melalui liku-liku perjalanan dengan ketakutan, kesejukan, kelaparan, tersungkur jatuh kerana kecuraman dan hampir merangkak, merentasi sungai dan sesat, mereka berjaya menemui jalan pulang setelah terserempak dengan seorang anak muda yang kebetulan dalam perjalanan ke kebunnya.
Kredit foto: Wikimapia
Cikgu Helley, adiknya dan anak-anaknya berjaya tiba di sekolah hampir tengah malam, dan dengan berkat plastik sampah itu bayinya tidur lena, tidak bangun atau menangis.
Perkongsian Cikgu Halley menyentuh hati ramai netizen yang mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang terpaksa berdepan dengan cabaran getir bertugas di pedalaman.
Kredit foto:
Kredit foto:
Selamat Hari Guru diucapkan kepada Cikgu Helley dan guru-guru seluruh Malaysia. Jasamu dikenang. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Realiti yang pahit buat cikgu2 yg mengajar di pedalaman
Selamat Hari Guru |
|
|
|
|
|
|
|
Guru2 yang bertugas diluar bandar ni selalunya punya semangat yang kuat |
|
|
|
|
|
|
|
agreed!! cekal dorg kena posting ke situ and berbakti..
|
|
|
|
|
|
|
|
cikgu2 yg mcm ni aku ak mmg respect |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan mereka dan anak anak. Demi anak anak didik mengenal a b c 1 2 3. Realiti di pedalaman. Ada sorang member kat daerah pedalaman Sarawak kalau tak silap. Ape nama Selingsih ke ape. Dah sampai bandar besar, naik lagi boat 3 jam. Sambung lagi perjalanan naik land rover beberapa jam. Baru sampai tempat dia mengajar/rumah.
Nak dapat bekalan daging halal pun agak susah jadi mostly makan ayam sembelih sendiri (sampai expert bab sembelih ayam) dan ikan.
Aku salute mereka yang bertugas di pedalaman. |
|
|
|
|
|
|
|
Elok bagi lebih sikit bonus kpd cikgu cikgu yg mengajar di ceruk pendalaman.
Terimakasih atas jasa mereka mengajar anak bangsa kita.
|
|
|
|
|
|
|
|
DARSITA replied at 18-5-2019 07:46 AM
Elok bagi lebih sikit bonus kpd cikgu cikgu yg mengajar di ceruk pendalaman.
Memang ada elaun pedalaman gomen bagi sejak zaman Pak Lah. Nak harapkan Madey, mintak maaf jah.
Sekolah pedalaman ni ada 3 kategori. P1 (RM 500), P2 (RM 1k), P3 (RM 1.5k). SK Magandai ni jika dilihat dari gambar, masuk area P2.
|
|
|
|
|
|
|
|
dlm kita bermewah2an, sayu hati baca kesusahan org lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok, baca ni terus insaf. Seriously.
Dah tak mau complain anak aku tak cukup baju atau mainan lagi dah... 😓 |
|
|
|
|
|
|
|
Syabas Cikgu
Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik. |
|
|
|
|
|
|
| |
|