Beberapa minggu lalu, pengarah dan pelakon Aziz M. Osman telah memuat naik gambar bersama pelakon asal 16 Puasa di Twitter. Teruja dengan foto tersebut, maka ramailah peminat setia telefilem itu meluahkan rasa teruja. Terbaru, pengarah dan sutradara Mamat Khalid pula memuat naik video teaser telefilem terbabit yang kini berjudul 17 Puasa. Video berdurasi 49 saat itu menunjukkan beberapa pelakon sedang menunggu juadah 'berbuka puasa' seperti mana mereka lakukan pada 16 Puasa sebelum ini. Antara yang kelihatan termasuk lah Aziz M.Osman, Mohd Sharwani Hamad Hadi, Ngasrizal Ngasri dan beberapa lagi pelakon lain.
|