View: 20174|Reply: 106
|
“Rindu Isteri Tak Berkesudahan,"-Suami Arwah Pengasas Dnars Terpaksa Telan
[Copy link]
|
|
Foto: IG
Pemergian pengasas Dnars, Faziani Rohban Ahmad,40 pastinya meninggalkan kesan yang mendalam pada suaminya.
Walaupan reda dengan ketentuan Illahi, namun Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42 namun rindunya terhadap arwah tidak akan berkesudahan.
Pada awalnya dia berasa bersalah kerana kemalangan tersebut berpunca apabila dia terlelap seketika kerana penat namun akur dengan suratan takdir.
Kredit foto: mStar Online
"ada mulanya rasa bersalah namun ustaz-ustaz yang berjumpa saya memberitahu ia sekadar asbab yang menyebabkan kemalangan kitu.
"Setiap yang berlaku telah diaturkan dan ditakdirkan Allah. Walaupun merasakan terlalu awal beliau pergi tapi saya reda," katanya kepada mStar Online.
Tambah Rizal, arwah isterinya menjaga dan mendidik anak-anak kandung dan tiri secara sama rata.
"Dia bukan sahaja isteri dan ibu kepada anak-anak kandung dan anak-anak tiri kami serta rakan niaga, malah teman untuk saya mengadu dan luah perasaan. Sekarang dah tak ada, saya terpaksa cuba membiasakan keadaan itu."
Kredit foto: mStar Online
Sejak arwah meninggal dunia, Rizal mendedahkan dia tidak dapat tidur dan terpaksa bergantung kepada pil tidur.
"Rindu saya dengan isteri tidak berkesudahan. Ustaz-ustaz kata kalau saya rindu dia, maknanya itu adalah rindu yang berbalas. Satu kerinduan yang cukup manis. Barulah saya tenang sedikit." -CARI
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Accident sebab suami dia tertidur kan? Mesti ada rasa bersalah siket dan jadi insomnia. Takpe la. Nanti mesti cepat ada pengganti untuk jaga anak yang ramai. Dalam forum pun dah ada offer diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Amboiiii......
|
|
|
|
|
|
|
|
"Setiap yang berlaki telah diaturkan dan ditakdirkan Allah. Walaupun.."
dua kali baca..
typo rupanya..
sabarlah menerima setiap dugaanNya..
pasti ada rahsia disebaliknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
bertabah lah..mmg sakit merindukan org yg dah tiada.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ayorsuam at 23-5-2019 12:41 PM
I'm single with Klate blood, tak reti kecek but for you I'd go to kecek class..
Rasa2 tak lama single ni...tah2 cukup 3 bulan (paling lama) dah ada ganti.. |
|
|
|
|
|
|
|
isteri yg baik dan taat kt suami..bila takde..mmg terasa kehilangan |
|
|
|
|
|
|
|
harith iskander ke sebelah tu?
Kredit
|
|
|
|
|
|
|
|
sabarlah...tp kejap je tuh.....duit berkepuk, byk benda yg blh buat utk hilangkan kerinduan dan keSUNYIan tuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah yang keluar semua cerita bagus2 tentang arwah..semoga dia tenang di sna |
|
|
|
|
|
|
|
bersabarlah.. diuji dgn kehilangan mmg sakit.. tapi ganjaran besar bila sabar & redha. |
|
|
|
|
|
|
|
Syarikat Dnars contoh majikan jaga kebajikan pekerja
Oleh Siti Rohana Idris
[email protected]
Share
Tweet
Share
TUMPAT: Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, dianggap majikan contoh kerana mengutamakan kebajikan pekerja dengan membuat caruman secara teratur tanpa pengecualian.
Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kelantan, Nora Yaacob, berkata syarikat milik Allahyarham, Rohban Trade Sdn Bhd, amat patuh kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969.
Katanya, syarikat itu juga mencarum mengikut Akta 4 AKSP 1969, yang melindungi pekerja dan majikan yang mengalami kemalangan, kematian, keilatan dan Pencen Penakat.
“Mereka membayar caruman kepada pihak kami dengan begitu baik dan teratur bahkan arwah Faziani selaku pemilik syarikat juga turut membuat caruman PERKESO tanpa pengecualian.
“Keprihatinan arwah dalam membuat caruman kepada semua pekerja dan mencarum untuk dirinya sendiri adalah sesuatu yang terpuji, malah patut dijadikan contoh oleh majikan lain serta diangkat sebagai ikon dalam kalangan majikan PERKESO Kelantan.
“PERKESO mendapati Allahyarham sememangnya pencarum setia dan semakan caruman mendapati ia memenuhi kelayakan untuk tuntutan Pencen Penakat,” katanya kepada pemberita di kediaman arwah di Kampung Paloh di sini hari ini.
PERKESO Kelantan menyampaikan tuntutan suami arwah, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, yang akan menerima Pencen Penakat setiap bulan sebanyak RM2,212 seumur hidup.
Untuk syer pencen anak arwah pula akan menerima sehingga berusia 21 tahun, manakala bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000 sudah dikreditkan ke dalam akaun suami arwah.
Sementara itu, Ahmad Shah Rizal berkata arwah isterinya memang seorang majikan yang sangat mementingkan kebajikan dan menitikberatkan keselamatan pekerja.
“Caruman untuk pekerja dibuat berterusan tanpa pengecualian kerana mengambil kira kebajikan mereka sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada PERKESO atas penyerahan tuntutan Pencen Penakat dan menganggap arwah sebagai ikon majikan PERKESO malah gelaran itu memang layak untuknya,” katanya.
Faziani terbunuh manakala suaminya cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand pada 18 Mei lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
rasaanya perasaan bersalah dia masih menebal ni... dia kena rajin luahkan, takut boleh lead to depression... |
|
|
|
|
|
|
|
Ade hikmah di sebalik Nya |
|
|
|
|
|
|
|
Kena belajar dgn kak long mcm mana nk rawat kesedihan itu dgn pantas.. tp org lelaki ni sekejap je move on.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|