"Quote Imam Syiah lebih beradab dan mesra, kesian Meleis."
Dikala umat Islam mencari malam Lailatulqadar dalam pecutan 10 Ramadan terakhir, aktres Tiz Zaqyah pula membuatkan warganet bertelagah pendapat apabila melontarkan pandangannya mengenai dakwah di Malaysia. Dengan membandingkan pendekatan PU Amin dan seorang ulama luar negara, Tizz mengaitkan sikap orang Muslim yang hanya tahu menunding jari menyalahkan wanita semata-mata apabila berlaku sesuatu insiden (dalam isu ini, aurat wanita).
Lebih membuatkan ramai marah apabila Tizz menggunakan perkataan 'Meleis' menggantikan perkataan Melayu jelas menunjukkan sikap rasisnya terhadap bangsa sendiri.
Kredit foto: Twitter
Menyedari ramai yang melenting, Tizz akui yang dia tersalah menggunakan terma 'real muslim', namun dalam masa sama tetap mengatakan yang dakwah orang Malaysia supaya memakai tudung tidak kena pada tempatnya. Bukan mahu menyalahkan lelaki yang tidak reti menundukkan pandangan tapi mengapa lelaki tidak boleh berhemah ketika berdakwah? Sementelah ada warganet lelaki yang mengecam Tizz yang sentiasa menggunakan alasan untuk bertudung.
Kredit foto: IG
Biarpun telah diterangkan bahawa Sheikh Azhar Nasser tu dari golongan Syiah, namun Tizz tetap bertegas bahawa nasihatnya tetap boleh digunakan kerana berhemah menangani isu wanita. Begitu juga dengan persepsi bertudung serta mentaliti lelaki yang ego.
Bukan sahaja mengambil kata-kata dari Ulama Syiah, warganet turut menyelar Tizz yang didakwa mempunyai ciri-ciri 'inferiority complex' lalu memberi contoh paling buruk dari bangsa sendiri untuk dibandingkan dengan contoh bagus dari bangsa lain. Alih-alih menyatakan bangsa sendiri tipikal sebenarnya perbandingan yang tidak adil.
Kredit foto: IG
Mungkin Tizz Zaqyah menyuarakan pendapatnya sendiri mengenai pandangan lelaki Melayu terhadap wanita yang tidak menutup aurat. Namun mengaitkan Imam Syiah yang diketahui tidak diterima di Malaysia serta mengkritik bangsa sendiri dengan menggunakan perkataan 'Meleis' juga dianggap menghina. Jadi, Tizz mungkin perlu berdiam dari menjawab kritikan warganet supaya perbalahan tidak berlarutan. - CARI
|