Keputusan Google untuk tidak lagi bekerjasama dengan Huawei boleh dianggap sebagai hukuman mati bagi gergasi teknologi China tersebut dan tindakan tersebut akan mendedahkan pengguna peranti Huawei kepada pelbagai isu keselamatan siber, kata seorang pakar.
Memetik ulasan Eoin Keary, Ketua Pegawai Eksekutif firma keselamatan siber Edgescan bahawa tindakan oleh pihak Google itu sebagai “permulaan bagi penghujung” kepada Huawei.
Menurut beliau lagi bahawa disebabkan pengguna tidak boleh mengemaskini aplikasi maka peranti mereka akan “out-dated” dan ini merupakan antara kelemahan yang akan terdedah kepada bahaya siber.
Kredit foto: APP
Google tidak mendedahkan terlalu banyak mengenai implikasi tindakan tersebut kepada pengguna Huawei, tetapi peranti yang sedia ada akan kekal dengan versi semasa sahaja.
Sebagai contoh sebarang kecacatan keselamatan yang serius akan diperbaiki melalui kemas kini Google di Play Store namun tidak akan tersedia untuk peranti Huawei, menyebabkan mereka terdedah kepada ancaman siber.
ADAKAH PERANTI HUAWEI SAYA TERUS BERFUNGSI?
Peranti Huawei sebahagian besarnya akan terus berfungsi seperti sebelumnya dalam jangka masa pendek, tetapi tidak akan berlangsung lama. Google berkata peranti sedia ada akan mempunyai akses ke Play Store tetapi tidak menjangka berapa lama ini akan berlangsung.
Jurucakap Google berkata: “Kami mematuhi perintah itu dan mengkaji semula implikasi tersebut. Bagi pengguna Google Play dan Google Play Protect akan terus berfungsi pada peranti Huawei yang sedia ada.”
Ini bermakna sekurang-kurangnya untuk saat ini sebarang aplikasi dan muat turun serta perlindungan melalui Google Play Protect, akan tetap berlaku. Tetapi Google telah menghentikan kemas kini melalui aplikasinya dan ini akan menjadi masalah yang semakin meningkat.
Kredit foto: Carian internet
APA YANG AKAN BERLAKU JIKA GOOGLE MELANCARKAN KEMAS KINI?
Pelanggan sedia ada teknologi Huawei masih mempunyai akses ke Play Store tetapi tidak kepada sebarang kemas kini terbaharu.
Ini bermakna pengguna pada platform Android lain, seperti LG dan Samsung, akan mempunyai akses kepada kemas kini tetapi tidak kepada pengguna Huawei.
Semua kemas kini dari Play Store tidak akan diterima oleh peranti Huawei termasuk sebarang ‘patch’ keselamatan.
Sebagai contoh telah didedahkan pada minggu lepas bahawa sebuah firma Israel menggunakan WhatsApp untuk mengintip orang melalui aplikasi dan telefon mereka. Namun kelemahan tersebut telah diperbetulkan dan kemas kini pembetulan telah dikeluarkan kepada pengguna Android melalui Play Store dan membebaskan pelanggan dari sebarang risiko.
Bagaimanapun, jika ini berlaku selepas pengumuman Google hari ini, mustahil bagi orang untuk menyelesaikan masalah ini.
APA YANG AKAN BERLAKU UNTUK PELANGGAN HUAWEI MASA DEPAN?
Gambaran masih belum jelas untuk pelanggan membeli peranti Huawei pada masa akan datang di mana peranti baharu Huawei tidak akan mempunyai akses ke Gmail, Google Maps dan aplikasi lain. Google masih belum mengeluarkan kenyataan tentang implikasi apa yang akan berlaku kepada pengguna baru tetapi kemungkinan akses mereka kepada Play Store akan dibatalkan.
Kebimbangan keselamatan siber semakin memburuk seiring dengan berjalannya masa dan versi aplikasi di platform menjadi semakin lama ketinggalan zaman. Ini berpotensi mendedahkan apa sahaja yang ada pada peranti kepada penggodam dan penjenayah yang berpotensi dan hanya sedikit yang boleh dilakukan oleh pengguna untuk mencegahnya.
“Telefon adalah peranti peribadi yang sangat penting dan orang ramai kini kurang bersedia untuk mempercayai Huawei berikutan kenyataan terbaru ini. Tempoh enam bulan dengan tiada sebarang kemas kini kesalamatan adalah terlalu lama dan jika sistem operasi tidak dikekalkan maka terdapat risiko yang sangat serius terhadap semua data peribadi. Saya tidak nampak sebab untuk membeli peranti Huawei jika tidak dapat menggunakan versi rasmi android," kata Keary.
APAKAH MAKSUD DI SEBALIK KEPUTUSAN GOOGLE UNTUK HUAWEI?
Sistem Android digunakan oleh sejumlah pengeluar termasuk LG, Samsung, Sony dan lain-lain. Semuanya bergantung pada Google Play Store dan lesen mereka sendiri untuk memastikan kemas kini terbaharu. Google telah mengatakan bahawa, sekurang-kurangnya sekarang, pelanggan masih akan mendapat akses ke Google Play Store, dan semua aplikasi Google biasa seperti Gmail, Google Maps dan lain-lain. Telefon sedia ada masih mempunyai aplikasi, tetapi pengguna tidak dapat menaik taraf ke versi yang lebih baru.
“Sebenarnya, Google tidak akan membenarkan penggunaan aplikasi mereka kepada Huawei dan akses kepada Google Play dan aplikasi Google lain akan turut dibataskan”, kata Keary.
Jurutera Google juga diharamkan daripada bekerjasama dengan jurutera Huawei untuk sebarang kemas kini.
Ini menunjukkan bahawa aplikasi Google tersebut akan terus beroperasi di dalam peranti Huawei membuatkan pengguna tidak perlu risau tetapi tidak ada petunjuk tentang berapa lama tindakan ini akan diteruskan.
- CARI
Sumber