Edited by MeghanK at 2-6-2019 12:45 PM
tade orang bukak thread pasal ni ke
Seorang pemandu Grab ditemui maut setelah hilang sejak 25 May lalu pada jam 4 pagi. Kereta mangsa dijumpai dengan kesan darah pada bahagian stereng, kusyen dan sisi pintu bahagian pemandu dipercayai milik mangsa yang ketika itu masih belum dijumpai di Indah Permai, belakang Giant di tapak meletak kenderaan berhampiran bazar. Kronologi kes kehilangan tersebut dikongsikan rakannya, AzulJailani di Twitter.
25 Mei
“Guys, member aku hilang semalam dan kemungkinan kena rompak sebab kereta Grab dia penuh dengan kesan darah, harapnya tak ada apa yang buruk jadi pada dia bulan Ramadhan ni.” 26 Mei
AzulJailani memuat naik gambar rakannya yang masih belum ditemui dengan harapan mendapat maklumat lanjut daripada orang ramai.
“Mohammad Hanafie Bin Jaafar
Last seen : 4am (25hb May 2019)
Kereta dia dijumpai di kawasan Indah Permai belakang Giant area parking dan tapak bazaar” 27 Mei
“Mayat dijumpai, kemungkinan Hanafie. Pakaian sama dengan kali terakhir dia dijumpai, tapi masih tak pasti sebab nak buat ujian DNA untuk kepastian.”
Sejam kemudian, AzulJailani memaklumkan hasil pengecaman keluarga mangsa. “Dukacita dimaklumkan, mayat telah disahkan oleh ahli keluarga. Salam takziah kepada keluarga Mohammad Hanafie bin Jaafar, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah”
Kes ini turut mendapat perhatian Grab Malaysia yang bekerjasama menjalankan penyiasatan dengan pihak berkuasa. “Terima kasih atas keprihatinan anda berkenaan isu ini. Mohon serahkan kepada kami kerana kes ini sedang dalam penyiasatan pihak Grab dengan kerjasama pihak berkuasa.”
|