CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8102|Reply: 44

Kisah 'Seram' Yang Sering Berlaku Apabila Tiba Pagi Raya, Pernah Lalui Tak?

[Copy link]
Post time 28-5-2019 10:20 AM | Show all posts |Read mode
Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujung dan tinggal lebih kurang seminggu lebih sahaja lagi untuk kita menyambut hari raya Aidilfitri yang bakal berkunjung tiba. Sudah pasti, anda sedang bertungkus lumus dan giat mempersiapkan diri dan keluarga dengan baju raya, kuih raya dan pelbagai lagi.
Bak kata orang, rayakan setahun sekali, betul tak?




Selain berkumpul ramai-ramai di kampung yang sudah pastinya meriah dengan sanak saudara, sepupu serta cucu cicit, pasti anda mempunyai pengalaman berdepan dengan kisah seram ini yang sinonim terjadi di pagi raya. Pernah lalui tak? Jom kita tengok senarai perkara dan kisah 'seram' yang sering terjadi di hari lebaran.


1. Dah penat iron tudung, ada orang duduk pula



Dah la ramai orang nak guna seterika, kena beratur tau! Lepas dah 'iron' cantik-cantik, anak saudara tak pun si suami datang duduk pula atas tudung. Aduh, siapa boleh 'relate'? Dah satu hal nak kena beratur untuk seterika tudung.



2. Biskut raya kegemaran tinggal serdak



Dah la raya setahun sekali, kuih raya kegemaran tinggal serdak je dalam balang. Huh! Kena tunggu tahun depan baru dapat merasa. Tak pun berharap rumah dikunjungi nanti ada la kuih raya kegemaran itu disediakan. Lain kali sorok sikit kuih tu!



3. Cuba baju raya tiba tiba tak muat!




Baju raya dah ditempah sebulan awal lepastu tiba hari raya semangat nak pakai! Tengok-tengok tak muat pula. Allahu, mana datang lebihan lemak di perut ni? Tulah, masa berbuka hentam makanan macam tak makan setahun. Kan dah naik berat badan. Terpaksalah pakai t-shirt di hari raya.




4. Tertinggal baju raya sendiri, adik beradik di rumah




Kampung di Kedah, jadi perantau di Johor. Takkan nak patah balik ambil baju raya cantik-cantik yang tertinggal di rumah tu pulak? Adoi, pening lah! Lumrah jadi anak perantau, pastikan barang barang penting untuk hari raya selamat dikemas dan dimasukkan ke dalam beg. Menangis tak berlagu nanti kalau lupa.





5. Nak mandi kena ambil nombor




Adatlah kalau ramai orang di rumah, kena berebut bilik mandi. Eloknya diberi keutamaan untuk mereka yang akan menunaikan solat sunat aidilfitri. Kalau tak nak berebut bilik mandi, boleh mandi sesudah subuh.



Semua orang nak nampak cantik dan bergaya di pagi raya. Namun, pasti ada perkara yang tidak diingini berlaku di pagi raya di sebalik kekalutan itu. Hadapilah dengan senyuman, raya kan setahun sekali, betul tak? -CARI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2019 10:28 AM | Show all posts
food poisoning yachhh..

muntah / berak di hari raya..

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
-pagi raya bangun lambat.. suprisingly semua org dh bangun n bersiap.. ko duk sedap membuta dlm bilik xde org kejut..

-kita belum mandi lagi. Dgn muka mcm pontianak. Tup2 rombongan sedara mara 5-6 kereta datang rumah pagi2 raya. Ko rasee??

-pagi raya xde air atau elektrik. (Kejadian biasa kalau kat kampung sbb tiba2 kat kampung tu org ramai guna air n elektrik)

-mak ko suruh perangat rendang kat dapur. Sbb nk dihidang kejap lg.. tp ko pon buka la api kecik then tinggal sekejap utk membawang dgn adik beradik lain sampai terlupa tgh perangat rendang tau2 satu rumah bau hangit.

-ada rancangan tv yg mmg ko nak tengok sgt pagi raya tu. Tp ko x dapat tgok sbb kena bersilat melayan tetamu ke depan ke dapur sambil menjeling ke arah tv dan geram bila anak buah ko tukat channel kartun. (Ni biasa terjadi dulu2 la masa zaman xde youtube n astro x boleh record).. haha.. frust wehh.. then 15 tahun kemudian baru dpt tgok rancangan tu selepas ada org upload kat youtube.. haha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 10:49 AM | Show all posts
pernah kene no 4.. hahaha
tertinggal beg baju anak. nasib baik ade sedara nk balik kampung yg sme, so dia tolong bawak kan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 11:17 AM | Show all posts
keracunan makanan ari raye kedua..huhuu...ntah ape laa yg Seri mkn sampai kena camtu...tpi sakit perut memulas-mulas...beraya kat toilet je raya thun tu...raye 4 dh start keje...sib baik perut dh ok sket...huhuuu
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya aktiviti ironing meolls buat malam raya bila semua kerja dah settle (pasang langsir, bentang & vacuum karpet, isi kuih dlm balang, sediakan bahan utk mak & kakak2 meolls masak).

So pagi raya lepas subuh meolls iron baju mak pulaks sbb malam tadi lepaskan diri dulu (sebab selalu mak akan suruh anak2 nya yg tak byk kerja ironkan bajunyeh) hidang juadah apa semua. Mandi awal syok sebab semua terbongkang lagi. G masjid, balik masjid cepat2 jalan sebab nak melantak.

Pernah lah meolls siap2 potong nasi impit cantik2 letak dlm mangkuk alkopal mak, tibah balik masjid anak2 buah meolls kerjakan. Maknya (kakak meolls) boleh cakap alah potong lah balik. Dasar hanat lepaskan perut anak2 dia je. Makanya tahun yinni meolls suruh kakak meolls yg di perantauan itu raya umah laki dia je.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2019 11:27 AM | Show all posts
Kena beratur nk mandi, nak iron.

Bilik takde, tido merata rata. Tp ni time single la.

Tahun ni first time raya rumah mertua. Tak tahu la acamnor. Tp yang penting, makan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg no 4 tu selalu terpikir2 nak buat mcm mane klu jd. Sbb kg jauh. Mmg nightmare la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2019 11:46 AM | Show all posts
anak suka main gunting.

masa nak iron baju tu tgk2 berlobang dah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 11:47 AM | Show all posts
akk pernah no 4..tetinggal baju sendiri.baju laki anak2 ada
sekali baju sendiri takde.diam jer lah dok kat dapur
laki pun takde bunyi2..hahaha tau takut bini dah senyap diam
seribu bahasa..tak bole buat apa lah..mampu senyum jer masa tu
janji anak2 dgn laki ada baju raya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:38 PM | Show all posts
Keracunan makanan perut terperanjat kata orang sebab selalu siang hari berpuasa dan malamnya nak kena fly off nightmare jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit makin nipis sebab anak sedare ramai! Haha
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 04:21 PM | Show all posts
Belom pernah yang di atas tu. tp food poisoning tu memang pernah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
gi beraya rumah orang..skali baju raya sedondon dengan langsir sofa alas meja rumah org tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasut raya sama ngn org
Baju raya sama ngn org
Rendang basi di tengahari raya
Nak ceduk rendang tgk ada telur lalat
Penah jugak seisi rumah sakit perut lepas mkn rendang
Kerongsang hilang dipagi raya pon boleh bikin kusut. Dah plan nak melawa last2 sebentuk kerongsang hilang.
Tudung pernah hangus kena iron.
Masak byk2 tetamu x datang
Plan pakai baju lain di raya pertama, terpaksa pakai baju raya ke dua
Lambat berkunjung sup tulang habih
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 08:25 PM | Show all posts
Berebut bilik air.anak buah yg anak dara pnye la lama mandi. Pastu iron baju pun lama anak buah i. I paling fed up masa nk jln2 umah sedara kena tunggu depa bersiap mak aiii...lama giler..dgn mekap bagai mengalahkan org nk kawen. Tp selalunya i tak tunggu.i pegi dulu.jumpa di umah sedara.x koser nk tunggu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2019 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bab ambik nombor nak masuk bilik air tu yg tak suka.. berjela panjangnye.. orang dah nak kluar beraya baru la dapat masuk toilet
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau sorang je yg bendera merah d pagi syawal..yg lain semua dh p solat hari raya, jd tugasan kena siapkan, hidangkan juadah atas meja, buat air, depa balik raya trus boleh mkn.. kemas umah final touch sbb tetamu nk dtg..n korang la yg paling lmbt mandi..nk make up lgi, nk blow rambut lg, nk pakai anting2 lagi.. Disaster
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai xpernah lg kene mcm ni.biasa ai yg tlg iron baju mlm raya.pg raya ai yg paling lmbat bngun.so xyah rebut2 dah
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 10:16 AM | Show all posts
Tahun lepas saya kena sengat  tebuan tanah di malam raya. Malam raya tak boleh nak tido nyut nyut berdenyut sakit tangan. Esoknya bila nak bersalam raya memohon maaf tu agak scary sebab tangan besar sebelah bengkak dek disengat tebuan. Gi beraya dengan sedara mara rakan taulan pun semua dok stare tangan yang bengkak tu hihihihi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.515991 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list