CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Exoskeleton

Pengalaman budak2 nakal (Update 15/8/21)

  [Copy link]
Post time 29-4-2020 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
life_love replied at 29-4-2020 03:22 PM
Terasa macam tu jugak....sebab dulu ada satu cerita umie aida dgn kuza..kekasihk
u seru kot taj ...

Yap.. Citer tu best giler.. Hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2020 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Start dari smlm baca...tp malam stop kejap ...takut pulak tetiba..la ni hbis dah maraton...byk pengajaran..InnalillahiwainnailIhirojiun utk yg telah pergi..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2020 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by life_love at 30-4-2020 05:52 PM
Exoskeleton replied at 19-6-2019 06:59 AM
Circa 2005, aku masih lagi mencari2 kerja yang tetap…dalam pada itu aku membuat kerja2 part time di ...


kg saya batu pahat.... time PKP ni duduk batu pahat.. uishh area mana ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2020 03:43 PM | Show all posts
based on TT ni, aku rasa dia study kat uitm arau, amek cos dpim perladangan. hehe.  aku dpim sabah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2020 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
fuhh seram
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah john. Cerita yang best. Marathon aku membaca. Hehe..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-6-2020 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_Maxx replied at 25-4-2020 11:02 PM
Exoskeleton , time pkp ni payung la cerita.

aiseymen...time pkp ni pulak aku agak bz walaupun bukan frontliner
tapi insyaAllah...aku tak janji ye...coming soon


Nah trailer sikit:

Dari jauh kelihatan sebuah sosok badan wanita sedang berlari pecut ke arahku, lama kelamaan wajahnya semakin jelas pada pandangan mataku...Perempuan itu berlari berkaki ayam, hanya memakai tshirt dan kain batik, manakala rambutnya pula ditutupkan dengan tuala. Sayup2 kedengaran suaranya menyebut, "John...John...!!"

Membuatkan aku tertanya2 di dalam hati, "Eh...dah kenapa Aminah ni? Kalut semacam je? Siapa John?". Setelah sekian lama aku tidak mendengar nama keramat itu diseru.

Lantas aku terus bertanyakan kepada Aminah apabila dia tiba di hadapanku, "kau ni dah kenapa ni Minah? Lain macam pucatnya ni?"

Tetapi soalanku itu tidak mendapat jawapannya, Aminah hanya sempat brake kecemasan dihadapanku dan kemudiannya mencengkam lenganku. Seterusnya dia menarikku untuk join dia berlari marathon.

Dalam nafasnya yang tercungap2 itu mulutnya berkata, "Tolong aku John...kau kena ikut aku".

"Aku John?", tanyaku kehairanan di dalam hati.


bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2020 06:45 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 17-6-2020 01:53 PM
aiseymen...time pkp ni pulak aku agak bz walaupun bukan frontliner
tapi insyaAllah...aku ta ...

Aisey...ni intro nak bagi spark ke macam mana ni?
siapa Aminah ni?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2020 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 17-6-2020 06:45 PM
Aisey...ni intro nak bagi spark ke macam mana ni?
siapa Aminah ni?

kalau nak tau siapa Aminah ni, kena la baca dari awal balik
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2020 08:59 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 17-6-2020 07:51 PM
kalau nak tau siapa Aminah ni, kena la baca dari awal balik

Alamak, ada yang termissed baca ke ni.rasanya macam dah habis baca semua dah
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 11:41 AM | Show all posts
Exoskeleton replied at 17-6-2020 01:53 PM
aiseymen...time pkp ni pulak aku agak bz walaupun bukan frontliner
tapi insyaAllah...aku ta ...

Awat dah tak ingat nama John??
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2020 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Follow.. Sehari suntuk dok baca, khatam akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 10:47 AM | Show all posts
Ipo replied at 17-6-2020 08:59 PM
Alamak, ada yang termissed baca ke ni.rasanya macam dah habis baca semua dah

Minah bini Pak Itam tauke warung depan rumah Opah John tu ler.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
pemanis_mulut replied at 23-6-2020 10:47 AM
Minah bini Pak Itam tauke warung depan rumah Opah John tu ler.

Aaa ya ke? Warung Pak itam tu ingat. Hahaha..adoi la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2020 10:53 PM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 23-10-2020 10:59 PM

Assalamualaikum semua...Asalnya aku dah buat draft dan ingat nak post kat dalam benang ni masa Raya Haji hari tu. Tapi disebabkan atas sebab2 tertentu…aku ngaku je lah kat sini sebab dah terlebih seronok dapat beraya, jadinya draft hanya tinggal draft. Hahaha. Kisah kali ni terjadi semasa aku outstation di Perak masa bulan Mac hari tu.


Tengah aku santai2 buat kerja di dalam stor di salah satu cawangan syarikat kat Sitiawan, tiba2 Pakcik Guard cawangan situ terjumpa aku.


PG = Pakcik Guard


PG: Encik John buat apa kat sini? Saya dah nak kunci semua pintu ni.
Aku: Eh? Saya buat kerja audit la...takkan melah derian pulak?
PG: Astaghfirullah hal azim...loyar buruk pulak dia...encik tak dengar pengumuman ke malam semalam?
Aku: Pengumuman apa pulak? Dah nak raya ke? Tau lasaya lama buat kerja dalam ni...takkan la udah nak raya pulak. Ajer kuat meghanjo pakcik ni...tadi kata saya yang loyar buruk.
PG: Astaghfirullah hal azim...malapetaka ape lah yang kau letak kat stor syarikat ni ya Allah (duduk sambil ngentak2 kaki)


Setelah Pakcik Guard tu tenang kembali, baharu lah dia cerita kat aku yang malam semalamnya tu PM ada buat pengumuman PKP. Aku agak terkejut masa tu disebabkan hotel yang aku duduk malam semalamnya tu TVnya rosak dan aku juga tak buka akhbar online atau forum cari masa tu. Jadi aku memang agak blank di situ. Tau2 esoknya nak PKP.


Bini aku pulak 3 hari sebelum pengumuman dia dah mengepau aku cakap nak beli stok makanan kering dan frozen sebab info awal yang dia dapat dari bini Paksu aku dalam sambil2 dia membawang dalam whatsapp. Jadinya aku sorang je lah yang agak ketinggalan dalam hal ni. Patut lah bila aku beli megi cup semalam ada brader tu tanya, “cukup ke?”. Ingatkan dia saja2 nak perli aku.



Aku, PKP dan ... Bahagian 1

Waktu aku keluar dari ofis tu selepas waktu asar, jadinya sudah hampir nak ke maghrib lah juga aku drive nak balik ke KL. Agak malang bagiku lepas je pekan Tanjung Tualang tiba2 saja keretaku perlahan tak boleh nak laju. 20 km/j je yang boleh.


Kalau 20 km/j aku tak tau la bila aku dapat sampai ke KL, aku di dalam dilema masa tu…nak patah balik ke Tanjung Tualang tak perasan pula bengkel kat mana. Jadi aku membuat keputusan yang sangat bernas ketika itu untuk singgah je di rumah arwah opah untuk tengok apa yang dah jadi dekat kereta tu. Setelah hampir 2 jam perjalanan, aku pun tiba di halaman rumah opah aku. Ajer masak bawak kereta 20 km/j. Rasanya jengkaut tu pun idaklah seslow itu.


Tambah panas hatiku bila ada minah rempit potong kereta aku sambil nyanyi, “karna ku selow…sangat selow…santai…santai…”. Santai hanatmu!! Hah…kan dah keluor bahasa kampung bini aku.


Di laman rumah Opah tu, aku pun try godek2 bukak bonet depan dan check bawah kereta acah2 pomen kereta. Bukan tau mende pun. Jadinya terpaksa lah aku buat panggilan sedih dengan bini aku ibarat macam tak dapat balik beraya. Habis je bergayut dengan bini, tengok fon bateri dah tinggal 30%.


“Hai...kantoi aku ni. Rumah opah ni dah takde karen”,bisik hatiku.


Lalu aku terpandangkan projek Paksu nak buat rumah batu di hadapan rumah opah yang telah roboh. Tapi rumah tu tak siap 100% lagi, baru ada tapak yang ditinggikan sikit dan separuh dinding baru dinaikkan.


“Kalau lah Paksu dah siapkan rumah ni sebelum PKP,senang la aku nak tidur bagai”, getusku lagi di dalam hati.


Hari pun mulai gelap, di masjid selepas azan pun announce suruh solat kat rumah. Orang2 kampung ramai yang dah takde, kalau tak boleh juga numpang rumah diorang. Aku try whatsapp Leman dan Rashid pun diorang tak ada dikampung. Takkan nak tumpang rumah Aminah? Dah la laki baru dia tu cemburu kemain, tak sporting macam arwah Pak Itam.


Nampaknya terpaksa lah aku bermalam saja di dalamkereta. Maka bermulalah hari2ku yang panjang...




Bersambung...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2020 11:19 PM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 23-10-2020 11:31 PM

Aku, PKP dan ... Bahagian 2

Untuk pengetahuan semua, aku ni bukan lah jenis yang tak biasa tidur dalam kereta,lebih dari biasa. Kadang2 tu lepas balik dari mancing dengan member2 pun kena tidur dalam kereta sebab bini merajuk.

Tapi kali ni aku tidur kat laman opah aku, jadi ianya agak luar biasa bila tengah2 malam ada yang mengetuk cermin tingkap. Kalau yang mengetuk tu polis atau orang pejabat agama, mestilah diorang dah suluh aku. Ni hanya bunyi ketuk2 cermin dengan kuku semata2.


“Huuiiiii...dah tidur ke?”, suara yang tiba2 kedengaran di kala kesunyian malam itu. Berdesup darah naik ke mukaku dan perutku pula bergelora bukan main lagi. Tu diaaa…tak cukup dengan main ketuk2 cermin tingkap, nak menegor pule. Ajer gampang punya perangei.


“Lama tak balik? Jom lah kita borak2”, sambung suara tu lagi.


Ketika ini macam2 bermain di fikiranku, antaranya ialah kesilapanku untuk tidur di dalam keretayang mana di kelilingnya cermin. Jadi nak tengok mana pun macam tak kena rasanya. Satu lagi yang menjadi kegusaranku ketika itu, cermin tingkap yang ku turunkan sikit supaya ada udara keluar masuk sewaktu aku tidur.


Lalu dengan mata yang masih tertutup aku pun bergolek2 ke tempat duduk belakang. Cermin tingkap di belakang masih tertutup rapi, aku hanya turunkan yang di depan saja.


“Heymokkkk...kemain lesak lagi tidurnya sampai bergolek ke belakang. Takkan la takut awok ghonjang dengan kuku awok kot?”, sambung suara itu lagi.


“Ajer gampang menatang ni...kalau udah paham tu gi la main jauh2...nak melabun apa malam2 gini. Eh, ngape pulak dia cakap loghat Perak”, bisik hatiku sendirian.


Gangguan dari makhluk itu berterusan sehinggalah azan subuh menjelang. Pada hemat aku lah, takde manusia yang waras yang boleh meragas aku sampai ke subuh. Non stop pulak tu.


Jadinya pagi tu aku merancang untuk cuba keluar dari situ, lalu aku pun ke bus stop. Dari minit ke minit, jam ke jam...punya lah lama aku tunggu sampai dah terlelap aku tidur kat kerusi pondok bas tu tapi tak ada 1 kenderaan pun yang lalu. Lantas aku pun berjalan ke satu2nya kedai runcit di kampung itu.


“Yeop...udah ngape kamu idak pakai topeng muka?”, tegur tauke kedai tersebut. Aku gelarkan dia Pak Mat je lah.


Aku: Bukan orang2 yang bergejala je ke yang kena pakai?
Pak Mat: Hishh…kamu ni…nak tunggu udah kena baru nak pakeinye…nah aku bagi free satu.
Aku: Pak Mat…ngape hulorkan g string ni kat aku? Kot ye pun nak bergurau…
Pak Mat:Allah…abih pecah rahsia. Mata Pak Mat ni udah tak nampak…cer kamu tengokkan mana satu topeng muka.

Aku pun cubamenjengok…tak ada satu pun di dalam laci Pak Mat tu berupa topeng muka. Yang ada g string, daun terup, air ketum sebotol dan duit daun pisang.

Aku: Pak Mat,aku amik sepaket yang kau jual atas meja ni je lah.
Pak Mat: Hah…ada ghopenye atas meja…ngape idak berkabor dari tadi. Naik jenuh pulak aku nyelongkar laci ni.


“Eh? Aku pulak disalahkan? Lain macam orang tua ni…kalau duit nampak saja pulak”, bisikku di dalam hati.


Aku: Pak Mat,apa saja la yang tinggal kat kedai Pak Mat ni. Banyak yang dah habis.
Pak Mat: Ituler kamu…ngape lambat benor? Kamu tunggu je ler bila stok masuk. Tu sana nun ada beras sekilo (sambil menunjukkan ke arah pintu jamban). Jadi ler kamu ada beras…aku dulu zaman Jepun makan ubi kayu je kamu tau.


“Ajer letih aku melayan orang tua ni…udah ler rabun, boleh tahan nak nipu orang pulak tu. Lahir lepas merdeka zaman Jepun kejadahnye?”, getus hatiku.


Aku pun berjalan bertentangan dari arah yang ditunjukkan oleh Pak Mat dan mengambil beras sekilo yang memang telah siap dibungkus. Dalam masa yang sama aku ternampak Mira anak Pak Mat sedang mengira2 stok. Aku pun tak tahu apa yang dia beriya2 mengira stok sebab kat kedai tu rata2 raknya dah kosong. Tapi dari aku bertanyakan dengan Pak Mat, baik aku cuba tanyakan pada Mira ni.


“Mira, bas memang takde lalu ke hari ni?”, aku memulakan bicara.


Tiba2 saja Mira tersipu2 malu...membuatkan aku kehairanan sambil bertanya di dalam hati, “bala apakah yang akan terjadi ni?”.


Lalu dia pun menjawap pertanyaanku dengan nada suaranya yang agak gedik, “Abang Jaws ni buat malu Mira je la…mesti lah Mira single lagi, kalau berkenan pergilah bincang dengan ayah”.


Kemudiannya dia tersipu2 malu sambil ketawa2 gatal dan pergi meninggalkan aku seorang diri terkulat2 menghadap rak2 yang kosong itu.


“Neraka apakah yang baru terjadi? Dia panggil aku Abang Jaws? Jaws kah aku? Macam mana tanya pasal bas boleh jadi berkenan dengan dia pulak?”, terkesima aku di dalam hati. Lalu aku pun membawa beras ke meja Pak Mat untuk membayar bersama2 dengan hatiku yang luka.


Pak Mat: Kamu berkenan ke dengan anak aku tu? Aku boleh ejas & bagi diskaun…maklumlah dia tu sound trouble.
Aku: Ah…ke situ pulak Pak Mat ni. Aku tanyakan pasal bas kat kampung ni. Lagipun aku ni dah kawin lah Pak Mat oiii…
Pak Mat:Ooo…gitu ke ceritanye. Ater kalau udah kawin pun ape salahnye? Laki kan boleh pasang 4?
Aku: Udah ler Pak Mat…aku lapor ni…bas ke pekan ade ke idak lalunye hari ni?!
Pak Mat: Ituler budak2 sekarang asei cakap sikit nak marah…nah ikan masin buat lauk makandengan nasi. (sambil menghentakkan bungkusan plastik ke atas meja di hadapanku)
Aku:Adoooiii…Pak Mat, ni kondom. Ngapelah kedai Pak Mat ade juai menatang ni? Orang kampung mana la yang nak menggunanya. Apelah nasib aku hari ni.
Pak Mat: Allah…silap lagi ke?
Aku: Udah2 ler Pak Mat…cepat kira berapa.


Ajer penat akukat kedai Pak Mat tu…rasanya boleh habis kering tenaga aku dengan tak cukup tidur semalamnya…tu belum masuk  dengan penderaan mentalnya lagi. Nunggu Pak Mat nekan kalkulator tu pun satu benda yang brutal jugak. Topeng muka dengan beras je pun…itu pun nak mengguna kalkulator jugak.




Bersambung…

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung lg tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2020 11:32 PM | Show all posts

esok lah ye...jenuh pulak bila dah post dia lari dari yang asal. Lepas dah post kena edit pulak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ok tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2020 08:26 PM | Show all posts
Aku, PKP dan ... Bahagian 3

Hari pertama PKP tu aku berada di dalam dilema yang agak besar…persoalan2 yang bermain di mindaku ketika itu ialah kalau aku jalan kaki berapa hari baru sampai ke KL? Patut ke aku bancuh simen dan susun batu bata siapkan projek rumah Paksu?

Tapi dari aku pening2 kepala fikir benda yang tak pasti, aku pun mula menyelongkar barang2 yang ada di dalam bonet belakang kereta. Apa yang ada ialah beg pakaianku, segulung tali pancing dengan kotak compartment kecil yang berisi gunting lipat, mata kail serta batu ladung, botol air 5 liter, periuk kecil, mancis cap orang terbang, cangkul mini dan juga parang.

“Alhamdulillah…rasanya boleh aku buat misi survival dengan barang2 ni. Nasibla aku biar je barang2 camping dalam bonet ni”, bisikku di dalam hati.

Untuk aku ke balai polis tersangatlah jauh dari kampung Opah aku tu. Sama ada di Tanjung Tualang atau di Mambang Diawan…kedua2nya jarak lebih dari 20km. Jadi agak menyusahkan untuk aku nak berjalan kaki ke sana. Apa lagi kalau kena halau balik pula.

Kemudian aku memeriksa apa2 barang yang ditinggalkan oleh pekerja2 yang diupah oleh Paksu untuk menyiapkan projeknya. Ada batu bata, simen, kain kanvas, tali nylon dan scoop simen. Agak pelik masa tu...aku cuba cari sumber air sampai habis keliling tanah Opah aku tu, tapi tak jumpa juga. Macam mana diorang bancuh simen? Lagi brutal macam mana pula aku nak dapatkan sumber air?

Maka terpaksa lah aku memulakan projek di waktu lapang, iaitu membuat telaga mini yang bergantung pada sumber air hujan. Jadinya masa tu rutin harian aku paginya aku masuk ke hutan mancing ikan untuk buat lauk, termasuklah mengambil air sungai untuk masak, mandi, wuduk dan bancuh simen.

Tengah hari membawa ke petang aku menyiapkan projek telaga miniku yang mengambil masa 3 hari, adakalanya aku berulang alik ke hutan beberapa kali untuk mengambil air. Di malam harinya pula aku diganggu makhluk tak bertemadun yang cuba untuk mengajak aku bersembang dengannya.

Tetapi cermin2 telah ku tutupkan dengan pakaian2 supaya aku tak terlihatkan akan rupanya yang tak berapa nak indah tu. Cuma kadang2 tu kalau cahaya bulan agak terang, aku dapat melihat kelibat makhluk itu dengan rambutnya yang menggerbang, mukanya seperti timbul di bahagian hidung dan mulutnya seperti anjing dan kukunya pula panjang dan berpintal2.

“Huuuiiii…ngape ditutupnya cermin tingkap ni? Macam mana kita nak bertentang mata sambil nyembang?”, katanya padaku pada malam itu.

Hari2 berlalu sehinggakan menjadi agak rutin, telaga telah pun disiapkan dan aku tebarkan kain kanvas yang dikat 4 penjurunya pada pancang kayu dan di tengahnya aku tebuk lubang. Dengan ini lebih banyak lagi air hujan yang dapat masuk ke telaga tersebut.

Tapi setelah beberapa hari, masih tidak ada pun hujan yang turun. Hanya makhluk tu saja yang membuat bunyi seperti sedang mandi telaga sambil menyanyi lagu suriram. Sangat kurang ajar sekali makhluk tu ye kawan2? Gayung pun tak mandang...bunyi pulak kemain lagi.

Rutin aku masih diteruskan dengan seperti biasa menuju ke sungai untuk menangkap ikan, kaki aku melangkah dengan yakin sekali tetapi mindaku pula berkhayal. Maklumlah…hiburan apa lagi yang aku ada kan? Tetapi kali ini rutinnya berlainan sekali…

Jalan yang ku lalui itu tiba2 luas dan seperti sering dilalui orang. Serta merta langkahku terhenti dan aku mula beristighfar…sedarlah aku ketika itu telah memasuki alam lain. Perlahan2 aku mengundurkan langkahku sehinggalah aku terdengar suara.

“Mengapa kau berundur ke belakang wahai anak muda?”, tegur lelaki tersebut kepadaku.

Aku menoleh ke kanan dan memandangnya, seorang lelaki seperti berumur di dalam lingkungan 50an sedang memerhatikanku sambil tersenyum.

“Tempat yang saya nak pergi bukan di sini”, jawapku ringkas.

“Telah beberapa hari aku melihat kau ke hutan ini mencari rezeki, apa yang kau cari juga ada di kampungku. Bukankah lebih mudah kalau kau teruskan saja perjalanan ke kampungku dan makan serta tinggal di sana?”, ujarnya kepadaku.

Perlahan2 aku mengeluh…dan kemudiannya menjawap, “alamku berbeza denganmu, makanan kita pun berbeza…baik bagimu tapi tidak bagiku”.

Lelaki itu kemudiannya berkata, “tapi adakah kau mempunyai pilihan yang lain? Bagaimana kau hendak keluar dari alam ini dengan sendiri? Teruskanlah saja perjalanan ke kampungku…di sana anakku sedang menunggumu. Dia sangat berkenan denganmu”.

Aku tidak mempedulikan apa saja yang cuba ditawarkannya kepadaku, lantas aku berkata, “aku tahu asal usulmu…”.

Kata2ku itu membuatkan lelaki itu ketawa berdekah2 sambil berkata, “apa yang kau tahu tentang kami? Berapa ramai dari kamu yang berkata mengenali kami tapi akhirnya terpedaya dengan cerita2 karut yang direka2. Berapai ramai juga dari kamu yang memuji2 kami dengan mengatakan kami lebih hebat di dalam agama?”.

Dengan tenang aku menjawap, “kisah kaummu bermula dari zaman Rasulullah s.a.w…mahukah aku meneruskan cerita ini?”.

Sekaligus riak mukanya menjadi terkejut dan kemudiannya memalingkan dirinya dariku, lalu beredar. Sedar2 sahaja aku telah berada di dalam semak samun, agak lari sedikit dari laluan kebiasaannya untuk aku ke sungai.

“Nak survival pun payah…”, bisik hati nuraniku.


Bersambung…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.068502 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list