CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Exoskeleton

Pengalaman budak2 nakal (Update 15/8/21)

  [Copy link]
Post time 24-10-2020 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 tt sambung lah nanti Jgn hilang lama2 pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2020 10:03 PM | Show all posts
Aku, PKP dan ... Bahagian 4

Setelah aku menolak cubaan untuk mengkidnap itu tadi, aku meneruskan rutin kebiasaanku iaitu memancing di sungai. Sedang aku asyik termenung melihat ikan yang hanya lalu lalang dan tidak memakan umpan yang telah ku pasang, tiba2 disekelilingku berbau wangi. Wangi itu seperti bau2an bunga, ianya lembut dan tak sama seperti bau wangian yang biasa.

Aku mengangkat kepalaku, nun di seberang sungai yang jaraknya tidak sampai 2 meter dariku ada seorang perempuan bertudung litup serta berbaju kurung sedang melemparkan senyumannya ke arahku. Di belakangnya pula terdapat 2 orang pengawal menemaninya.

Perkara itu agak menghairankan aku, sepatutnya aku lah yang perlu ada pengawal dari makhluk2 ni. Bukan perempuan yang konon2nya nampak seperti lemah itu.

Dia memperkenalkan dirinya sebagai Kenanga kepadaku. Tapi itu bukanlah nama sebenar ye…nanti kalau korang seru2 payah pulak nanti.

“Kita dah mahu orang tu pula tak sudi”, katanya dengan nada seperti berseloka kepadaku.

Lalu aku menjawap, “aku ke mari bukan untuk mencari isteri”.

“Dalam kampungku ada pelbagai makanan, tempat tinggal yang selesa dan kamu tidak perlu susah2 dan keseorangan seperti ini”, pujuknya.

“Alam kita berbeza…cara hidup kita pun berbeza…makanan kita pun jauh berbeza…kenapa pula aku hendak mencari kemudaratan ke atas diriku sedangkan aku tahu yang itu bukanlah yang baik untukku”, jawapku tenang kepadanya.

“Tapi tidak letihkah engkau hidup seumpama ini? Tidak sama seperti manusia2 lain…sunyi seorang diri. Sedangkan kami boleh memberikan kau jalan keluar dari semua ini”, pujuknya lagi.

“insyaAllah…apa yang terjadi pada diriku kini tentu ada hikmahnya…dan aku percaya pada qada’ dan qadarNya…tak perlulah kamu resah melihatkan keadaanku. Di setiap ujianNya itu ada waktu luputnya”, jelasku kepadanya.

Tetapi Kenanga seakan tidak berpuas hati dengan jawapanku itu, dia hanya menunggu sambil melihat wajahku. Eh…ni bukan kisah romantis antara aku dengan Kenanga ye…   

Perasaanku agak resah ketika itu, sedangkan dia masih lagi di situ menungguku. Kalau dia ada di situ, ikan2 di sungai seakan2 tak mahu memakan umpan aku. Lalu aku pun membuat keputusan untuk turun ke sungai dan menangguk ikan2 tersebut dengan menggunakan tshirt yang ku pakai.

Kemudiannya, aku membawa ikan yang aku dapat itu dan berjalan keluar hutan. Hari telah semakin gelap…sudah jam berapa pun aku tidak tahu sebab henfon aku telah kehabisan bateri. Usahkan waktu, hari ke berapa aku di situ pun aku tak tahu.

Kalau aku lihat rupaku pada cermin kereta, dah macam Tom Hanks dalam cerita Castaway. Cumanya jambang dan rambut tu takdalah panjang mana. Kegelapan hari itu telah memberikan jawapannya kepadaku, hujan rintik2 mulai turun dan angin pula bertiup kencang.

Alhamdulillah…hujan juga akhirnya. Dengan pantas aku berlari ke kedai Pak Mat untuk membeli sabun.

“Haiii…udah takde rope orang dah kamu ni. Bau pun masyaAllah…”, tegur Pak Mat kepadaku.

Tapi aku tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh orang tua itu…badanku dah gatal2 tak sabar nak mandi.

“Pak Mat, mintak tolong unjukkan sabun mandi kat belakang tu…dengan sabun buku untuk cuci baju sekali”, kataku kepada Pak Mat.

Pak Mat hanya menggeleng2kan kepalanya dan kemudiannya berkata, “aku tau kamu boring masa PKP ni…tapi kamu buat menda alah tu bukanlah satu benda yang elok”.

“Astaghfirullah hal azim…cepat lah Pak Mat, hujan dah kat luar tu!”, aku mendesak Pak Mat dengan nada yang agak sedikit keras.

“Itulah budak2 sekarang ni…asei ditegur je marah…asei tegur je nak marah”, bebel Pak Mat kepadaku sambil teraba2 mencari sabun2 yang ku minta tadi.

Setelah beberapa babak yang agak haru biru, barang2 yang salah dimasuknya dalam beg plastik dan aksi tekan2 kalkulator yang sangat2 menguji kesabaran. Aku pun berlari di dalam hujan menuju ke halaman rumah opah.

Masa aku mandi hujan tu dah macam satu babak dalam cerita Shawshank Redemption dah…sangat2 nikmat aku dapat mandi dan mencuci badanku. Satu nikmat yang kita hanya ambil lewa saja di dalam kehidupan normal kita sehari-harian.

Usai saja mandi aku pun masuk ke dalam kereta dalam keadaan menggigil2 kesejukan…hujan seperti tidak mahu reda lagi sehingga membawa ke tengah malam. Aku terpaksa memakai beberapa lapisan baju dan seluar untuk memanaskan badan.

Baru saja aku nak terlelap…tiba2 cermin tingkapku diketuk seperti kebiasaannya. Tetapi kali ini kedengarannya seperti suara makhluk itu seperti menggigil2 berkata, “buka pintu oiii…sejuk kat luar ni”.

Pada hemat aku, makhluk tu macam mengada2…macam lah sebelum ini dia tidur dalam rumah. Kalau kucing tu aku faham lah jugak.

Dengan masa yang diberikan kepada aku yang tidak sibuk bekerja dan menguruskan keluarga…aku menggunakannya untuk mengamalkan kembali amalan yang telah diberikan Pak Tahir dan Pak Mud kepadaku.

Pada malam2 sebelumnya seakan tidak ada respon atau tiada apa2 yang terjadi…tetapi pada malam itu…


Bersambung…
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
..best nya cerita John...tazabar nk baca sambungan kisah pkp
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Lamanya tak baca cerita tt. Tapak rmh opah tt kt mana sebenarnya. Rmh mentua sy ni kt chenderiang. Bnyk rmh lama terbiar. Nampak suram dan seram
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Best cite hang. Terbayang pak mat tu kazar. Tt ni ada bljr ilmu apa2 ke. Kuat juga pertahananan hang
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh x aku  nak tuduh pak mat tu otak kuning??
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-10-2020 09:14 PM | Show all posts
Aku, PKP dan ... Bahagian 5

Malam itu aku melakukan rutin seperti mana malam2 sebelumnya, iaitu mengamalkan kembali amalan2 yang diberikan oleh Pak Tahir dan Pak Mud kepadaku. Telah agak sekian lama aku meninggalkan amalan2 tersebut kerana kesibukan kerja dan menguruskan keluarga.

Atau mungkin juga sebab Fendi dah berada jauh dariku…membuatkan aku lalai dan leka bagaikan makhluk2 itu tak wujud di sekelilingku. Sehinggalah aku diingatkan semula akan kewujudan mereka itu. Mereka sentiasa ada…hanya aku saja yang terlupa…

Malam itu seakan lebih sejuk dari kebiasaannya…apa yang agak menghairankan, seakan2 dapat aku merasa angin sejuk yang menderu dari luar keretaku. Semakin lama aku meneruskan amalan2 tersebut, secara tiba2 timbul bunyi segerombolan anjing melalak2 di luar kereta.

Itu lebih memelikkan aku kerana di kampungku tidak terdapat anjing liar kerana sukar untuk mereka mencari makan di kampungku.

Setelah itu bunyi anjing2 itu melolong pula sambil diselitkan dengan suara2 menjerit di sekeliling keretaku…membuatkan bulu2 romaku meremang.

Tidak cukup dengan itu, keretaku dihenjut pula…seakan2 meminta aku menghentikan apa yang aku sedang lakukan.

Bammm!!!

Tiba2 saja bunyi yang kuat dari bumbung kereta…seperti ada yang terjun dan mendarat di atas bumbung tersebut. Aku tidak mengendahkan bunyi2 tersebut, tapi lama kelamaan bunyi di atas bumbung kereta semakin menjadi2.

Bammm!! Bamm!! Bammm!!!!

Sekalipun aku terasa seperti ada angin sejuk yang menghembus ke arah mukaku, tetapi keringat keluar mengalir membasahi wajahku. Kadang2 timbul pertanyaan di dalam diriku, patutkah aku hentikan saja dahulu dan menyambungnya bila keadaan telah tenang?

Akan tetapi hatiku menyuruh aku meneruskan saja apa yang aku sedang lakukan dan dia juga mengeluarkan debat2nya…bila pula keadaan akan kembali tenang? Pastikah aku yang keadaan yang tenang itu akan tiba? Atau hanyalah aku yang menipu diriku sendiri kerana berada di zon selesa?

Aku meneruskan saja amalan2 tersebut sehinggalah aku terasa aku seakan2 tidak lagi berada di dalam kereta…telingaku juga tidak lagi mendengar suara2 menjerit dan juga lolongan anjing2. Segala2nya seakan2 kosong di sekelilingku sehinggalah aku tersedar yang hari telah pun siang.

Kemudiannya aku membuka pintu kereta dan mengesot keluar dan berbaring di atas rumput kerana belakang dan kakiku tersangat2 lenguh dan kebas kerana duduk bersila sepanjang malam. Aku melihat sekelilingku, tak ada kesan tapak kaki anjing dan tiada apa2 pun yang terjadi pada keretaku.




“Makhluk2 itu tidak hilang atau lari kerana siang…hanya menyembunyikan diri mereka kerana malu akan rupa mereka sendiri…rupa mereka itu adalah kutukan Allah terhadap apa yang telah mereka lakukan dahulu”.

- Pak Tahir -




Aminah Bahagian 1

Hari2 berikutnya berlalu bersama2 dengan rutin harian, iaitu bangun, cari makanan kat hutan, mandi air telaga, lepas makan malam terus je masuk kereta. Semakin lama semakin kurang interaksiku dengan manusia. Kedai Pak Mat kadang2 aku pergi asyik tutup je sebab tak cukup barang2 nak niaga.

Masa ni kalau aku tengok rupa aku kat cermin memang macam orang survival habis. Dengan baju dan seluar 3 suku lusuhnya, lepas tu berkaki ayam je pulak tu sebab selipar terputus masa sangkut dalam lecak. Takkan aku nak pakai kasut ofis aku pulak kan? Silap2 aku kena bahan dengan Kenanga & the geng nanti.

Rambut dengan jambang tu jangan cakap la…kuku je aku dapat maintain. Tu pun sebab memang ada simpan pemotong kuku dalam kereta. Boleh je aku potong rambut dengan gunting lipat, tapi nanti senget benget kena pulak bahan lagi dengan Kenanga.

Kenanga tu apesal eh? Tak boleh tengok orang senang sikit. Ada je mengusha masa aku nak pancing ikan. Tu lah sebabnya aku mandi kat telaga dan bukannya mandi kat sungai sebab ada anak dara duk mengusha je.

Makhluk2 yang kacau aku pulak, makin lama makin jauh…sampai dah tak boleh masuk ke tanah Opah aku lagi dah. Jadinya dapat lah aku solat dekat atas tapak rumah terbengkalai dan lepak lama2 sikit kat luar…dekat2 dengan unggun api.

Walaupun ke mana2 saja aku pergi, ada je makhluk2 yang bukan manusia muncul…jauh di sudut hatiku terasa nak bersembang2 dengan manusia. Sehinggalah satu hari tu aku tengah duduk mengelamun sambil main2 ranting (apa kerja lagi aku nak buat kan?).

Dari jauh kelihatan sebuah sosok badan wanita sedang berlari pecut ke arahku, lama kelamaan wajahnya semakin jelas pada pandangan mataku...Perempuan itu berlari berkaki ayam, hanya memakai tshirt dan kain batik, manakala rambutnya pula ditutupkan dengan tuala. Sayup2 kedengaran suaranya menyebut, "John...John...!!"

Membuatkan aku tertanya2 di dalam hati, "Eh...dah kenapa Aminah ni? Kalut semacam je? Siapa John?". Setelah sekian lama aku tidak mendengar nama keramat itu diseru.

Lantas aku terus bertanyakan kepada Aminah apabila dia tiba di hadapanku, "kau ni dah kenapa ni Minah? Lain macam pucatnya ni?"

Tetapi soalanku itu tidak mendapat jawapannya, Aminah hanya sempat brake kecemasan dihadapanku dan kemudiannya mencengkam lenganku. Seterusnya dia menarikku untuk join dia berlari marathon.

Dalam nafasnya yang tercungap2 itu mulutnya berkata, "Tolong aku John...kau kena ikut aku".

"Aku John?", tanyaku kehairanan di dalam hati.


Bersambung…
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 10:20 AM | Show all posts
Aduhaiiii..berdebar betul cerita ko ni..terhibur aku dengan keletah hantunya, si ramli, fendi....Kalau ko bukukan cerita ni mmg aku beli. Aku pun memang minat dgn genre seram. Bukan semua org dpt pengalaman macam ko ni.
Cerita Haryati the origin, bila baca terbayang mcm maya karin dlm filem pontianak harum sundal malam,,satu-satunya movie melayu yg aku tgk kat pawagam sbb ada maya karin..ha3.
Cerita Kg Mentimun pun best sebab aku mmg dok segamat, jadi terasa feel betul citer angker ko ni.
Sambung lagi John...terbaiklah....puas teman membacanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2020 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
motip sangat pak mat ni g string la kondom la bagai. tak padan dengan tua yach
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2020 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
makhluk menggerbang tu pon sama sengal. kalau ada fendi kat situ mesti happening kan duk melayan jah heshe
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2020 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
yang kenanga ni pulak kemain gedik nak membirah? orang dah taknak tu mohon berambus yach. nak kena covid setepek ke baru reti nak stop? spesis heshe kalis covid ke dok?  kalau dah tak tahan sangat mohon sambar jah pak mat tu yang sama sangap untung2 dapat free g string lagi ko mampu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2020 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur la aku masuk baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2020 07:31 PM | Show all posts
AshKetchum replied at 28-10-2020 09:53 PM
makhluk menggerbang tu pon sama sengal. kalau ada fendi kat situ mesti happening kan duk melayan jah ...

wah...betul punya marah ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 07:33 PM | Show all posts
x  sbaor tgu ape cer kisah Aminah ni..

well done TT.
writeup yg bagus. ejaan penuh uols..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 29-10-2020 07:31 PM
wah...betul punya marah ni

haha. iols baca kisah tt dengan penuh penghayatan gitu. watak kenanga tu iols imagine macam watak pompuan bitch urban berkerak yang gegeh nak tackle si hero slot akasia 7pm walaupon di whoareyouss kan jah tiap kali. gituuhh iols fefeeling
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2020 10:19 PM | Show all posts
watachiwa replied at 29-10-2020 07:33 PM
x  sbaor tgu ape cer kisah Aminah ni..

well done TT.

insyaAllah kena tunggu weekend jugak nampaknye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2020 10:20 PM | Show all posts
AshKetchum replied at 29-10-2020 10:04 PM
haha. iols baca kisah tt dengan penuh penghayatan gitu. watak kenanga tu iols imagine macam watak  ...

tapi iols bknla hero akasia slot pkul 7 mlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 10:31 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 29-10-2020 10:19 PM
insyaAllah kena tunggu weekend jugak nampaknye

x pe.. teman sanggup nunggu
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 29-10-2020 10:20 PM
tapi iols bknla hero akasia slot pkul 7 mlm tu

haha. tapi iols yakin chuols ni mesti nampak helok kan walaupun berjambang segala gituh. dah cepat sambung kisah tt supaya iols boleh teruskan melahar si kenanga sundal tu macam diva aa tapi dalam hati jah sambil fefeling makan popcorn baca cerita tt gituuhh
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik la tt John... 2 hari aku baca cite2 ko ni... best2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.076183 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list