CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Exoskeleton

Pengalaman budak2 nakal (Update 25/9/24)

[Copy link]
 Author| Post time 12-6-2019 09:44 PM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 27-5-2020 06:53 PM

Aku masih ingat lagi ketika itu aku sedang cuti semester, tetapi cuti kali ni aku tidak pulang ke Ipoh kerana bekerja part time di banquet Grand Blue Wave. Oleh kerana malam sebelumnya aku kerja bagai nak mati, esoknya tu aku tidur tak sedarkan diri. Tiba2 saja aku terasa macam aku di awang-awangan. “Apa dah jadi ni? Tak selesa benor belakang ni”, kataku di dalam hati. Perlahan2 aku membuka mataku, aku melihat Ramli sedang mendukungku.

“Eh? Apahal jantan keparat ni dukung aku? Aku kena kidnap ke ni?”, tanyaku di dalam hati.
Aku pun terus bersuara, “woi…woi…apa yang kau nak buat ni? Kau turunkan aku sekarang! Aku tak rela didukung ala2 princess oleh lelaki”, aku meninggikan suara memberitahu Ramli. Tetapi tak diendahkannya, dia masih tidak mempedulikan aku berteriak meminta diturunkan berkali2 dah macam orang kena kidnap. Begitu juga penduduk2 di rumah flat aku, mereka tidak mengendahkan. Pada mereka, apa sajalah dibuat budak2 ni.

Nun kelihatan sebuah kereta Perodua Kelisa sedang menunggu di sebelah flat yang kami duduki. Di dalamnya pula ada seorang housemateku, Zainal sedang berteriak, “cepat…cepat!”. Ramli kemudiannya mencampakan ku masuk ke seat belakang kereta, mentang2 lah si Ramli ni badannya besar. Aku ni dibuat sesuka hati je.
Aku membetulkan kain pelikat yang ku pakai lalu aku pun bertanya kepada mereka, “korang nak kidnap aku pergi mana ni?”.
“Kau duduk diam2 kat belakang tu, nanti kitorang cerita”, jawap Ramli kepadaku dengan nada yang tinggi. Aku dapat merasakan yang mereka dalam keadaan cemas.

Kereta Kelisa tersebut dipecut laju keluar dari bandar Shah Alam, aku melihat muka Zainal pucat dan kadang kala dia memegang kepalanya. Dia juga memarahi backhoe di hadapannya sambil berkata, “time ni lah kau nak ada kat jalan raya ni”. Kesian backhoe tu ye kawan2, dia buat kerja dia je. Aku ketika itu dilanda berbagai2 pertanyaan. “Apa yang dah jadi ni? Ni bukan ke kereta si Fendi? Kenapa aku kena kidnap? Surprise bachelor party macam cerita omputih kami tengok hari tu ke? Tapi aku belum nak kahwin lagi dan orang Islam takde bachelor party…Dompet aku kat rumah, kena tahan polis masak ni”, kata2ku sendirian di dalam hati.

Aku melihat ke luar jendela, kami telah pun melepasi exit Rawang. Sekali lagi aku membuka mulut bertanya kepada mereka, “apa yang dah jadi sebenarnya ni?”. Dengan tak semena2 Ramli mula menangis dan bercerita apa yang dilalui mereka sewaktu berkhemah di Kuala Dipang.


Perkhemahan di Kuala Dipang

Perkhemahan kali ni disertai oleh 8 peserta iaitu, Sarjen, Fikri, Fendi (the dense), Zainal, Siti, Nurul, Fatin (The Aweks) dan Ramli (kuasa pervertnya bertambah sebab ada aweks join). Sarjen ni senior di IPT kami, dia bukanlah ada kaitan dengan askar pun. Tetapi gaya kelakuan, percakapan dan pakaiannya seperti askar. Mungkin kerana dia pernah direject dari askar kerana tak cukup ketinggian dan rabun warna. Disebabkan dia ada senioriti dan berpengalaman dalam menguruskan program semacam ni, maka mereka melantik dia sebagai ketua.

Pada hari Jumaat, Sarjen memberi briefing ringkas kepada 7 orang yang terlibat dalam aktiviti perkhemahan tersebut di sebuah gerai makan
Sarjen: Kita akan berkumpul di hadapan pagar kampus tepat jam 0800 dan akan terus bergerak ke lokasi perkhemahan apabila kesemua peserta telah bla3… kita pergi 2 kereta, laki 1 kereta, perempuan 1 kereta. Sambung bla3 lagi… Jaga disiplin, bla3… Jangan masuk khemah perempuan, bla3… Barang2 yang perlu dibawa, bla3… (hampir sejam)
Ramli: … (dalam hati: briefing ringkas kekdahnya ni? Takde can la nak ayat awek2 ni)
The aweks: Sibuk balas2 sms, asah2 kuku, tengok2 cermin. Ayat: apa kelas gerai tepi2 jalan ni
Fendi: Tengah melambai2 balik perempuan berkain putih yang memanggil pelanggan2 ke gerai tersebut (pelaris)
Zainal: Tengok jam berkali2 sebab ada game bola petang tu.
Sarjen: Kalau tak ada apa2, waktu sekarang menunjukkan tepat jam 1803 kita mula bersurai. Jangan lupa bla3… (sambung lagi 10 minit)

*Kembali di dalam kereta
Ramli yang sedang rancak bercerita tentang kisahnya tiba2 terdengar bunyi orang berdengkur di belakang. Lantas dia menepuk badanku dengan kuat

Ramli: Woi John! Aku tengah cerita ni, kau boleh tidur pulak
Aku: Aku balik pukul 4 pagi lah semalam, ingat aku ada masa nak dengar kau ulang balik ayat2 Sarjen?
Kami bertekak seketika sehinggalah Zainal berkata, “lori KFC terbalik”.
Aku & Ramli: Hah? Mana2? Cepat kutip ayam
Zainal: Hah…baru lah korang berhenti bertekak. Apa logik lah korang nak kutip ayam KFC? Bukannya dah siap goreng dalam lori tu. Lepas tu haram tau tak?
Aku: … (dalam hati: Cis…terkena juga aku)


Bersambung…

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2019 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak tahir gurau kaso nampak
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 10:13 AM | Show all posts
Best2 cerita ni TT ni loghat bahasa org perak lak tu...mmg masuk bebenolah. Keras jgk kampus kt utara tu ye. Cerita semua best...aku bg 5 bintang sbb olahan cerita, watak yg menarik, bahasa yg sng paham dan ada kelako dlm seram2 tu. Sambung lagi TT....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2019 03:06 PM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 27-5-2020 07:00 PM

Pada pagi Sabtu itu, sedang aku lena tidur di ruang tamu, Ramli yang lengkap berpakaian sukan datang mengejutku.

Ramli: John, jomla ikut kitorang pergi camping, kalau kau join...kereta si Fendi penuh, dapatlah aku naik kereta dengan budak2 perempuan.
Aku: Hah? Camping? Fendi? Semua benda yang kau sebut tu macam tak kena je? Budak2 perempuan mana yang ikut? (sambil pejam mata lagi)
Ramli: Alah…Siti, Nurul dan Fatin. Budak2 kos kau… Jangan risau…aku tak kacau akak2 senior comel kau tu. Haisshhh kau ni lah…
Aku: Ni lah aku nasihatkan kau dalam keadaan kaki aku sebelah kat alam mimpi. Kita ni budak2 kampung, diorang tu budak2 bandar. Mana padannye… Zzzzzzzzzz
Ramli: Haishhh...kau ni...cakap pun tak abis. (sambil menggeleng2kan kepalanya)

Aku meneruskan pengembaraanku di alam mimpi, manakala Fendi dan Ramli keluar rumah ke arah pengembaraan mereka.

*kembali pada waktu kami di dalam kereta
Aku menyedut puntung rokok yang diberikan oleh Ramli sambil berkata di dalam hati, “Ni je lah sarapan aku pagi ni”. Aku membelah kesunyian kami ketika tu dengan bertanya, “jadi apa masalah sebenarnya sampai korang kidnap aku yang tak cukup tidur ni? Budak2 lain mana?”. Ramli dan Zainal saling berpandangan seketika, kemudian Ramli berkata, “ni yang aku nak cerita kat kau ni”.

Perjalanan mereka berjalan lancar walaupun kereta the aweks sampai lambat sikit, biasalah perempuan kalau bersiap kan? Di dalam perjalanan Sarjen membebel sebab the aweks datang lambat, tak menepati masa, salam tangan bf macam salam tangan husband (aku pun tak tahu apa rasionalnya hal ni), bla3 lagi. Tetapi dia membebel di dalam kereta budak2 lelaki, tidak pula dia sampaikan kepada the aweks itu. Fikri dan Fendi masing2 tidur di dalam kereta setelah mendengar bedtime story dari Sarjen. Mereka tiba di lokasi jam 1030, sekali lagi Sarjen memberi briefing.

Ramli menawarkan dirinya menjadi sweeper, iaitu orang yang terakhir untuk memastikan tiada yang tercicir. Tetapi niat sebenarnya hanya nak tengok bumper the aweks. Niatnya tidak kesampaian kerana Sarjen takut dia yang tercicir sebab badannya lebih besar dari yang lain. Perjalanan meredah hutan lebih kurang 1 jam dan mereka perlu berhenti beberapa kali kerana Ramli tak ada stamina, sehinggalah mereka tiba di lokasi perkhemahan.

Disebabkan Fikri memang handal dengan aktiviti outdoor, jadi dia memeriksa sekeliling kawasan perkhemahan mereka dan dia menjumpai sumber air, lubuk ikan dan kemudiannya dia melaporkan pada Sarjen. Ramli masih lagi terbaring kepenatan di atas tanah, tatkala orang lain sedang sibuk memasang khemah. Memang tak banyak membantu budak Ramli ni. Usai saja mendirikan khemah, mereka pun berehat sebentar di dalam khemah masing2.

Waktu berlalu pantas, malam pun menjelang. Ramai di antara mereka terlajak tidur disebabkan kepenatan kecuali Fikri yang siap mencari kayu api, menyalakan unggun api di kawasan mereka itu dan masak makan malam untuk semua yang ada. Sangat2 efisyen budak Fikri ni. Habis saja makan, Ramli pula rasa nak memerut. Berpeluh2 dia menahannya, lalu dia pun mencapai kelengkapan seperti botol air, sudip tangan dan torch light. Rasanya aku tak perlu cerita apa yang Ramli buat dengan alat2 tu.

Ketika Ramli sedang melaksanakan hajatnya, dia teringat akan pesanku, “torch light ni untuk suluh bawah je, kau jangan suluh ke atas”. Dia pun menyuluh ke atas2 pokok, saja cari pasal budak Ramli ni. Sampailah dia tersuluhkan dahan yang ada kain putih, dia pun terus menutupkan torch lightnya sebelum dia tersuluhkan muka makhluk tersebut. “Aduh…kacau ni…apa pulak yang aku suluh tadi?”, katanya di dalam hati. Tiba2 dia terdengar bunyi ranting patah dipijak menuju ke arahnya, peluh mula membasahi muka Ramli.

Cahaya menyuluh mukanya, lampu torch light yang dibawa oleh the Aweks
Nurul: Eeeeee…kau buat benda tak senonoh kat sini Ramli?
Fatin: Betul la John cakap kau ni pervert
Siti: Abis nanti kitorang takkan la nak buat macam kau, tak ada tandas awam ke kat sini?
Ramli: ……

*Kembali kepada kami yang di dalam kereta
Aku: Hahahahahahaha…pervert. Hihihi (berguling2 di belakang kereta)
Ramli membuat muka sentap sambil melihatku, manakala Zainal cuba menahan gelaknya dengan batuk2.
Aku: Takda can dah tu Ramli, lupakan je lah. Kau dah melanggar pantang larang pertama, jangan melepas di hadapan jodoh kau. Hahahaha

Ramli meneruskan ceritanya...selepas the aweks beredar, dia pun segera menyelesaikan urusannya sebelum benda yang bukan2 pula yang muncul. Ramli lantas berlari ke arah lokasi perkhemahan sehinggalah tangan kirinya dipegang kuat. Dia menoleh ke arah yang memegangnya itu dengan penuh saspen…Fendi rupa2nya. “Kau ni Fendi, nasib baik aku tak mati kat sini kau tau”, kata Ramli sambil menghembus nafas lega.
“Jomlah ikut aku jap, kau mesti suka punya”, kata Fendi


Bersambung…

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2019 06:58 PM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 27-5-2020 07:15 PM

“Apa benda yang kau nak tunjuk kat aku?”, tanya Ramli kepada Fendi yang beriya2 menarik tangannya. “Ada awek mandi kat sungai”, jawap Fendi ringkas.
“Eh? Macam déjà vu je ni? Tapi kat mana ye?”, fikir Ramli ketika itu

*Ketika itu di dalam kereta dalam perjalanan ke Perak
Aku menggeleng2kan kepala sambil berkata, “eloklah gabungan korang berdua ni. Sorang tak boleh nak hadam apa yang dia nampak, sorang lagi pervert…nafsu mendahului akal”.
Ramli cuba membela dirinya, “aku curious je la masa tu…aku pun tak boleh nak recall apa jadi kat kita dulu. Kan aku pengsan?”.

Ramli menyambung ceritanya, kelihatan Siti, Fatin dan Nurul sedang seronok mandi manda sambil melompat2 keriangan. Pada aku lah, who in the right mind mandi air sungai malam2? Mandi time siang pun menggigil sejuk. Tapi disebabkan ke“pervert”an melampau si Ramli, dia tidak memikirkan perkara yang sama. “Fendi, kau rasa kalau aku join diorang mandi, diorang menjerit atau ok je?”, tanya Ramli yang semakin geram. Fendi pula lebih tertarik dengan budak kecil yang melambai2 memanggilnya.

“Ramli, aku pergi dulu lah, ada budak ajak aku pergi main buaian dari tadi”, ujar Fendi sambil melangkah pergi dari lokasi skodeng mereka. Setelah beberapa ketika, “budak? Buaian?”, Ramli tertanya2. Dia pun bergegas mengejar Fendi dan berharap dia sempat menarik Fendi, akan tetapi dia tiba di lokasi perkhemahan. “Eh? Pelik…bukan ke Fendi jalan ke sini tadi?”, tanyanya sendiri. Bammm...Ramli terus jatuh terduduk apabila melihat group the aweks tu sedang minum kopi sambil komplen banyak nyamuk dalam hutan.

“Apa pula yang aku lihat tadi?”, tanya Ramli di dalam hati.
“Kau dah kenapa Ramli? Kemain pucat lagi? Terjumpa rimau ke?”, tanya Zainal. Mulut Zainal ni sememangnya tak ada insurans dan bukan main cabul lagi.
Lantas Ramli membentaknya, “Woi…kau gila ke cakap pasal menatang tu kat hutan tebal macam ni? Kau ada nampak Fendi tak?”.
“Rileks lah bro…kita kan di alaf baru? Harimau pun dah nak pupus la bro, jadi kebarangkalian nak jumpa tu tipis…lain lah kalau kau pergi zoo. Hahaha”, ujar Zainal ketika itu.
“Korang cari Fendi ke?”, Fikri mencelah. Kelihatan dia sedang sibuk memikul jaringnya. “Tadi aku nampak dia ke arah sana…ada satu pokok besar. Aku nak pergi pasang jaring ni, esok boleh kita bakar ikan”, sambungnya lagi.

Aku mengambil masa yang lama untuk mengetahui satu perkara tentang Fikri ni, dia ni kebal angker. Segala apa2 jenis keangkeran yang terjadi di sekelilingnya, dia biasanya tak terlibat. Entah apa ilmu dia pakai…alangkah jelesnya aku dengan dia. Justeru itu, Ramli pun mengajak Zainal menemaninya untuk mencari Fendi...mereka pun tercari2 di mana pokok besar yang dikatakan Fikri tadi. Dalam 10 minit mencari, alangkah terkejutnya mereka apabila melihat pokok yang sebegitu besar tetapi tidak disedari mereka sebelum ini. Pokok besar tu lebat daun2nya, berdahan banyak dan di antara dahan2nya yang besar itu ada satu buaian yang bertalikan “tree vine” (aku blur di sini sebab tak ingat apa namanya dalam bahasa melayu).

Kelihatan pada buaian tu ada seorang budak perempuan sedang ketawa keseronokan apabila Fendi menghayunkan buaiannya. Dari cerita Ramli dan Zainal, ketawa tu tak sama macam budak2 biasa, meremang habis satu badan dibuatnya. “Aku tak rasa kita boleh handle benda2 macam ni”, kata Zainal yang mula sedarkan dirinya dari bercakap besar tadi. Dia pun menyambung, “jomlah kita minta tolong dengan orang lain”. Ramli pun mengangguk setuju, lantas mereka berpatah balik ke lokasi perkhemahan.

Bertambah2 kejutan buat mereka apabila tiba di lokasi perkhemahan, situasi di situ kacau bilau. Fatin sedang melutut sambil kepalanya mendongak ke langit dan menjerit seperti orang yang histeria, Nurul terbaring, badannya vibrate di atas tanah macam orang kena sawan. Sarjen datang ke arah Nurul dengan memegang beberapa ranting yang berdaun lebat dan memukul2 badan Nurul sambil membacakan bahasa yang tidak dapat difahami. Kelakuannya sudah seperti bomoh dulu2 atau tok batin.

“Kau nampak Siti?”, tanya Ramli yang masih kaget melihat semua yang terjadi di hadapan mereka. Perlahan2 Siti merangkak turun dari pokok yang tidak jauh dari mereka. Matanya hanya putih sahaja yang kelihatan dan urat2 dimukanya timbul jelas. Kaki Zainal terasa lemah, lututnya jatuh ke bumi...dia pun berkata, “ya Allah…apa yang telah terjadi pada kami ni? Tolonglah kami…”.  Pokok2 bergoyang dengan kuatnya ketika itu seperti ditiup angin, tetapi tidak pula mereka merasakan ada angin ketika itu.

Ramli semakin takut melihat keadaan itu, lantas dia menarik Zainal sambil berkata, “jom kita cari Fikri, mungkin dia boleh tolong kita”. Dalam masa yang sama, Fikri sedang sibuk memancang kayu pada jaringnya. Ramli dan Zainal cuba mencari Fikri pada arah yang dia katakan lubuk ikan. Telah jauh mereka berlari tapi apa yang mereka nampak hanyalah pokok2 di sekeliling mereka. “Kita dah sesat ni, tak jumpa apa pun dari tadi”, kata Ramli sambil termengah2.

Hampir berjam2 mereka berpusing2 di kawasan yang sama, Zainal telah hampir putus asa. Ramli pun sudah sampai ke tahap merangkak tak laratnya. “Zainal, aku rasa mungkin kita habis di sini, siapa lagi yang tahu kita camping di sini?”, Ramli berkata dengan nada yang sebak sambil air matanya mengalir. Lidah Zainal kelu, tak tahu apa lagi yang mampu untuk dia katakan pada sahabatnya itu. Mereka berdua kepenatan, tidak sedar mereka terlelap di atas tanah.
Dalam masa yang sama, Fikri sedang berbaring di atas batu yang dialasnya berhampiran dengan jaring ikan sambil tersengih2 membalas sms dari aweknya.

Bunyi alarm pada henfon nokia 3310 Zainal berbunyi, menandakan telah hampir waktu subuh. Zainal kemudian mengejutkan Ramli sambil mengesat2 matanya.
“Eh? Kita ada di parking kereta? Bila pula kita sampai sini?”, Zainal bertanya seakan tak percaya apa yang dilihatnya.
“Oh ye…Fendi bagi kunci kereta dia kat aku sebab poket seluar dia tak ada zip”, sambung Zainal lagi.
“Kau nak tinggalkan diorang dalam tu ke?”, tanya Ramli
“Takde apa yang kita boleh buat sekarang ni…kita tak mampu. Kau tau tak siapa yang boleh tolong benda2 macam ni?”, Zainal bertanya kembali kepada Ramli.

*Kembali ke waktu di dalam kereta
Aku dengan muka tak puas hatinya berkata pada diorang, “kejadahnya korang kidnap aku? Kidnap la Harun Din ke? Aku nak buat apa pun tak reti…takde dalam silibus kos yang aku ambil”.
“Tapi kan Perak ni area2 kau? Kau mesti tau siapa2 yang boleh tolong dalam hal macam ni. Tadi kitorang call kau tak angkat2, tu yang kitorang redah je”, jawap Ramli kepadaku dengan muka yang hampir nak menangis lagi sekali. Aku pun terdiam seketika dan bersandar ke belakang sambil menghela nafas panjang. Kemudian aku pun berkata, “dulu…Pak Tahir pernah bawa aku jumpa seorang kawan dia...di Ayer Kuning…”


Bersambung…


Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Best betul baca karangan TT...terima kasih sudi berkongsi cerita.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2019 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt, arwah pak tahir mesti ada turunkan apa2 ilmu / petua / pantang larang etc.. mana2 yg boleh share, share lah..sharing is caring gituuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2019 05:08 PM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 27-5-2020 09:22 PM

Syahdan diceterakan oleh yang empunya cetera ini selang berapa lamanya perjalanan pemuda bertiga itu ke sebuah negeri yang bernama Ayer Kuning. Berapa jam lamanya perjalanan itu, maka sampailah kepada kampung yang tidak sampai bas ke sana. Maka diriwayatkan akan dalamnya kampung yang didiami akan orang tuha itu adalah dari sebermulanya dari jalan kecil di kampung orang2 Melayu sehingga bertemunya akan jalan ladang2 sawit. Adapun perjalanan mereka diteruskan jua menembusi jalan kampung orang2 asal yang berbatu2 kecil. Syahdan dilalui habis pula jalan tanah yang merah warnanya, baharulah tiba akan mereka di kampung yang didiami orang tuha tersebut.

Zainal: Dalam gila kampung ni
Aku: Dengarnya dulu dia nak privasi, tak larat orang asyik cari2 dia. Biasanya hal2 tokek dan batu2 yang orang bunian bagi dia. Last2 dia campak je batu2 tu keluar tingkap, siapa yang jumpa tu memang rezeki dia la.
Zainal: Ada ke yang dapat?
Aku: Takde pun…batu2 tu terus ghaib. Dia tak suka kita bergantung pada benda2 macam tu
Ramli: Ooo…habis tu apa nama dia?
Aku: Dulu arwah Pak Tahir suruh panggil dia, Pak Mud. Nama penuh dia Mahmud.

Setibanya kami di rumah Pak Mud, kelihatan seorang lelaki separuh umur sedang bersiap2 dengan kasutnya seperti hendak keluar.
Aku: Assalamualaikum, Pak Mud
Pak Mud: Wa’alaikummusalam
Aku: Kami datang ni ada hajat...
Pak Mud: Nak menyunting bunga di taman? Hahahaha
Aku: …… (dalam hati: eh, orang tua ni loyar buruk pulak). Bukan macam tu…
Pak Mud: Awok tau ler ape heinye kome smua ke mari, tu ler awok dah bersiap dulu. Ater moh ler kita ke sana. Leghaih sikit…

Ramli dan Zainal saling berpandangan, kehairanan mereka melihat perkara yang seumpama itu. Aku yang dah beberapa kali jumpa Pak Mud ni pun masih tak biasa dengan keganjilan yang sering dilakukannya. Kami pun melalui kembali jalan tadi, dan seterusnya melalui pekan Kampar yang dikononkan pembaca sekalian bahawa kampungku berdekatan sini.

Setibanya kami di Kuala Dipang, Pak Mud berkata kepada Zainal, “kamu biasa bersukan kan? Kamu ikutlah aku”. Zainal kemudiannya mengangguk tanda setuju.
“Habis kitorang macam mana Pak Mud?”, tanya Ramli yang tak mahu ditinggalkan di situ.
“Kome ikutla pelan2 kat belakang, sorang tu pakai kain pelikat nak meredah hutan, kamu pulak stamina hancus…hahaha”, jawapnya sambil berdekah2 lalu pergi meninggalkan aku berdua dengan Ramli.

Ramli terdiam berserta sentap dengan jawapan Pak Mud, manakala aku pula mula risau nak meredah hutan dengan kain pelikat. Kelihatan Pak Mud dan Zainal mula berlari pergi dan lama kelamaan hilang dari pandangan kami.


Bagi sesiapa yang tak biasa meredah hutan dengan kain pelikat, ianya satu pengalaman yang amat2 sukar. Kain tersangkut la, nak melangkah kayu besar yang melintang lagi, panjat bukit…Aku ni dah la tak reti nak singkapkan kain pelikat yang macam mamak buat tu. Oh ye...pakai selipar dalam kereta Fendi pula tu, lagilah mencabarnya. Perjalanan yang panjang buatku. Apatah lagi kena menunggu budak Ramli yang asyik2 mintak take 5.

Setibanya kami di lokasi perkhemahan, keadaan di situ udah rope cabuk terhempas. Khemah terbalik, beg Ramli atas pokok, beg Zainal separuh kena tanam dan suara dengkuran Fikri yang sedang tidur lena, khemahnya tak terusik sikit pun. Aku pun mengejutkan Fikri dan bertanya, “kau tak tau ke apa dah jadi kat sini?”.

Fikri melihat sekelilingnya sambil menggaru2kan kepalanya, dia berkata, “masa aku balik dari pasang jaring ikan, aku tengok diorang elok je duduk keliling unggun api…aku pun bagitau la yang aku nak tidor dulu. Apa dah jadi?”. Tidak dapat aku menjawap soalan dari saksi tempat kejadian tersebut, sepatutnya dia yang beritahu aku apa yang dah terjadi.

Aku melihat Zainal di dalam posisi merangkak sambil mengambil nafasnya.
Aku: Dah kenapa kau Zainal?
Zainal: Aku…aku…apa dalam bahasa orang Perak?
Aku: Rope kau sekarang ni? Tumpor kot?
Zainal: Hah…ajer tumpor aku ngejor dia…tak terkejor yeop. Melompat2 atas pokok melintang, berlari non stop…aku main bola je kot? Bukannya komando (sambil terbatuk2)
Aku pun tak tahu apa rasionalnya Zainal nak bercakap Perak ketika itu, walhal dia orang key ell.

Aku pun melihat nun jauh di sungai, Pak mud sedang menyiram the aweks. Kain batik dipakai di atas pakaian mereka dan tuala pula untuk menutup kepala mereka. Pak Mud pernah berkata, “walau macam mana pun aurat mereka kena jaga, tambah2an pula bukan muhrim yang menyiram mereka”. Dia mengisikan air sungai di dalam tupperware kemudiannya membacakan sesuatu sebelum menyiram mereka satu persatu.

Peka dengan keadaan mereka, aku mendirikan semula khemah the aweks tu, dan meletakkan beg mereka di dalamnya supaya mudah untuk mereka menukar pakaian. Sejuk wooo pagi2 mandi sungai, walaupun aku tak mandi lagi pagi tu. Tiba2 aku terbau bau yang sedap waktu itu, aku cuba mencari puncanya. Rupa2nya Fikri sedang membakar hasil jaringnya, memang rezeki akulah…dah lah tak jumpa apa2 makanan lagi. Sedang kami menjamu selera, Fikri bertanyakan soalan kepadaku, “Sarjen dengan Fendi mana?”. Ah…sudah…fikirku. Terlupa pula aku tentang mereka berdua.

Aku: Pak Mud, 2 orang lagi kami tak jumpa
Pak Mud: Takpe…takpe…kita selesaikan yang ni dulu. Cuma 1 lah aku nak kepastian dari kau (muka serius)
Aku: Apa dia Pak Mud?
Pak Mud: Di antara bertiga ni…mana 1 awek kau? Hahahahaha (gelak besar)
Aku dan the aweks memandang tajam Pak Mud, kecik besar je orang tua ni kami tengok.

Usai saja memandikan the aweks dan setelah selesai mereka menyalin pakaian, dalam masa yang sama Ramli dan Zainal pun telah siap menghabiskan ikan bakar Fikri, Pak Mud kemudiannya bertempik sambil menghadap ke arah pokok2, “aku tau 2 lagi budak aku ada pada kamu, aku mahu kamu pulangkan mereka tanpa ada apa2 syarat! Kamu tiada hak untuk menuntut apa2 dariku”. Suara dari orang tua, tapi lebih kuat dari guna mikrofon, suara tersebut bergema seketika.

Setelah beberapa ketika, Pak Mud mengajak kami keluar dari hutan tersebut.
“John, macam mana Sarjen dan Fendi? Takkan kita tinggal je diorang?”, bisik Ramli kepadaku.
“Sabar Ramli…alam ciptaan Allah ni luas, banyak benda yang kita tak ketahui. Elok kita ikutkan saja dulu."
Pak Mud tersenyum mendengar jawapanku dan dia mengajakku jalan di depan untuk berborak2 denganku. Katanya orang kita terlalu membesar2kan orang bunian tanpa mengetahui asal usul mereka yang sebenarnya, ramai juga yang melayankan syarat2 dari jin apabila hendak berbuat sesuatu. Kesudahannya…ramai yang terpedaya. Sedangkan sekiranya kita mempunyai tempat di sisi Allah, apa syarat pun luput. Akhir sekali pesannya sama seperti arwah Pak Tahir, carilah agama…

Sekian lama kami berjalan dengan santai, tibalah kami di parking kereta. Kelihatan Sarjen dan Fendi sedang tidur di tepi kereta. Pak Mud memberikan botol air mineral yang telah dibacakannya kepada Ramli untuk diberikan kepada Sarjen dan Fendi selepas mereka sedarkan diri. Kami pun berpecah, aku menaiki kereta the aweks untuk menghantar kembali Pak Mud manakala budak2 lelaki yang lain balik ke Shah Alam.


Selepas kejadian

Fendi memuntahkan ulat setelah meminum air mineral yang diberikan Pak Mud. Kadang2 pada waktu malam Fendi melepak di verandah sambil menyanyikan lagu seri bunian dari cerita P Ramlee. Untuk beberapa bulan je la…lepas tu ada jiran budak poli terpikat dengan suara Fendi, terus mengayat Fendi dari hari ke hari. Tapi Fendi tak pernah menceritakan apa yang dialaminya sewaktu dia hilang di hutan.

Sarjen pula menerima hakikat yang dia tak dapat menjadi askar buat selama2nya…dia pun jadi macam budak nerd selepas tu. Kulu kelio dengan bukunya.

Zainal pula timbul kesedaran yang dia masih tak cukup fit, setelah gagal mengejar Pak Mud meredah hutan walaupun aku dah pujuk dia yang Pak Mud tu bukan beshe beshe. Selepas grad, dia terpilih untuk bermain di peringkat kebangsaan. Pasukan mana tu aku tak boleh la nak bagitau

Fikri tak mengalami apa2 keangkeran, jadi dia sama saja. Masih lagi aktif bercamping dari masa ke semasa, kebelakangan ni dia camping dengan family dia je.

Ramli tak habis2 tanya aku nombor telefon the aweks, soal aku macam2, kenapa balik lambat? Betul ke aku hantar diorang balik? Kenapa diorang tak layan sms dia? Tak kuasa aku nak melayannya.

The Aweks pula lebih berhati2 dan tidak lagi berperangai bimbo seperti sebelumnya. Dari cerita mereka sewaktu di dalam kereta, segala2nya bermula apabila ada orang tua hendak memberi barang kepada mereka di dalam hutan tapi mereka tidak mahu mengambil barang tersebut. Orang tua tu terus berang apabila pemberiannya ditolak. Mereka rasa bersalah dan memikirkan kalau mereka ambil barang tu mungkin tak jadi seperti apa yang berlaku. Pak Mud memujuk mereka, “ambil ke tak ambil, sama je…tu semua trick je”.

Aku pula? Aku terbaring kepenatan setelah pulang dari kena kidnap dengan kawan2 sendiri. Aku pun bertanya kepada Ramli, “siapa punya plan camping ni? Kalau ikutkan lokasi korang tu bukanlah tempat orang beriadah”. Ramli berfikir seketika sebelum menjawap, “Fendi yang cadangkan kat kitorang, katanya ada pakcik tua tinggi lampai beritahu dia ada tempat best untuk camping”.
Aku pun terus tidur sambil tersenyum setelah mendengarkan hal itu. Patutlah…ajer penat


Tamatlah kisah zaman belajar

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2019 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kuzaime replied at 13-6-2019 10:14 PM
Tt, arwah pak tahir mesti ada turunkan apa2 ilmu / petua / pantang larang etc.. mana2 yg boleh share ...

tak ade ape pun kalau diikutkan...diorang lebih suka aku belajar sendiri. alam terbentang menjadi guru, kata diorang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2019 08:04 PM | Show all posts
Dengan tamatnya kisah perkhemahan di Kuala Dipang, maka ada dalam lebih kurang suku lagi tinggal untuk tamat cerita2 di dalam thread ni. Aku berterima kasih kepada pembaca2 setia yang sudi membaca cerita2 dalam thread yang tak seberapa ni dan aku juga meminta maaf sekiranya tidak membalas korang punya reply.

Maklum sajalah aku menaip pun dalam komuter masa perjalanan pergi dan balik kerja. Kalau dah balik rumah tu sibuk pula dengan keluarga. Jadi aku cuba sebaik mungkin mengarang 25% cerita yang berbaki.

Akhir kata, takde jemput open house ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Best cerita tt..macam gabungan tamar jarlis+dammerung+the flash. Mantap! X bosan baca sampai last. Dah la teman suke dgr loghat perak. XD
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Best cite2 tt

Ada gak org mcm si fendi tu ek..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 10:41 AM | Show all posts
laa dah nak habis ke kisah tt ni..tak puas baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2019 02:18 PM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 27-5-2020 09:39 PM

Sementara menunggu konvo, aku pulang ke rumah opahku. Telah sekian lama aku tidak kemari, pelbagai kenangan bermain di mindaku ketika itu. Dari aku berlari2an di halaman rumah sewaktu masih kecil hinggalah kepada nasihat2 opah kepadaku. Mula timbul rasa sayu dihatiku dan pada ketika itu, kampung sudah tidak lagi meriah seperti dahulu. Ramai orang2 tuanya sudah meninggal dunia, anak2 muda pula berhijrah ke bandar. Tambah2an pula isu perebutan tanah pusaka yang tak berkesudahan sehinggakan tanah kampung mereka terbiar. Aku mencampakkan begku di atas sofa dan kemudiannya mula menyapu dan mengemop lantai.


Rumah Opah Bahagian 2

Setelah selesai mengemas rumah dan menyidai sarung kusyen yang telah ku cuci, aku pun ke warung Pak Itam kerana perutku mula berasa lapar.
Aku: Assalamualaikum, Pak Itam
Pak itam: Wa’alaikummusalam…oh, kamu rupanya. Lama tak nampak? Macam biasa?
Aku: Ya…macam biasa, nasi lemak dan kopi o panas.

Pak Itam duduk di hadapanku setelah memberitahu Aminah untuk menghantar pesanan ke meja ku bila siap nanti.
Pak Itam: Kamu lama ke kat kampung ni?
Aku: Mungkin sehari dua juga kot? Lepas tu ke Ipoh. Menghalau ke? (gelak ku kecil)
Pak Itam: Hisshhhh…idak ler menghalau. Tapi udah lama juga kamu idak ke sini, tidor rumah opah kamu ke?
Aku: Ha’ah…tadi baru siap ngemas.
Pak Itam: Elok benor la tu…kadang2 ade juga nampak mak dengan ayah kamu datang bersih2kan rumah. Paksu kamu pulak entah ape keheinye pukul 2 pagi lari dari rumah opah kamu.
Aku: …… (pause sekejap). Ade la halnya tu kot Pak Itam. Sunyi je warung ni? Biasa ade je budak2 kampung lepak
Pak Itam: Ater tinggal berapa kerat lagi yang tinggalnya? Leman dan Rashid pun udah bekerja di Singapore dengor2nya.
Aku: Elok la tu…dari buat bende2 yang tak senonoh kat kampung ni.
Pak Itam: Hah…betui benor tu. Ade ke deme ngintai si Minah ni mandi, ajer geram awok. Awok pun libas budak dua ekor tu selagi mau.

Aku hanya mampu menggeleng2kan kepala, kemudian Pak Itam menukar topik bila Aminah mendekati meja kami untuk menghantar hidangan.
Pak Itam: Kamu tau pasal Epoi?
Aku: Dulu ada la juga dengar2 kenapa dia berhenti belajar, dia buat anak orang asli mengandung masa pergi function. Lepas tu kena kawen dengan budak tu.
Pak Itam: Ha’ah…lepas tu dia keje kilang dekat pekan nun, bercampur pulak dengan budak2 melayan barang. Nyaris lagi tak mati oberdos. Tapi dianya udah tak betui la lepas tu. Ater...kesian juge ler maknya. Meraung juge dia bile nengorkan Epoi buat anak orang mengandung, lepas tu bila udah jadi rope tu…mak dia juga ler yang menjaganya…
Aku: Bini dia macam mana?
Pak Itam: Lari…idak dia nak menjaga Epoinye bila udah rope tu.

Sekali lagi aku menggeleng2kan kepala…dari seorang pelajar cemerlang, sampai habis rosak masa depannya.
Pak Itam: 2 bulan sudah dia ade kemari lepas balik dari Tanjung Rambutan
Aku: Epoinya?
Pak Itam: Iye…masa tu budak2 kampung ni duk sibuk la bercerita pasal geliga2 ni. Aku bukan tau benor pun…lipan? Ulor?
Aku: Ater ape yang jadinya?
Pak Itam: Epoinya ngabor le kat deme, dia pun ada geliga juga…geliga gurkha. Ater seheran2 ler budak2 kampung ni, tak pernah nengorkan hal geliga gurkha ni. Deme pun nanya la kat dia macam mana ropenya geliga gurkha tu? Dia pergi bukaknya seluar dia sambil cakap ni la geliga gurkha.
Aku: Hahahahaha. Ater bertempiaran la bebudak yang lepak masa tu?
Pak Itam: Mau idak nye? Nak dimarah pun tak boleh. Udah rope tu jadi budaknya. Nasib baik lah darling awok kat dapor masa tu.
Aku: … (dalam hati: darling?)

Aku tersembur ketika meminum kopi yang dihantar Aminah tadi
Aku: Apa kehei lain macam kopi o ni Pak Itam? Nugei rasenye
Pak Itam: Minah, kamu tersilap bagi kopi aku ke kat budak ni? Maaf la ye…tu aku punya, al-maklumlah…malam ni kan malam Jumaat? Hahaha

Aminah menghantar kopiku sambil tersipu2 malu. Lantas aku meneguknya dengan cepat dan meminta diri pada Pak Itam, “awok beransor dulu lah ye…maleh nak melayankan hal kome…”. Pak Itam gelak terbahak2 mendengarkan kata2ku itu.

Malam itu setelah aku memasang ubat nyamuk, aku melepak di tangga depan sambil menghisap rokok. Angin malam yang nyaman, suasana kampung yang sunyi. Tak seperti di rumah flatku di Shah Alam, sekejap2 ada bunyi siren…udah macam kat New York. Nun di seberang jalan kelihatan Pak Itam sedang mengemas2 untuk menutup kedainya. Kedai ditutup awal pada waktu malam semenjak dia kahwin. Dia terlihatkan ku dan terus menunjukkan isyarat good dengan ibu jarinya sambil mengenyitkan matanya. Hendak saja ku balas jari hantu, tapi nanti dikira kurang ajar dengan orang tua pula.

Setelah itu aku berbaring di ruang tamu sambil menonton apa2 saja siaran yang ada di televisyen dan kadang2 tertawa bila melihat telefilem melayu malam itu. Sedang aku gelak2 tu, tiba2 aku terasa ada suara bergelak sama denganku. Terus saja bulu romaku meremang disebabkan “angker sense” ku. Aku pun menoleh ke bahagian atas kepalaku, tiada siapa2. TV kot? Pujuk hati ku walaupun tak ada babak orang gelak pun di dalamnya. Aku sambung kembali menonton TV dan diharapkan kelakar telefilem tersebut dapat meredakan keseraman yang aku alami. Sekali lagi aku terdengar suara tawa, “hehehehehehehe…”. Kali ni lebih panjang dari tawa yang sepatutnya. “Melebih2 pulak dia gelak…kot ye pun cover la dalam aku punya gelak. Jangan lah bagi nampak sangat”, kataku sendirian di dalam hati. Sedang aku masih lagi dalam keadaan terkontang kanting tu, dia sambung gelak lagi sekali lagi bila bahagian kelakar di TV.

“Kanjei betui ni…aku patut pasang kelambu tadi. Sekurang2nya ada 1 lagi lapisan kalau benda alah tu nak datang tunjukkan diri dia. Bas dah takde pula lalu kalau nak lari ke pekan. Basikal pancit kot? Dah lama tak pakai, lagi pula stor bawah rumah tu rasanya lagi seram kalau malam2 ni. Takkan nak numpang kat rumah Pak Itam?”, macam2 di fikiranku ketika itu. Bunyi gelak tu masih berterusan dari masa ke semasa sehinggalah telefilem itu tamat. “Ah…dah habis pulak cerita ni…lagi lah masak aku”, kataku di dalam hati. Aku cuba menukar2 siaran kalau2 ada yang boleh ditonton, tapi semuanya berita tengah malam. Susah untukku menonton berita, tapi disebabkan keseraman yang sedang berlaku…aku tengoklah juga berita.

Bila ada berita tentang bencana…suara tersebut berkata, “kesian…kesian…”. Menyebabkan aku berkata di dalam hati, “keadaan aku lagi kesian sekarang ni…kau punya kerja…Apa yang nak aku buat ni?”

Bersambung…

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2019 02:21 PM | Show all posts
hdon replied at 15-6-2019 09:33 PM
Best cite2 tt

Ada gak org mcm si fendi tu ek..

ade la juge beberapa yang aku jumpa, salah 1nya kwn Paksu aku, orang lain dah lari nampak pocong dia terpacak lagi tak tau apa jadi. Sudahnye pocong tu berdiri depan dia. Dia boleh cakap, "eeeeeee...buroknye mukeee".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2019 02:26 PM | Show all posts
MYviHaZz replied at 16-6-2019 10:41 AM
laa dah nak habis ke kisah tt ni..tak puas baca

setiap yang bermula pasti akan berakhir...
aku ni manusia biase je...takkan lah aku kena peristiwa angker hari2 kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2019 02:31 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 16-6-2019 02:26 PM
setiap yang bermula pasti akan berakhir...
aku ni manusia biase je...takkan lah aku kena peristiw ...

..mau hidup tt diselubungi misteri jer kalau ari2 ada pengalaman angker..tapi serius la sempoi jer cara penulisan ko tt, cuba la korek2 lagi cite kawan2 ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 02:16 PM | Show all posts
ate, bile tt nak continue ceghite nye?

best ayat tt, nak seram tapi tak jadi nk seram.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 04:21 PM | Show all posts
musibat..ditunjuknya geliga gurkha...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Paleh sungguh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.093742 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list