CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36076|Reply: 153

Yuri Gagarin - Misteri Kematian Manusia Pertama Ke Angkasa.

[Copy link]
Post time 1-6-2019 06:02 AM | Show all posts |Read mode

Diera perang dingin antara Soviet dengan Amareka, banyak penemuan sains baru yang peradaban manusia jumpa. Bukan sekadar perang semata. Dua kuasa dunia ni saling berlumba lumba untuk menjadi nombor satu dalam apa jua aspek teknologi. Jadi salah satu kesan dari perang dingin yang terjadi dari tahun 1945 hingga kejatuhan Soviet pada 1991, soviet berjaya menghantar manusia pertama keangkasa, Yuri Gagarin pada 1961. Lapan tahun lepas tu, Amareka pula hantar Neil Armstrong ( Neil Tangan Kuat ) kebulan pada 1969.

Kali ni, Pakcik Otto nak sampaikan dalam bahasa yang mudah dan tadak begitu sastera sangat.

Yuri Alekseyevich Gagarin, mati dalam satu nahas kapal terbang semasa melakukan ujian penerbangan tujuh tahun lepas dia jadi manusia pertama keangkasa. Macam mana sorang pilot yang sangat xpert dan berpengalaman boleh mati crash masa buat latihan rutin yang dia dah biasa sangat buat ? Haaa benda ni menjadi salah satu topik perbincangan hangat dalam pengamal teori konspirasi dan paranormal.


Keadaan semasa kejadian kemalangan tu terjadi membuatkan ramai orang bertekak dan berdebat sekaligus menghasilkan banyak teori. Ada yang kata kaitan kematian dia dengan mahkluk asing ( elien laaa ), konspirasi gomen Soviet nak bunuh dia lah, dia depress lah, dan macam macam lagi. Tapi semua teori teori tu maseh belom terjawab sehingga ke hari ini. As usual, Gomen Soviet masa ni akan keluarkan official statement pasal kematian dia, namun orang ramai tetap fikir yang bukan bukan.

Yuri Gagarin telah mencipta sejarah. Itu fakta yang tak boleh ditolak. Manusia pertama ke angkasa lepas. Dia punya roket berlepas dari bumi pada 12 april 1961 dan duduk dekat angkasa dalam probe ( kapal kecik yg ada kat atas sekali bahagian roket ) "Vostok" selama 108 minit. Kemudian turun balik kebumi.

Bila Gagarin balik kebumi, dia jadi salah seorang manusia yang paling femes didunia pada waktu ni. Well... korang pun boleh imagine kan ? Manusia pertama pergi keangkasa setelah beribu tahun peradaban manusia, sebelum itu kita cuma mampu mendongak kelangit mengira bintang sambil makan di Le Jules Verne, Paris. Tapiii, such a fame like this Yuri Gagarin sebenarnya tak bersedia pun. Hidup dia secara tiba tiba jadi femes saentario dunia, dijulang dan disanjung oleh rakyat Soviet masa ni, menjadi icon utama dunia sekaligus membuatkan pihak Amareka cemburu dengan beliau, sudah tentu membuatkan diri dia sendiri kurang selesa dan terkejut dengan kemahsyuran yang datang secara tiba tiba.  


Sebelum dia jadi astronot, dia ni seorang pilot kat Soviet Air Force. Jadi lepas dia buat nama dalam bidang angkasawan, dia kembali kepada kehidupan asal dia balik, jadi pilot katebang perang. Pada 27 march 1968, dia rancang nak buat tiga latihan penerbangan menggunakan pesawat MiG-15. Dia berjaya habiskan latihan penerbangan pertama dari tiga yang dia nak buat tu dibawah seliaan commander dia Vladimir Seregin. Beberapa minit je lepas dia naik terbang keudara, dia dah berjaya completekan semua syarat syarat latihan dia. Ye la, xpert lah katakan. Jadi lepas dia dah complete-kan semua latihan pertama dia, Gagarin patah balik ke base. Secara tiba tiba pesawat dia lost connection dengan base. Semua alat komunikasi gagal berfungsi. Pesawat Gagarin tiba tiba hilang dari radar di pusat kawalan. Masa ni la bermulanya babak babak teori konspirasi.

Aktiviti mencari dan menyelamat dengan segera dimulakan, dan beberapa jam lepas tu, team penyelamat jumpa sebuah kapal terbang yang sedang terbakar. Dari keadaan kapal yang terbakar tu, adalah mustahil bagi seseorang pilot yang ada dalam tu untuk survive. Cuma mereka ni berharap sangat Gagarin sempat tarik picu untuk eject sebelum pesawat MiG-15 tu jatuh terhempas. Tapiii.... harapan tu musnah pada keesokan harinya bilamana mereka jumpa cebisan mayat Gagarin pada pesawat tersebut.

Tak lama lepas tu satu kajian dijalankan bagi mencari punca tragedi ni boleh berlaku. Hasil siasatan mendapati nahas terjadi akibat dari kesilapan pilot sendiri. Dikatakan Gagarin cuba mengelak dari melanggar "SESUATU" semasa diudara, dan sekaligus membuat satu kesilapan membuatkan pesawat berpusing macam puting beliung dan terhempas. Semua hasil siasatan akibat nahas dan punca kematian Yuri Gagarin diklasifikasikan sebagai TOP SECRET oleh pihak Soviet Union. So, bermula dari saat ni, banyak teori konspirasi berkaitan nahas dan kematian Gagarin mula timbul.


Ada yang kata, masa Gagarin nak mula buat test pilot tu dia mabuk. Ada yang kata Gagarin sebenarnya bertembung dengan  UFO. Ada yang kata Gagarin sebenarnya dibunuh. Dalam tiga teori kanspirasi utama ni, teori yang paling menyerlah adalah dia dibunuh. Sebab rumor mengatakan yang Gagarin tak ngam dan bertelagah dengan Soviet Leader waktu ni Leonid Brezhnev. Namun, ada juga yang mengatakan bahawa diorang nampak Yuri Gagarin masih hidup selepas kejadian tu. Ada juga teori konspirasi lain mengatakan Gagarin kena tangkap dengan KGB dan disumbat dalam tahanan rahsia di Moscow. Dannnnn ada yang kata Yuri Gagarin palsukan kematian dia sebab dah penat dan fedap dengan media dan publisiti yang melanda dia secara tiba tiba lepas jadi manusia pertama keangkasa. Semua teori teori yang diketengahkan ni tak ada satu pun bukti bagi mengukuhkan ianya adalah fakta.

Official statement tetap sama, kesilapan pilot sendiri penyebab nahas terjadi kerana mengelak "SESUATU" objek.  Hakikatnya, ada sesuatu yang menyebabkan pesawat MiG-15 yang dipandu Gagarin bertukar arah. Tapi apa benda yang menyebabkan dia bertukar arah secara tiba tiba ? Burung ? mustahil ! Sorang kawan Gagarin, angkasawan jugak, Alexey Leonov mengatakan Gagarin sebenarnya mengelak dari pesawat tempur yang lain masa hari kejadian tu berlaku. Dia kata dia berbincang tentang nahas tu dengan saksi mata hari kejadian dan mendapati ada jet lain, Su-15 terbang dalam zon yang sama pada hari kejadian. Dikatakan Su-15 tu terbang terrrrrlalu dekat dengan pesawat Gagarin MiG-15 dan sekaligus menjadi punca kepada tragedi berdarah tersebut. Leonov sangat pasti ini bukanlah satu cubaan untuk membunuh Gagarin. Cuma kesilapan dari pilot sendiri dan pilot TIDAK MENGIKUT ARAHAN dan PERATURAN latihn penerbangan.... wauuuwww.... something fishy here. Dont you think ?

Sehingga kehari ini, punca kematian Yuri Gagarin,  manusia pertama ke angkasa masih menjadi topik perbincangan hangat di internet. Pelbagai rumor terhasil dari kisah dan tragedi tersebut.

Begitulah serba sikit yang pakcik Otto boleh ceritakan kat korang bagaimana seorang manusia pertama yang pergi keangkasa lepas menemui ajal. Teladan dari kisah ni korang pikir lah sendiri. Buat masa ni aku masih sibuk mencari punca sebenar macam mana benda ni boleh berlaku kepada seorang pilot yang SANGAT berpengalaman. Artikel ini ditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online. mod sila rate sejuta kredit.

   
         - Otto Von Bismark -





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2019 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama dah tak dengar nama yuri gagarin ni, thanks otto buka bebenang ni jap lagi nak sambung baca
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2019 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
pak cik otto, gambar hangus tu gambar beliyaukah
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2019 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo
Gitu ke.cite nya
Yang iols ada baca.dia.naik.ke angkasa lepas.pastu terhempas.tu sapa.ek?
Yang patutnya kawan.dia yang naik pastu dia.ganti sebab tau dah roket tu bermasalah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2019 06:33 AM | Show all posts
Catpaw replied at 31-5-2019 10:17 PM
Lama dah tak dengar nama yuri gagarin ni, thanks otto buka bebenang ni  jap lagi nak sambun ...

trimass kerana membaca. sila tinggalkan baaaaanyakkkk komen ye kalau suka cerita ni. hehe

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2019 06:34 AM | Show all posts
Catpaw replied at 31-5-2019 10:22 PM
pak cik otto, gambar hangus tu gambar beliyaukah

ye itulah gambau beliau. ngeri kan ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-6-2019 06:34 AM | Show all posts
shernazz replied at 31-5-2019 10:29 PM
Ooo
Gitu ke.cite nya
Yang iols ada baca.dia.naik.ke angkasa lepas.pastu terhempas.tu sapa.ek?

tragedi kapal angkasa challanger ke ? yang ramai ramai mati tu ? tapi ada konspirasi mengatakan diorang semua tak mati pun.

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2019 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 1-6-2019 06:33 AM
trimass kerana membaca. sila tinggalkan baaaaanyakkkk komen ye kalau suka cerita ni. hehe

dah habis baca, rajin pak cik otto perah otak menulis. saya hargai usaha ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2019 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 1-6-2019 06:34 AM
ye itulah gambau beliau. ngeri kan ?

dah macam arang je... dikebumikan ke idok tu ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2019 06:50 AM | Show all posts
Catpaw replied at 31-5-2019 10:47 PM
dah habis baca, rajin pak cik otto perah otak menulis. saya hargai usaha ini

trimasssss kongsi selagi boleh sangat terharu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2019 06:52 AM | Show all posts
Catpaw replied at 31-5-2019 10:48 PM
dah macam arang je... dikebumikan ke idok tu ..

Majlis pengkebumian Yuri Gagarin dilakukan dengan penuh istiadat sebagaimana seorang pejuang Soviet harus dapat. Dia bukan sekadar pilot, tapi seorang angkasawan yang mengharumkan nama Soviet sekaligus memahat nama dia dilembaran sejarah sebagai manusia pertama keangkasa lepas.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2019 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 31-5-2019 10:34 PM
tragedi kapal angkasa challanger ke ? yang ramai ramai mati tu ? tapi ada konspirasi mengatakan di ...

Bongkar pasal ni pulak pakcik..lama dah nak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2019 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 1-6-2019 06:52 AM
Majlis pengkebumian Yuri Gagarin dilakukan dengan penuh istiadat sebagaimana seorang pejuang Sovie ...

ye, selayaknya, askar kan, mesti penuh adat istiadat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2019 07:07 AM | Show all posts
nazzse replied at 31-5-2019 10:56 PM
Bongkar pasal ni pulak pakcik..lama dah nak tahu

pak cik cuma boleh ulas, sebab macam kes Yuri Gagarin ni pun pakcik masih tak dapat bongkar. cuma mengulas pembongkaran.

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2019 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
tq share info pokcik..
tulisan pokcik sangat berinformasi..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2019 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinggal jejak dulu kat benang baru uncle oto. Blm sempat nak baca lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2019 10:27 AM | Show all posts
Yuri Gagarin....
mmg dgr banyak kisah konspirasi pasal kematian beliau.
tq pakcik otto tulis semula kisah Yuri...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2019 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 1-6-2019 06:34 AM
tragedi kapal angkasa challanger ke ? yang ramai ramai mati tu ? tapi ada konspirasi mengatakan di ...

Ye ke pakcik?
Maknanya mangsa dlm.tundisembunyikan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2019 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
korang2 yg baca thread otto ni dah checkin kat bebenang pendaftaran by sm winamp belum,sana boleh claim tacang +57

pergi sini checkin HML
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1161095&mobile=2

muda mati yurin ni, umur 34. sumber ambil wikipedia

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2019 12:07 PM | Show all posts
tq pacik otto share..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.079814 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list