CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19835|Reply: 98

Laika - Anjing Pertama Yang Mati Di Angkasa

[Copy link]
Post time 2-6-2019 05:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by OttoVonBismark at 1-6-2019 10:05 PM


This is Laika, Anjing pertama ke angkasa lepas. Sejak beratus tahun dahulu, manusia menggunakan haiwan sebagai bahan ujikaji dalam pelbagai bidang. Banyak haiwan yang mempunyai kondisi dan organ badan yang hampir sama dengan manusia. Sebagai contoh, orang utan mempunyai DNA 97 peratus sama dengan manusia. Dalam bidang perubatan, haiwan digunakan secara meluas dalam menguji kesan dadah yang dihasilkan terhadap manusia. Tak terkecuali juga dalam bidang aeroangkasa. Kalau belah Amareka, diorang gunakan primate ( monyet ) sebagai bahan uji mereka untuk kepastian boleh tak hidupan survive di angkasa. Manakala dipihak Soviet, mereka gunakan anjing sebagai hewan ujian.

Pada tahun 1957, USSR Soviet Union menyambut ulangtahun ke 50 Revolusi Oktober. Revolusi oktober ni masa soviet union jatuh ketangan parti komunis pimpinan Vladimir Lenin. Ada diceritakan dalam thread Rasputin. Jadi bersempena dengan ulangtahun tersebut, pihak Soviet nak lancarkan satelit kedua mereka keangkasa - Sputnik 2. Bersama sama dengan satelit tu, diorang plan nak sumbat hidupan sekali keangkasa, nak tengok sama ada hidupan boleh survive tak dekat angkasa, kalau berjaya barulah mereka buat rancangan untuk hantar manusia ke angkasa.


So, pihak saintis mula mencari anjing yang sesuai untuk dijadikan bahan ujikaji mereka. Nak jadi cerita, diorang decide nak ambik anjing jalanan yang sedang bermain main dekat jalan di Moscow. Kenapa anjing jalanan ? Sebab, para saintis ni percaya yang anjing jalanan mempunyai daya tahan yang kuat. Diorang boleh survive dengan keadaan sejuk yang melampau dan boleh tahan lapar berhari hari, sesuai dengan keadaan anjing ni sewaktu diorang dijalanan.

Sepuluh ekor anjing dipilih dari banyak bayak yang saintis jumpa. Dan dalam sepuluh ekor ni, cuma tiga ekor je yang betul betul layak dan lepas ujian untuk keangkasa. Ketiga tiga ekor anjing yang lepas ni semuanya betina. Satu sebab diorang kecik, dan satu lagi sebab diorang ni boleh ikut arahan. Tiga ekor ni diberinama Mushaka, Albina dan Laika.

Mushaka akan jadi anjing yang duduk di bilik kawalan, Albina akan jadi backup kalau apa apa terjadi. Manakala Laika, berumur tiga tahun, dipilih untuk disumbat kedalam Sputnik 2 dan naik ke angkasa mengorbit bumi. Berat dia cuma 5 kilo, seekor anjing yang pendiam dan tak banyak bunyik. Dia dinamakan Laika yang bermaksuk "wof wof" sebab sekali dia berbunyi, memang kuat ya amat sangat. So, kesemua tiga ekor anjing ni dilatih selama beberapa minggu dan mendapat perhatian perubatan yang sangat rapi. Makan minum mereka semua dijaga tip top.


Sepanjang tiga ekor ni dimakmal, mereka hidup dalam cage / kandang yang kecik, sebab nak bagi diorang ni biasa bila masuk dalam satelit nanti. Dalam satelit tu kabin yang disediakan untuk diorang kecik je. Tak boleh nak berlari lari kesana sini lagi. Mereka diberikan makanan dalam bentuk gel yang mengandungi khasiat nutrisi yang sangat tinggi. Makanan yang sama juga akan diberikan kepada mereka semasa mereka naik keangkasa nanti.

Mereka didedahkan dengan keadaan bunyi yang sangat bising untuk membiasakan diri mereka semasa roket nak naik nanti. Diletakkan didalam bekas kedap udara, yang mana tekanan udara akan sentiasa berubah dari sangat tinggi hinggalah kepada tekanan udara yang sangat rendah. Dari sini, tiga ekor anjing ni dah satart rasa seksa dengan latihan dan ujian yang diberikan kepada mereka. Tubuh mereka dimasukkan alat untuk mengukur tekanan darah, degupan jantung dan pernafasan.

Tak sampai sebulan, roket yang direka khas untuk mereka lebih lebih lagi si Laika pun siap. Disebabkan teknologi masa tu masih tak canggih macam hari ni, diorang tak dapat nak bawak Laika balik semula kebumi. Ye la, mana boleh sekor anjing nak kontrol tekan tekan sana sini untuk balik kebumi. In-fact, penerbangan Laika ke angkasa adalah misi membunuh diri pada hakikatnya. Awal awal lagi saintis dah tau dan rancang yang Laika TIDAK akan kembali semula kebumi dengan selamat.

Penjaga Laika masa ni, sempat bawak balik Laika kerumah dia untuk main main dengan Laika sebelum dia berlepas keangkasa. .

"Aku nak buat yang terbaik untuk Laika,
aku nak happykan Laika sehabis mungkin,
sebab dia cuma ada beberapa hari je lagi untuk hidup"
- Vladimir Yazdovsky -

Tiga hari sebelum kapal berlepas ke angkasa, Laika dah dimasukkan kedalam kapsul. Nak bagi dia biasa dengan kapsul tu. Kapsul yang akan diletakkan pada roket tu sangat kecik. Laika cuma boleh duduk dan berdiri sahaja. Tak boleh nak pusingkan badan dia. Dia dibekalkan dengan makanan yang cukup untuk tujuh hari semasa dia diangkasa nanti. Selepas tujuh hari diangkasa, saintis jangkakan yang Laika akan mati akibat kekurangan oksigen.


Pada 3 November 1957, Sputnik 2 diletakkan diatas roket bersama sama dengan Laika didalam kapsul. Masa ni Laika jadi kelam kabut tak tentu arah, dia berbunyi bunyi minta dilepaskan kerana ketakutan, dari bilik kawalan, jelas nampak degupan jantung Laika berdegup dengan sangat laju. Nafas Laika turun naik tak tentu arah. Bila roket mula naik keangkasa, makin bertambah tambah Laika jadi tak tentu arah. Akhirnya, roket berjaya naik keruang orbit bumi, kapsul dipisahkan dari roket utama. Laika berjaya mengorbit bumi beberapa kali.

Tapi lama lepas tu, sistem thermal tak berfungsi. Thermal system ni macam ekon kereta la... dia kontrol suhu dalam kapsul tu. Suhu dalam kokpit naik mendadak mencecah 40 darjah celcius. Laika kepanasan. Beberapa jam lepas tu, Laika pun mati..... Sedih.....

Pihak Soviet dalam laporan khas mereka berbohong kepada media mengatakan Laika survive untuk beberapa hari diangkasa. Tapi tak berapa lama lepastu, kebenaran pun teserlah. Banyak akhbar akhbar dari luar negara dan gerakan pencinta hewan diseluruh dunia mengkritik hebat misi tersebut. Majalah The Times menggelarkan Laika sebagai "The fuzziest, loneliest, unhappiest dog in the world" kepada Laika. Tapi dengan pengorbanan Laika, hasil dari kajian tersebut, pihak Soviet berjaya menghantar manusia pertama keangkasa - Yuri Gagarin.

Begitulah serba sedikit yang pakcik Otto dapat ceritakan kepada korang tentang Laika, anjing pertama ke angkasa, dan hidupan pertama yang mati diangkasa. Pesanan pakcik, Ada haiwan yang Allah cipta untuk kekalkan kita didalam nuraka. Jadi jangnalah kita berlaku zalim terhadap mana mana haiwan, even babi sekalipun. Artikel ini ditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online. mod sila rate sejuta kredit.

   
         - Otto Von Bismark -


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2019 06:05 AM | Show all posts
Pak cik tukau tajuk lah bagi best.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2019 06:09 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
sedihnye laika rest happily in heaven my dear...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2019 06:41 AM | Show all posts
multinicky replied at 1-6-2019 10:36 PM
sedihnye laika rest happily in heaven my dear...

Pak cik Otto menangis sambil menulis

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti trainer dia sdih sgt. Dh latih lama, dh phm perangai laika. Comel lg br 3  thn. Dan  tau train laika utk mati akhirnya. Mau depression.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2019 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya..
mesti dia dah tau dia akan mati kan..
sbb tu dia mcm buat hal masa nak naik tu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2019 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Nangis I baca..tergamak diaorg buat MCM Tu kat Laika..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 2-6-2019 06:41 AM
Pak cik Otto menangis sambil menulis

Airmata lap sdri
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya laika
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
keciknya laika ni,5kg ja. jenis apa ni. kucing oun banyak berat dari tu.

sedih baca ayat vladimir yazdovsky.


sedih ..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah laika sangat ngeri, kental betul orang soviet ni

Tahniah pakcik, suka baca penulisan pakcik macam mat saleh. Banyak kajian untuk artikel hebat macamni. Macam info inner circle huhuhu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel nama yer Laika
Tp wajah yer hiba jek

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik. Ayat u last sekali mmg win. Tp u mmg deserve sejuta kedit pn for your efforts.
Leceh kot nk research n tempel kt sini. I dulu pengsan berhari2 wat research for my uni project

U plak mcm ada super power bole tau mcm2.. Hahhaahah
Thank u pokcik. Ikhlas dri hati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw, soviet ni mmg spesis misteri sungguh. Diorg punye tech, ideas n science mcm bkn level biasa2.

Terpk gak sape la sbnrnye behind soviet union.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2019 12:53 AM | Show all posts
Setiap kali baca ttg Laika sedih sgt.. Bygkan kepanasan yg Laika kena hadapi sebelum ajal menjemput. Sgt kejam utk seekor anjing.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Love you Laika. Love all animals.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Weiii sedih nye.. Vavis btl kesian tgk laika.. Stress tau baca
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
ye iols tahu pasai depa anjing dkt angkasa sbb iols ambl subjek pilihan dlu propulsion..tp iols tak tau dia mati begitu cepat
masa belajar tu prof iols bgtau depa hantar anjing pon rasa nk marah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.079690 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list