CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8493|Reply: 8

Sejarah Cerapan Anak Bulan

  [Copy link]
Post time 3-6-2019 02:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Catpaw at 3-6-2019 02:17 PM




3 Jun 2019 = Tarikh mencerap anak bulan bagi bulan Syawal bagi penetapan Hari Raya Aidilfitri 2019




Latar Belakang


Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat Kali Yang Ke-92 pada 15 dan 16 Mac 1972 telah bersetuju supaya penetapan tarikh permulaan Puasa, Hari Raya Puasa (Aidilfitri), Hari Raya Haji (Aidiladha) meliputi seluruh Malaysia. Sebelum tahun 1972 urusan penetapan Puasa, Hari Raya Puasa (Aidilfitri), Hari Raya Haji (Aidiladha) adalah di bawah bidang kuasa negeri masing-masing.
Cerapan (melihat) anak bulan pertama kali dilakukan bagi menetapkan permulaan puasa seluruh Malaysia dibuat pada 29 Syaaban 1392 bersamaan 7 Oktober 1972 di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bermula saat itu, pengisytiharan permulaan puasa, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji dilaksanakan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui Radio dan Televisyen setelah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Kaedah Penetapan
Kaedah yang digunakan bagi menetapkan permulaan puasa (Awal Ramadhan), Hari Raya Puasa (Aidilfitri) dan Hari Raya Haji (AidilAdha) di Malaysia adalah berdasarkan "Rukyah" (Cerapan Hilal) dan "Hisab" (kiraan).
Rukyah ditentukan melalui pencerapan di kesemua 29 tempat yang disenaraikan Tempat-Tempat Cerapan Hilal (Melihat Anak Bulan Semenjak 1972 Hingga Sekarang). Laporan daripada pegawai pencerapan meliputi fakta waktu mencerap dan keadaan cuaca ketika mencerap.
Hisab ditentukan oleh ahli falak dari JAKIM mengikut kriteria ketetapan Imkanur-Rukyah, iaitu kebolehnampakan hilal atau anak bulan yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja. Kriteria tersebut berdasarkan persetujuan bersama oleh anggota Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam Kali Ketiga pada 29 Zulkaedah 1412 bersamaan 1 Jun 1992 di Labuan.

Kaedah Pengumuman Tarikh-tarikh Puasa dan Raya
Mesyuarat diadakan antara Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dengan pihak JAKIM (Bahagian Falak) dan pihak RTM untuk memastikan tindakan seperlunya, termasuk penentuan bahawa bekalan elektrik dan perkhidmatan telekom tidak tergendala pada waktu pencerapan dan untuk urusan pengumuman.

Rakaman pengumuman dibuat dalam dua situasi, iaitu mengandaikan (i) anak bulan kelihatan dan (ii) tidak kelihatan yakni samada Syaaban dan Ramadan berjumlah 29 atau 30 hari.

Urusetia diwujudkan di Pejabat bersama pegawai RTM yang bertanggungjawab dan ahli falak dari JAKIM. Laporan-laporan diterima dari semua pusat pencerapan. Apabila selesai, laporan disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan.

Sebaik sahaja titah perkenan disambut, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja memberitahu pegawai RTM di Urusetia untuk beliau mengarahkan pengumuman yang bertepatan dilakukan. Biasanya semua tindakan tersebut dapat disempurnakan sebelum jam 8 malam dan oleh itu, upaya diumumkan pada waktu berita RTM.Sila lihat PERIHAL PENENTUAN AWAL RAMADAN 1438H/2017 DI MALAYSIA / KRITERIA IMKANUR RUKYAH / USIA HILAL


Sumber
http://www.majlisraja-raja.gov.my/index.php/bm/profil/sejarah-cerapan-anak-bulan#section=p1

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2019 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
           .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 03:17 PM | Show all posts
bulan di pagar bintang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2019 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 3-6-2019 03:17 PM
bulan di pagar bintang

kaka cerap bulan tak hari ni, kat mana
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 05:36 PM | Show all posts
Catpaw replied at 3-6-2019 03:54 PM
kaka cerap bulan tak hari ni, kat mana



kaka cerap sambil dengar lagu
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2019 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
If not mistaken...tahun 1983 perak n johor penah raya sehari awal sbb diorg nampak anak bulan...pada tahun tu juga brunei indonesia thailand pon raya sehari awal,means sama hari dgn perak n johor
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2019 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada sg sgt interesting peristiwa tu...bayang kan kalau berlaku skrg... sure pening nak balik raya...drive dr kl lalu perak raya sampai penang puasa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2019 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 4-6-2019 12:58 PM
Pada sg sgt interesting peristiwa tu...bayang kan kalau berlaku skrg... sure pening nak balik raya.. ...

betul tu  kalau jadi sekarang ni tak tau la macam mana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2019 03:21 PM | Show all posts
SalenaGomez replied at 4-6-2019 12:56 PM
If not mistaken...tahun 1983 perak n johor penah raya sehari awal sbb diorg nampak anak bulan...pada ...

Teringat balik kecik2 dulu memang kalut la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.289045 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list