CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1190|Reply: 1

[Tempatan] Kematian orang asli kuala koh:jangkitan atau keracunan?

 Close [Copy link]
Post time 10-6-2019 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
JABATAN Kesihatan Negeri Kelantan menafikan dakwaan seorang lagi Orang Asli dari Kuala Koh, Gua Musang meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, hari ini.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin berkata, pesakit berumur tiga tahun masih dalam rawatan di Wad Intensif Kanak-Kanak di HRPZ II dan di diagnosis mengalami broncopneumonia, selain mempunyai masalah kurang zat makanan.

Beliau berkata, pada masa sama jabatan memaklumkan, semalam pasukan dari Pejabat Kesihatan Daerah melakukan carian kes secara aktif di Kuala Koh dan menemui 54 kes lagi yang mempunyai gejala demam dan batuk.

Menurutnya, kes ini sudah dibawa Klinik Kesihatan Chiku 3 untuk pemeriksaan dan rawatan.

“Sebanyak 25 kes dirawat sebagai pesakit luar, 20 dirujuk ke Hospital Gua Musang, enam rujuk ke Hospital Kuala Krai dan tiga kes ditempatkan di Rumah Inap Kesihatan Orang Asli (RIKA).

“Satu kes yang dirujuk ke Hospital Kuala Krai sudah dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.

“Sehingga semalam, 155 penduduk sudah disaring dengan 83 mempunyai gejala,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengenai kedudukan kes sekarang, Dr Zaini berkata, seramai 37 dirawat sebagai pesakit luar; 32 dirawat di Hospital Gua Musang; 10 di Hospital Kuala Krai, seorang di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan tiga di RIKA.

Menurutnya, berdasarkan gejala klinikal dan cara jangkitan, kes ini disyaki mendapat jangkitan saluran pernafasan atau pneumonia.

Dr Zaini berkata, pada masa ini, aktiviti pencegahan dan kawalan sudah dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang dengan mengadakan pendidikan kesihatan seperti ceramah dan edaran risalah berkaitan penyakit berjangkit dan kebersihan diri serta persekitaran.

Katanya, penekanan juga diberikan berkaitan kepentingan pengasingan penduduk yang mempunyai gejala dan carian kes secara aktif masih diteruskan di perkampungan Orang Asli ini.

“Jabatan Kesihatan juga menasihatkan supaya pergerakan masuk individu ke perkampungan itu dihad bagi mengelakkan penyebaran penyakit.

“Kita juga akan terus bekerjasama dengan semua agensi terbabit dalam pengurusan pencegahan dan kawalan kejadian ini,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata, kesemua mereka yang mempunyai tanda jangkitan kuman pada saluran pernafasan dalam keadaan terkawal dan semakin pulih.

Beliau bagaimanapun berkata, pemeriksaan klinikal mendapati semua mangsa mempunyai tanda jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia) dan bukan penyakit tibi atau penyakit bawaan air serta disebabkan keracunan bahan kimia.

“Seramai 33 pesakit ditempatkan di Hospital Gua Musang dan 14 orang di Hospital Kuala Krai.

“Kesemua mereka yang dirawat dalam wad adalah terkawal dan menunjukkan keadaan semakin pulih,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebooknya hari ini.

Terdahulu beliau membuat lawatan ke Hospital Gua Musang bagi mendapatkan penjelasan dan taklimat dari pengarah hospital itu berkaitan keadaan semua pesakit Orang Asli.

Beliau juga turut mendapatkan makluman lebih awal daripada Dr Zaini berhubung insiden itu.

Dalam status sama, Izani turut mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital, Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan semua yang terbabit memberi rawatan kepada semua pesakit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2019 01:28 AM | Show all posts
Thread dah ada ..
boleh sambung kat sini
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1162388&extra=page%3D3
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.372500 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list