Istighfar...
Itu yang termampu diucapkan kala menonton rakaman berdurasi 16 saat di sebuah kelab malam (disko) yang memasang lagu raya sebagai muzik iringan. Lagu Menjelang Hari Raya dendangan penyanyi asal, Dato' DJ Dave disambung oleh sebahagian besar pengunjung kelab yang leka menari.
Lirik lagu "cantik berseri-seri tua dan muda berpakaian serba baru" dinyanyikan oleh sekumpulan lelaki yang menari terkinja-kinja dalam suasana malap dengan hanya lampu neon pada logo dua tangan sedang bertepuk.
Anak muda Melayu berpeleseran di kelab malam sebenarnya tidak mengejutkan, namun apabila deejay memainkan lagu raya hanya beberapa hari kita menyambut 1 Syawal inilah yang menghina agama.
Mengapa? Adakah ia boleh dijadikan lesen untuk umat Islam menghalalkan perbuatan berdosa?
Tidak cukup dengan sebuah lagu raya, turut direkodkan ialah klip berdurasi 14 saat dendangan lagu "Suasana Hari Raya" dendangan penyanyi asal Anuar Zain dan Elina turut disambut meriah oleh pengunjung kelab. Malahan deejay turut menghangatkan lagi suasana dengan menjerit-jerit membuatkan pengunjung turut dilamun keseronokan.
"Orang lain pendosa jugak. Orang lain ada kebodohan masing-masing.
Tapi tak lah kebodohan tu nak tunjuk dekat 1 Malaysia."
Rata-rata warganet mengkritik perbuatan tersebut yang dianggap tidak menghormati perjuangan di bulan Ramadan dan kejayaan di bulan Syawal. Malahan orang Melayu yang berbangga dengan maksiat, bercampur lelaki dan perempuan, dilimpahi alkohol dan arak menunjukkan generasi kita sedang sakit.
Sedangkan dosa tersebut sepatutnya disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai. Malahan, ia jelas menunjukkan ramainya anak muda Melayu sekarang yang bertandang ke kelab di kala Syawal belum pun masuk seminggu.
Kredit foto: Twitter
Komen warganet yang menyatakan setiap perayaan juga akan dipasang lagu kebangsaan jelas menunjukkan nampaknya kelab malam cuba meraikan perayaan di Malaysia. Anehnya ramai pula yang menyokong tindakan tersebut. Adakah ia satu trend baru yang diikuti oleh semua anak muda sekarang?
Sedangkan Aidilfitri itu sendiri adalah kemenangan umat Islam menahan nafsu lapar, dahaga dan syahwat, namun apabila Ramadan
berakhir, semua 'syaitan' ini meraikannya bersama?
Kredit foto: Twitter
Jadi, apa kata warga CARI? Setakat sedih dan kecewa, ia tidak mampu mengembalikan BBNU ke jalan yang benar. Mungkin perlu ada pendekatan baru untuk menarik mereka kembali. - CARI
|