Kredit Foto : Facebook Mee Sup Mak Wan
Kalau anda berada Dungun, jangan lupa singgah di sebuah kedai makan tersohor di sini. Sentiasa penuh dengan pengunjung. Apatah lagi cuti hujung minggu, kebanyakan pelanggannya terdiri daripada pengunjung luar dari Terengganu. Semata-mata ingin merasai keenakan Mee Sup Melayu Champa (Kemboja) Mak Wan.
Dulu lokasi kedainya berhampiran pantai Teluk Lipat. Kini Mak Wan Mee Sup Champa telah berpindah ke premis miliknya sendiri di Jalan Kg Balai Besar, Dungun.
Kredit Foto : Facebook Mee Sup Mak Wan
Kenapa anda harus mencuba Mee Sup Melayu Champa Mak Wan?
Keistimewaannya terletak pada kuahnya yang sentiasa panas, sarat dengan hirisan daging yang dipotong nipis, sayur-sayuran dan kateh (lemak tulang).
Sungguh menyelerakan. Berapa harga semangkuk? Cuma RM6.50 dan anda cuma perlu tambah lagi RM2.50 kalau anda ingin Kateh (lemak tulang).
Kredit Foto : Facebook Mee Sup Mak Wan
Kedai ini dibuka seawal jam 8.00 pagi dan ditutup pada pukul 3.00 petang.
Nasihat kami, anda perlu awal ke sana kerana tiada tempat duduk untuk anda sekiranya terlewat. Anda terpaksa menunggu ruang kosong sebelum dapat menikmati keenakan Mee Sup Champa Mak Wan.
Memang berbaloi, siapa yang sudah mencubanya bolehlah berikan komen di bawah ini! - CARI |