|
Ainul Mardhiah selamat dibedah
Oleh Zaharah Othman
[email protected]
LONDON: Bayi sembilan bulan yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, akhirnya selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di mulutnya selepas mendapat rawatan pakar di sebuah hospital, di sini, semalam.
Ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan yang mula membesar sejak dilahirkan, hingga mencapai berat 200 gram itu berjaya dibuang oleh sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
Doktor bedah plastik pediatrik dan craniofacial, Dr Julian Ong, yang menjadi salah seorang daripada empat petugas perubatan mengendalikan pembedahan itu berkata ‘misi’ membuang ketumbuhan pada mulut bayi terbabit berjalan lancar.
“Pembedahan sangat lancar, malah lebih baik daripada yang dijangka. Ketumbuhan (pada mulut Ainul) berjaya dibuang mengikut perancangan,” katanya ketika ditemui, hari ini, selepas terbabit dalam sesi pembedahan berkenaan selama lima jam.
Berdasarkan maklumat awal, Dr Ong yang berasal dari Pulau Pinang menjelaskan, sampel ‘biopsi’ terhadap tumor pada mulut bayi terbabit terdiri daripada komponen sel kanser dan bukan kanser.
Katanya, keutamaan kini terarah kepada usaha untuk merehatkan Ainul menerusi jagaan rapi petugas perubatan supaya luka pembedahan berupaya pulih secepat mungkin, sebelum kesihatan bayi berkenaan dinilai semula.
Lagi berita menyusul.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|