"Nampak macam 16 tahun, tapi hakak dah 37 tahun. Adik teruna jangan dok DM benda merapu ya!"
Itu kapsyen aktres Faezah Elai dalam kemaskini yang terbarunya. Dalam pos yang panjang lebar Faezah menjelaskan yang beliau banyak menerima mesej-mesej lamaran dan sebagainya daripada warganet terutamanya lelaki muda. Oleh sebab itu, dia perlu menjelaskan segala-galanya bahawa dia sudah berusia lewat 30an, bersuami dan mempunyai 2 anak kandung serta menjaga 3 anak tiri.
Sekadar minat tak salah tapi statusnya sebagai isteri perlu dipelihara, jadi mereka yang pernah menghantarnya mesej perlu sedar dengan status ini.
"Hakak memang macam Jessica Alba tapi dalam gambaq ja, kat umah macam hantu Kak Limah."
Kredit foto: IG
Menurut Faezah lagi, mungkin kerana dia tidak begitu banyak berlakon (pelakon sendu) menyebabkan ramai yang tidak tahu statusnya, jadi untuk mengelakkan fitnah maka dia kerap memuat naik gambar bersama suaminya, Heykal Hanifah. Lagi pula suaminya turut menyatakan perasaan kurang senang dengan mesej tersebut membuatkan dia perlu tampil dengan penjelasan.
"Ampa jangan salah paham, hakak habaq ni bukan nak buat best perasan cantik,
but it seems my husband tak berapa nak berkenan, maklumlah husband dalam hati ada taman."
Foto G
Bagi Faezah, penampilannya yang melawa di media sosial adalah kerana menjalankan tanggungjawab membuat ulasan mengenai produk-produk fesyen dan kecantikan. Sebab itu lah ruangan komen dihadkan supaya tiadanya komen atau pujian berlebihan, takut riak pula katanya.
Warganet turut memuji penampilan Faezah Elai yang semakin cantik dan kekal muda remaja serta tidak kisah dengan gambar-gambar di media sosial kerana boleh 'cuci mata' juga.
Foto : IG
Apa pun, penampilan Faezah memang nampak lebih cantik, tidak hairanlah ramai anak muda yang terpikat. Tapi awas! suaminya dah beri amaran, jadi jangan komen yang merapu ya semua. - CARI
|