CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3257|Reply: 0

Malaysia diberi sebuah planet, bintang untuk dinamakan

  [Copy link]
Post time 14-6-2019 12:05 PM | Show all posts |Read mode

Yeo Bee Yin (dua, kanan) bersama bekas Angkasawan Nasa, Charles Bolden (dua, kiri) pada program lawatan Bekas Angkasawan Nasa, Charles Bolden di Planetarium Negara, 13 Jun 2019.

KUALA LUMPUR, 14 Jun — Pelajar sekolah berpeluang untuk menggunakan kreativiti mereka menamakan sebutir bintang dan sebuah planet, sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-100 Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU).

Terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata, ia akan menjadi satu peluang kepada pelajar terbabit mengembangkan pengetahuan sains mereka.

“Kami berharap para pelajar di Malaysia tidak akan melepaskan peluang untuk mencadangkan satu nama Malaysia untuk sebuah planet yang terletak di luar sistem solar kita,” katanya di Planetarium Negara di sini semalam.

Pertandingan itu yang dijangka berlangsung dari 1 Julai sehingga 30 Ogos itu, dianjurkan secara bersama oleh Planetarium Negara dan sebuah badan bukan kerajaan, ApaDilangit.

Dilaporkan banyak negara telahpun menganjurkan kempen peringkat kebangsaan untuk masyarakat menyumbang idea dan mengundi untuk menetapkan nama untuk di hantarkan ke projek IAU100 NameExoWorld.

Inisiatif ini melihat Malaysia telah diberikan sebuah planet dan sebutir bintang di pusat orbitnya untuk dinamakan. — Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.319663 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list