Kredit Foto :AFP
Hukuman paling sadis abad ke-21. Persis zaman beraja Dinasti Joseon Korea. Dikatakan Kim Jong-un, pemimpin tertinggi Korea Utara mengenakan hukuman mati paling kejam kepada seorang jeneralnya yang dipercayai belot terhadap pemerintahannya.
Apa yang dilakukannya?
Beliau mencampakkan orang kanannya ke dalam sebuah akuarium yang dibina khas dipenuhi ratusan ikan piranha. Cukup ngeri. Cuba anda bayangkan bagaimana ikan-ikan tersebut meratah mangsa hidup-hidup.
Kredti Foto : Rakyatkunews
Namun demikian, tidak dapat dipastikan ketika jeneral itu dicampakkan ke dalam akuarium dia telah mati akibat kecederaan di perut dan tangan selepas dikelar tentera upahan Kim Jong-Un atau masih hidup.
Spekulasi tersebar luas mengatakan Kim Jong-Un mendapat idea menggunakan ikan piranha sebagai senjata untuk membunuh mangsa selepas menonton filem James Bond 1977 'The Spy Who Loved Me'.
Dalam adegan filem tersebut, seorang penjahat Karl Stromberg membunuh musuhnya dengan melempar mereka ke dalam akuarium yang dipenuhi ikan jerung.
Kita berada di abad Millenium, tetapi masih ada yang mengamalkan adat rimba seolah-olah masih berada di zaman purba. - CARI |