Fobia merupakan sejenis penyakit berkaitan mental dengan menzahirkan rasa takut melampau terhadap sesuatu tanpa sebab jelas dan tidak rasional.
Pasti antara kita ramai yang sudah terbiasa mendengar tentang fobia pada tempat sempit, fobia tempat gelap, dan fobia pada tempat tinggi bukan? Namun, tanpa kita sedari banyak lagi jenis fobia atau ketakutan lain yang dialami manusia di seluruh dunia yang mungkin tidak pernah kita dengar dan tidak menyangka ia wujud.
Jom kita lihat antara fobia unik di dunia berikut:
1. Takut mandi / membersihkan diri (Ablutophobia)
Kredit foto healthtips4u.over-blog.com
Eh, fobia macam ini pun wujud? Ya! Fobia ini dikatakan agak biasa berlaku pada zaman dulu di Eropah sebelum zaman moden. Ianya dialami orang Inggeris, Perancis dan Eropah.
Ratu Elizabeth pertama dikatakan merupakan orang paling 'bersih' pada masa itu kerana mandi sebulan sekali! Mungkin fobia ini berlaku kerana faktor cuaca di sana terlalu sejuk.
Kajian juga menunjukkan, fobia takut mandi ini menyumbang kepada perkembangan industri minyak wangi. Iyalah, tak mandi sehari pun dah busuk, apatah lagi sebulan!
2. Takut pada belon (Globophobia)
Kredit foto airikatsuta.com
Fobia jenis ini pasti dialami ramai orang tanpa sedar. Takut pada belon kerana membayangkan belon itu akan meletup bukan?
Seorang lelaki bernama Hunter Ewen dari Amerika Syarikat menghidap Globophobia kerana dia begitu takut pada bunyi belon pecah, tetapi berjaya mencipta rekod dalam Guinness World Records dengan meniup belon sampai pecah paling banyak dalam tempoh 1 jam!
Beliau mengatakan beliau tidak pernah meniup belon selama 15 tahun dan apa yang dilakukannya sekarang adalah satu bentuk terapi untuknya mengatasi fobia ini dengan cara yang menyeronokkan.
3. Takut pada warna UNGU! (Porphyrophobia)
Kredit foto iluminasi.com
Ya, ianya memang wujud walaupun hanya kes terpencil. Selalunya fobia ini berpunca dari sebab-sebab tertentu. Mungkin berpunca akibat kejadian trauma ketika kecil seperti penderaan dan kemalangan yang melibatkan warna ungu.
4. Takut pada perkataan panjang (Sesquipedalophobia)
Kredit foto trendsnhealth.com
Namanya sahaja sudah cukup panjang! Fobia jenis ini pasti tidak pernah kita tahu akan kewujudannya kerana ianya juga sangat jarang berlaku. Orang yang menghidap fobia ini mengalami kesukaran membaca sebarang jenis makalah seperti novel, artikel dan akhbar.
Malah, ada yang mengalami kesukaran untuk keluar ke tempat awam kerana takut melihat perkataan panjang pada papan tanda dan papak iklan. Mereka mengalami kesukaran untuk menjalani hidup seharian kerana takut dan risau yang melampau.
Mereka akan mencari pekerjaan yang kurang melibatkan mereka untuk membaca dan menulis.
5. Takut pada Kelawar (Chiroptophobia)
Kredit foto instazu.com
Ketakutan ini terjadi disebabkan salah faham tentang vampire (pontianak) yang bertukar menjadi kelawar dan juga takut pada kelawar penghisap darah sedangkan hanya terdapat tiga jenis kelawar penghisap darah dan ianya berada di Amerika Latin.
Propaganda melalui cerita dan filem yang mewujudkan sensasi ketakutan pada kelawar sedangkan vampire seperti dalam filem itu tidak wujud dan hanya rekaan semata-mata.
6. Takut pada beratur panjang dan lama (Macrophobia)
Antara simptom penyakit ini adalah berpeluh, rasa ingin melarikan diri, pengsan dan rasa sesak. Kebanyakan mereka yang menghidap penyakit ini gemar membeli-belah secara atas talian (online). Macam mana pula nak mengundi ketika pilhan raya?
7. Takut pada pusat (Omphalophobia)
kredit foto healthprep.com
Pasti anda merasa hairan mengapa ada manusia yang takut akan pusat sendiri. Ada juga kes di mana mereka takut pada pusat orang lain. Mereka takut untuk menyentuh pusat mereka kerana takut pada banyak sebab.
Mungkin ada peristiwa yang membabitkan pusat sehinggakan mereka trauma menyebabkan takut pusat mereka tercedera. Apabila fobia ini menyerang, simptom yang ditunjukkan adalah badan menggeletar, pening, loya, muntah, jantung berdegup dengan laju dan juga kesukaran untuk bernafas.
Antara selebriti tersohor yang menghidap penyakit ini adalah Khloe Kardashian.
Macam tak percaya kan? Fobia seperti ini pun wujud! Ada mana-mana fobia berikut yang bersangkut paut dengan anda atau kenalan? - CARI |