CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[ Vol. 2 ] Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

  [Copy link]
 Author| Post time 19-10-2019 05:47 PM | Show all posts



TEOH BENG HOCK

Seorang pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri Selangor.

Teoh merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri Selangor yang diperintah oleh Pukutun Rukyut.

16Julai2009

Dikatakan kematian Teoh Beng Hock adalah ideologi bunuh diri.

Kemudian dikhabarkan ia tidak melibatkan pihak ketiga atau sebarang unsur jenayah.

Mayatnya dijumpai pada 1.30tengahhari di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam,Shah Alam,Selangor.

Inkues kematian dijalankan selama 15hari dan mengundang lebih 70 orang saksi termasuk 28 pegawai SPRM.

Mayat mangsa dikuburkan namun dikorek kembali pada 27oct bagi melakukan bedah siasat buat kali kedua. Kemudian dijustifikasikan kematian dirinya bukanlah disebabkan bunuh diri.

Teo berjanji membawa beberapa dokumen bagi membantu siasatan sebagai seorang saksi,namun tidak sempat.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull menyatakan Teo datang ke pejabat SPRM Selangor sehari sebelum dia ditemui mati.

Tidak lama kemudian,bekas menteri (ketika itu perdana menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan satu suruhanjaya diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen untuk menyiasat punca kematian dan sama ada terdapat apa-apa ketidakwajaran dalam perjalanan siasatan SPRM terhadap Teoh.

Ketua polis ketika itu,Tan sri Musa Hassan berkata kes ini hampir selesai 60%. Namun hakikatnya masih tergantung tanpa menemukan keadilan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2019 05:48 PM | Show all posts



MOHD TAHA TALIB

Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan

Mati dibunuh pada 1982 akibat sengketa politik perebutan jawatan dalam politik UMNO.

Katanya beliau dibunuh oleh pesaingnya,Mokhtar Hashim pemegang jawatan Menteri Kebudayaan,Belia dan Sukan dan ahli Parlimen Tampin,Negeri Sembilan.

Turut terlibat,4 lagi individu termasuk seorang ketua kampung Kampung Seri Asahan,Gemencheh.

Mangsa ditembak mati pada 1.30pagi,14april1982.

Dikatakan ketika itu masih tinggal 8 hari PRU Malaysia,dan mangsa juga pemangsa adalah rakan saingan. Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Dato Dr Mahathir Mohamad

Ohya,dikatakan sebenarnya antara 5 terlibat itu tidak dapat dikenal pasti siapa yang menarik picu menembak mangsa walaupun pistol adalah milik Mokhtar Hashim namun dinafikan dirinya telah menggunakan pistol tersebut untuk membunuh.

Mokhtar Hashim dihukum penjara seumur hidup,dan dibebaskan pada tahun 1991/setelah dikurangkan jangka masa atas pengampunan Raja. Dia dipenjara di Penjara Pudu (term penjara seumur hidup tu nanti korang google lah sendiri)

Orang tertuduh kelima pula katanya meninggal didalam tahanan pada tahun 1982. Penyebab tak diketahui,apa2 pun pelbagai konflik berlaku ketika perbicaraan misalnya buku catatan lokap dan catatan Balai Polis Gombak.

Selain dari tu,ada saksi pembunuhan mangsa juga ditemui mati ditembak.

Peguam bela Rahmat, Manjeet Singh Dhillon mendakwa polis cuba menyembunyikan keadaan sebenar kerana berlaku unsur-unsur siksaan. Polis memberi perlindungan ketat kepada semua saksi utama dan penting dalam kes pembunuhan itu.

(Sumber sepenuhnya : Wikipedia/Random blog)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2019 05:50 PM | Show all posts




ALTANTUYA SHAARIIBUU

Mayatnya ditemui pada 7 November 2006 iaitu 17 hari selepas dia diletupkan dengan bahan letupan kononnya jenis C4.

Mangsa merupakan warga Mongolia,berusia 28tahun,bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan.

Ini antara kes berprofit tinggi. Sebab apa?

Ia melibatkan VVIP,Abdul Razak Baginda juga kenalan rapat dengan bekas menteri,Najib Razak. Beliau juga dikenali sbg penganalisis politik.

Mengapa mangsa berada di Malaysia?

Pada 7/8 Oktober 2006,Altantuya ke Malaysia bersama adik perempuan dan sepupunya mencari Razak Baginda, bapa kepada bayi lelakinya yang berusia 16 bulan. Anak kecilnya bernama Altanchagai. Altantuya mahukan Razak Baginda membiayai kos rawatan lebihan cecair di kepala Altanchagai.

Beliau juga pernah direman kerana telah membuat percubaan menculik juga mengurung mangsa.

Razak baginda dikatakan bersubahat membunuh Altantuya bersama Cif Inspektor Azilah Hadri dan Konstabel Sirul Azhar Umar daripada Unit Tindakan Khas (UTK).

Altantuya telah ditembak sebelum mayatnya diletupkan dengan 3 biji bahan ledakan lalu dijumpai cebisan mayat disekitar Shah Alam selangor.

Sebelum kematiannya,mangsa kerap mengamuk dirumah Razak Baginda bagi menuntuk pertanggungjawab kos kehidupan dirinya dan anak yang dikatakan berbapakan Razak Baginda. Namun kehadiran Altantuya sentiasa dihalang untuk berjumpa suspek.

Kronologi kes ini terlaluuuu panjang nak diulas. Korang bolehlah google,bersepah-sepah kronologi dipamerkan.

Pada 13 Januari 2015 kes ini ditutup dengan sabitan hukuman gantung terhadap dua anggota UTK yang mengaku melakukan pembunuhan ini (Azilah & Sirul)

Katanya latest updated ayah mangsa datang semula untuk membuka kes ini. Boleh tengok latest updated di golugolu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2019 05:51 PM | Show all posts




JALIL IBRAHIM

Ini tahun ketiga aku up pasal kematian JALIL IBRAHIM.

Mayatnya dijumpai diladang pisang (ada cakap kebun tebu) daerah New Territories,Hongkong.

Jalil Ibrahim,35tahun,berasal dari Melaka merupakan seorang Pegawai & Pengaudit kepada Bank Bumiputera Malaysia Bhd. Dia ke Hongkong ketika itu untul menyiasat isu penyelewengan yang berlaku antara kakitangan Bumiputra Malaysia yang ditubuhkan di Hongkong sebagai platform menyalurkan sebahagian dana yang diberikan oleh pihak Petronas yakni 50juta sebulan.

Jalil dikatakan mengetahui scandal menggelapkan dana setrta berlakunya perbuatan rasuah dipercayai dilakukan oleh Pengarah BMF dan pegawai Eksekutif Carrian yang bernilai 15juta.

Main juta-juta bhai,mana tak kaya orang politik ni. Hnshnshhshs.

Ketika mayat Jalil diketemui,lehernya didapati mempunyai kesan lebam jerutan. Pihak berkuasa pada mulanya tidak mengenali identiti Jalil sehinggalah mereka menemui duit syiling Malaysia yang berada didalam koceknya.

Turut dijumpai sepucuk surat yang tak ditulis habis oleh Jalil dimana surat itu patut dihantar kepada isterinya. Namun didalam surat itu mangsa sempat menyatakan urusan kerjanya disana ketika itu diganggu oleh pihak yang tidak disenangi.

Tak lama kemudian,pihak polis menangkap seorang ahli perniagaan,Mak Fook Than yang dikatakan bersubahat membunuh Jalil.

Namin MFT mengaku dia sekadar meletakkan mayat mangsa kedalam bag lalu mencampakkannya kedalam ladang sedangkan yang membunuh Jalil adalah seorang lelaki korea bernama Mr.Shin.

MFT mengaku dia bekerja dibawah orang ternama Malaysia (VVIP yang tidak disebut namanya) bagi memungut wang sogokan.

Ketika dipenjara,MFT pernah mendapat sekeping poskad bertulis "DIAM LEBIH BAIK" dan ini meyakinkan dalang sebenar pembunuhan masih lagi bebas.

Kes ni juga terpaut penyelewangan yang berlaku didalam Petronas. Ehemm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2019 05:55 PM | Show all posts




1 jun 1999

(Last media updated pada tahun 2011. Harap2 ada media boleh upkan kes ni untuk tahu perkembangan mangsa juga pemangsa)

Tarikh tragedi ini telah merosakkan masa depan seorang kanak-kanak yang kini telah menjadi lelaki dewasa.

Mohd Shah yang kini mungkin berusia 30an terpaksa menanggung sengsara seumur hidup akibat perbuatan individu yang tidak berperikemanusiaan. Terakhir kali dinyatakan,keluarga Shah terpaksa mengeluarkan wang bulanan lebih dari Rm500 bagi menampung kos peralatan life support untuk dirinya.

Apa yang terjadi kepada Mohd Shah?

Pada 1 Jun 1999,diantara pukul 5 - 6 petang di Jalan Tun Ibrahim, Bandar Tenggara,Kota Tinggi,Shah (ketika berumur 12 tahun) ditegur oleh seorang lelaki berusia 30an. Lelaki itu dikenali sebagai Roslan Imun yang bekerja sebagai pemotong rumput.

Roslan menahan Shah yang ketika itu menunggang basikal keseorang lalu meminta mangsa membawa seguni durian menggunakan basikalnya kedalam semak berdekatan. Sesampai sahaja kawasan yang sunyi,perlaku mengakui telah menumbuk dada,muka & belakang mangsa bertubi2 sehingga pengsan.

Apabila mangsa sedar,mangsa mendapati tertuduh telah tiada & mangsa merasa duburnya kesakitan. Apabila mangsa meraba duburnya didapati duburnya telah berdarah dengan banyak dan di dalamnya ada sebatang kayu sepanjang 0.51 meter.

Timbalan Pendakwa Raya,Ishak Mohd. Yusoff, ketika berhujah berkata, mengikut laporan perubatan kira-kira 1 hingga 5 sentimeter dubur bahagian depan si mangsa telah koyak dan pundi kencing telah ditembusi oleh kayu itu.

''Sebanyak 95 peratus kayu telah masuk ke dalam tubuh mangsa dan berada betul-betul di bawah sikit dari buah halkum (si mangsa),'' katanya.

(Petikan akhbar)

Makna cakap kayu tu dijolok dari lubang dubur & hampir menembusi keleher!!!

Shah terpaksa menjalani beberapa pembedahan,rosak bahagian dubur,kerosakkan pundi kencing & terpaksa membuang air kencing menggunakan tiub.

Korang tahu apa alasan Roslan bertindak seperti itu?

"Saya mempunyai masalah keluarga & tertekan. Untuk melepaskan amarah,saya telah bertindak diluar kawalan" tetapi apa mengejutkan ialah,Roslan merasakan sama sekali tidak ada rasa bersalah kerana ini bukan kali pertama bagi dirinya melakukan jenayah berat. Sebelum ini dia pernah disabitkan jenayah bunuh.

Pihak mahkamah tidak sedikit pun merasa simpati kepada pihak Roslan.

Mahkamah Tinggi Johor Bahru menambah hukuman 20 kali sebatan & mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas Roslan,namun perbuatannya itu telah memberi kecacatan kekal kepada Mohd Shah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2019 06:13 PM | Show all posts



Ang May Hong.

High-profile cases in Malaysia.
Status : unsolved

12April1987

Mayat kanak-kanak berusia 9tahun lebih ini dijumpai kira-kira 200 meter dari rumahnya. Kematian kanak-kanak ini antara yang tergempar diMalaysia.

Ia terjadi pada tahun 1987 yakni ketika dunia media & internet tidaklah berleluasa. Aku sendiri tak jumpa banyak kronologi (bahkan sebenarnya tidak ada).

Keluarga Ang May Hong ketika itu tinggal di Jalan Ipoh,Kuala Lumpur.

Ang May Hong bersekolah di SJKC Chiao Nan,Setapak. Sebelum menghilang,Ang May Hong didapati keluar bersama abangnya yang berusia 11 tahun untuk membeli sarapan dipasar sekitar jam 8pagi. Namun dia hilang secara tiba2.

Selepas 3 jam kehilangan Ang May Hong,bapa mangsa dikejutkan dengan pernemuan mayat anaknya itu disebuah rumah lama.

Mayat Ang May Hong berada didalam keadaan memilukan.

Bahagian kemaluan mangsa berumur tidak sampai 10 tahun itu dirodok menggunakan kayu hingga menembusi usus ke organ jantung. Darah mengalir dari pangkal kaki kanak2 tersebut. Manakala lehernya pula dijerut menggunakan wayar.

Bedah siasat mendapati Ang May Hong bukan cuma diseksa dari fizikal,bahkan dia juga dirogol oleh sang pemangsa. Mereka juga mendapati badannya mempunyai banyak kecederaan serius akibat dipukul oleh objek keras & tumpul.

Mayat Ang May Hong dijumpai selepas 3 jam kehilangan,bermakna perlaku melakukan jenayah kejam tersebut tidak lebih dari 2 jam!

Mereka percaya,ia dilakukan oleh penagih dadah dikawasan berdekatan kerana kawasan mayat Ang May Hong dijumpai adalah sarang kepada mat-mat gian.

Sehingga kini,pembunuh sebenar Ang May Hong tidak dapat diberkas.

#fuckta_creepy
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-10-2019 06:51 PM | Show all posts



Nirmala Bonat

"Saya disiram air panas ketika sedang membersihkan kamar mandi. Selain itu disiram air panas ketika sedang mencuci sepatu anak majikan & juga ketika di dapur. Kadang-kadang pagi dan petang. Saya tidak ingat tanggal kejadian, tuan yang arif," kata Nirmala kepada hakim.

"Majikan saya bertanya apakah kamu mandi mencuci kepala. Saya jawab tidak karena kepala saya ada luka. Tak lama kemudian, majikan saya membawa air panas dari dapur kemudian menyiram air panas ke saya," kata Nirmala.

Nahh itulah penerangan seorang pekerja tetangga yang diseksa hebat oleh majikannya,Yim Pek Ha.

Nirmala bekerja dgn majikan keji itu dari September 2003 hingga Mei 2004 di sebuah kondominium Villa Putra Kuala Lumpur.

Selain disiram air panas,badannya juga diseterika dengan seterika panas!

Tidak tahan diseksa,Mei 2004 Nirmala melarikan diri & dia dijumpai oleh orang awam dalam keadaan yang sangat kritikal fizikalnya.

Payu daranya cedera teruk,badannya dicucuh dengan cawan besi panas. Kulitnya benar2 dijadikan kain fabrik.

Penderaan dasyat ini dibicara dengan berat sebelah. Seringkali majikan Nirmala dijatuhi hukuman,seringkali juga hukuman ditarik semula,kemudian diperingankan,ada juga kesalahan2 ditarik semula sebagainya. Sungguh memalukan sistem perhakiman di Malaysia ketika itu.

Kes yang banyak bukti seperti ini mengambil masa sehingga 8 tahun untuk diselesaikan!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2019 06:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2019 06:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2019 07:01 PM | Show all posts
BASED ON TRUE STORY | Warga Asing Pertama Dihukum Gantung Di Malaysia

Jasson King Fans Official👑





Barlow (kiri) dan Geoffrey (kanan).

Pada 9 Nov 1983, 2 rakyat Australia Kevin John Barlow dan Brian Geoffrey Chambers telah ditahan di lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas kerana membawa 141.9 gram dadah jenis heroin . Mereka akhirnya telah didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati di Penjara Pudu pada 7 Julai 1986.

Di awal tahun 1981 dan akhir tahun 1983 Chambers telah melakukan beberapa perjalanan ke luar negara untuk membawa dadah ke Australia. Pada tahun 1980 Chambers dan teman wanitanya telah membawa dadah ke Australia menggunakan ''body packing techniques''. Chambers telah memasukkan dadah tersebut didalam duburnya dan teman wanitanya juga memasukkan ke dalam dubur dan kemaluan sulitnya. Selebihnya dadah itu ditelan.

Kedua-dua mereka menggunakan teknik yang sama pada tahun 1981 apabila transit di Singapura. Pegawai kastam dapat mengesan dadah yang juga dimasukkan ke dalam poket jaket beliau. Mereka dibebaskan selepas dikatakan memberi rasuah kepada pegawai kastam di sana.

Chambers dan teman wanita membuat keputusan berpindah ke Perth dan semasa dalam perjalanan mereka terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa teman wanitanya pada 20 May 1983 selepas koma.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2019 07:02 PM | Show all posts



Perjalanan mereka ke Malaysia telah diaturkan oleh penjenayah Perth iaitu John Asciak. Barlow dan Chambers kemudian memberi keterangan mereka adalah pelancong yang bertemu secara kebetulan di Singapura dan kemudian memilih untuk bersama-sama meneruskan perjalanan ke Malaysia.

Untuk mengelakkan dari kegiatan mereka dikesan, Barlow menaiki pesawat ke Singapore dari Perth dan Chambers pula memulakan perjalan dari Sydney. Ini adalah kali pertama Barlow melakukan jenayah membawa dadah.

Setelah bertemu di Singapura, Barlow dan Chambers meneruskan perjalanan menggunakan kereta api ke Pulau Pinang. Paket dadah telah ditanam disebuah pantai di Pulau Pinang. Perancangan awal mereka adalah memasukkan dadah ke dalam dubur mereka dan menelan yang selebihnya.

Barlow enggan berbuat demikian kerana masalah kesihatan. Akhirnya Chambers mengalah dan telah membungkus dadah tersebut ke dalam surat khabar dan dimasukkan ke dalam plastik dan memasukkan ke dalam sebuah beg merah yang baru dibeli oleh Chambers.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2019 07:03 PM | Show all posts



Semasa mereka tiba di Lapangan terbang Bayan Lepas 9 November 1983, Barlow dan Chambers telah diperhatikan sejak mereka turun dari teksi.

Barlow membawa beg merah yang mengandungi dadah tersebut dan berjalan memasuki lapangan terbang manakala Chambers dilihat sedang membayar wang kepada pemandu teksi dan memegang beg kepunyaan Barlow.

Semasa Barlow melintasi ''luggage scanning area'' pegawai yang bertugas memerhatikan keadaan Barlow pada masa itu sangat gugup dan takut. Pegawai bertugas menghampiri mereka dan menyoal siasat mereka.

Mereka telah dibawa ke ''interview room'' dan pegawai bertugas mengarahkan mereka membuka beg-beg yang mereka bawa bersama.

Chambers membuka beg seperti biasa tetapi Barlow enggan berbuat demikian dan mendakwa beg merah yang dibawa oleh nya adalah kepunyaan Chambers.

Akhirnya Chambers membuka beg merah tersebut dan pegawai bertugas menemui dadah di dalamya. Bagaimanapun beliau mendakwa tidak mengetahui kandungan dadah di dalam beg tersebut. Polis memberi keterangan yang mereka menggigil sewaktu tangan digari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2019 07:04 PM | Show all posts




(Karpal Singh)

Mereka telah dipenjarakan di Penjara Pulau Pinang pada 1984 & 1985. Mereka menggambarkan Penjara itu penuh sesak. Barlow dan Chambers telah dikurung di dalam sel yang bersaiz dua tiga persegi bersama dengan tiga tahanan lain selama 22 jam sehari.

Chambers sangat disukai di dalam penjara tetapi Barlow digambarkan sebagai seorang "gila" dan sering membuat masalah. Perbicaraan mereka bermula pada 17 Julai, 1985 di Mahkamah tinggi Pulau Pinang.

Chambers telah melantik peguam Rasiah Rajasingham dan Barlow pula ialah Karpal Singh. Pada 1 Ogos 1985 Barlow dan Chambers telah hadir untuk mendengar keputusan mahkamah dan mereka menerima hukuman gantung sampai mati.
Pada 15 Dis 1985 mereka telah dipindahkan ke Kuala Lumpur untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Agung Malaysia dan mereka dipenjarakan di Penjara Pudu.

Pada 18 Disember 1985 Mahkamah rayuan telah mengekalkan keputusan hakim untuk mengekalkan hukuman mati ke atas mereka. Chambers dilihat menangis di kandang tertuduh apabila hakim membaca hukuman ke atas mereka.

Selepas penolakan rayuan mereka, Menteri Luar Australia, Bill Hayden menghubungi Gabenor Pulau Pinang dan meminta agar hukuman itu ditukarkan kepada hukuman penjara atas alasan kemanusiaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2019 07:05 PM | Show all posts



(Keluarga Barlow yang kecewa)

Ibu mereka Sue Chambers dan Barbara Barlow telah membuat pembelaan tidak bersalah ke atas anak mereka. Mereka telah menulis surat kepada Sultan Iskandar dan mengakui kesalahan anak-anak mereka dan menyesal dengan perbuatan tersebut.

Pelbagai percubaan yang dilakukan kedua-dua keluarga Barlow dan Chambers, antaranya merayu kepada kerajaan Malaysia untuk mengampuni anak mereka.

Mak Kevin Marlow, iaitu Barbara Marlow juga kemudiannya menghantar telegram kepada Paus Katolik, Perdana Menteri Britain pada masa tu iaitu Margaret Thatcher, Ratu England, Menteri Luar Australia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, meminta bantuan untuk menyelamatkan kedua-dua tertuduh.

Antara banyak-banyak surat yang dihantar itu, hanya Ratu England yang respond dan mengatakan yang dia akan meluluskan surat Barbara (ibu Kevin Barlow) kepada menteri yang sepatutnya.

Tapi selepas berhempas-pulas hantar telegram dan meminta bantuan pihak berkuasa di seluruh dunia, segala perjuangan keluarga Chambers dan Barlow akhirnya berakhir dengan kematian anak mereka di tali gantung.

Malah, ia adalah hukuman gantung pertama yang dijatuhkan kepada warganegara dari Barat direkodkan atas kesalahan mengedar dadah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2019 07:06 PM | Show all posts




(Keratan akhbar Herald Sun yang menunjukkan mayat kedua-dua rakyat Australia yang mati di tali gantung di Malaysia)

Barlow dan Chambers telah digantung di Penjara Pudu pada 7 Julai 1986. Ibu Barlow iaitu, Barbara Barlow dilaporkan menyediakan minuman untuk membuat anaknya mabuk sebelum hukuman dijalankan.

Beliau menyediakan campuran sebanyak 75 pil tidur ke dalam akohol di bilik hotel itu dan diseludup ke dalam penjara dalam botol plastik kecil disembunyikan di dalam beg tangannya.

Hukuman Gantung sampai mati untuk kesalahan pengedaran dadah ini adalah hasil daripada pindaan yang dilakukan pada tahun 1983 iaitu tahun yang sama kedua mereka ditangkap.

Pindaaan yang dibuat adalah selari dengan pengistiharan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad (PM diwaktu itu) bahawa Dadah adalah Musuh negara dan ancaman kepada negara.

Perbicaraan Kes Kevin John Barlow dan Brian Geoffrey Chambers yang berjalan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ini telah mendapat liputan meluas di seluruh dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 8-7-2019 06:23 PM
Kami sekeluarga reda dengan apa berlaku dan kini uruskan jenazah adik saya dahulu," kata a ...

Tk paham.

Kata remaja yg kena killed umor 19yo. Arwah omar ni lak 49yo.

Baca empat kali tetap tak paham. Tolong huraikan please... Thank you.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2019 07:10 PM | Show all posts
syd.. boleh x up kes bunuh ibu tiri yg kne bunuh dgn adik beradik tiri tu.. tahun 2012 kot kt klang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2019 04:15 AM From the mobile phone | Show all posts
nooriesz replied at 23-10-2019 07:10 PM
syd.. boleh x up kes bunuh ibu tiri yg kne bunuh dgn adik beradik tiri tu.. tahun 2012 kot kt klang

nanti i carik ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2019 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
nooriesz replied at 23-10-2019 07:10 PM
syd.. boleh x up kes bunuh ibu tiri yg kne bunuh dgn adik beradik tiri tu.. tahun 2012 kot kt klang

Dua Beradik Tiri Didakwa Bunuh Ibu Tiri
Jumaat, 27 Julai 2012 12:00 AM

KLANG: Seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun dan kakak tirinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Jumaat atas tuduhan membunuh ibu tiri mereka dengan cara menekup muka mangsa menggunakan bantal.

Pelajar terbabit dan kakak tirinya yang berumur 29 tahun didakwa membunuh wanita berumur 72 tahun itu, yang juga seorang guru agama, di ruang tamu sebuah rumah di Taman Sri Wangi, Kapar di sini kira-kira 5.30 petang 14 Julai lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dua beradik yang memakai pakaian reman berwarna ungu mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka oleh jurubahasa mahkamah.

Tiada pengakuan direkodkan.

Sepanjang prosiding, pelajar perempuan itu dilihat mengalirkan air mata sementara kakak tirinya yang bekerja di sebuah kelab malam kelihatan tenang.

Majistret Ho Kwong Chin menetapkan 4 Sept ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin sementara kedua-dua beradik itu diwakili peguam Gerard Lazarus.

Difahamkan sebelum ini polis mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut.

Bagaimanapun, tiga hari selepas mangsa dikebumikan, beberapa anggota keluarganya membuat laporan polis mengenai kehilangan barang kemas mangsa.

Ekoran laporan itu, membawa kepada penggalian semula kubur mangsa dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas. -BERNAMA

Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2012/07/27/dua-beradik-tiri-didakwa-bunuh-ibu-tiri/#surc742U0ddVEyYM.99
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 24-10-2019 08:19 AM
Dua Beradik Tiri Didakwa Bunuh Ibu Tiri
Jumaat, 27 Julai 2012 12:00 AM


tq syd..

ok baru tau kne gali blk utk post mortem..
cmne la anak sendiri boleh kautim dgn kakak tiri bunuh mak sendiri.. seramnyeee!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.085973 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list