CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[ Vol. 2 ] Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

  [Copy link]
Post time 26-10-2019 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 19-10-2019 05:55 PM
1 jun 1999

(Last media updated pada tahun 2011. Harap2 ada media boleh upkan kes ni untuk ...

Ngerinya..tak boleh baca sampai habis




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2019 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Syd dah bersambung di Vol 2



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2019 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Lengkong replied at 26-10-2019 01:36 PM
Tahniah Syd dah bersambung di Vol 2

marilah bersama-sama.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2019 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
good read. aku lalu lalang banyak kali tak perasankan ini Vol 2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2019 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
7th replied at 27-10-2019 12:34 PM
good read. aku lalu lalang banyak kali tak perasankan ini Vol 2.

sebab tak kerap update.

kebizian. bila free jer.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2019 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tragedi basikal lajak:

Pemandu bebas tuduhan

MyMetroUtama

Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my


MAHKAMAH Majistret Johor Bahru, hari ini, melepas dan membebaskan jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017.

Majistret Siti Hajar Ali membuat keputusan itu terhadap Sam Ke Ting, 24, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan dihadapinya selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.

Sepanjang perbicaraan bermula Ogos 2017, 46 saksi pendakwaan dan 214 ekshibit dikemukakan di mahkamah.

Siti Hajar pada penghakimannya berkata, mahkamah mengambil kira pemandu yang menggunakan jalan serta situasi jalan yang berselekoh dan malam tidak boleh menjangkakan kewujudan basikal lajak.

Bahkan katanya, faktor yang mencipta kecederaan bahaya bukan disebabkan cara pemanduan.

“Bersandarkan beberapa perkara termasuk situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh di mana pemandu tidak boleh menjangkakan terdapat kumpulan berbasikal yang ramai di jalan itu pada 3 pagi.

“Selain keadaan bahaya itu dicipta oleh kumpulan basikal lajak itu sendiri," katanya.

Menurutnya, tertuduh tidak memotong kenderaan lain, tidak melawan arus dan tidak berlumba.

“Isu tertuduh menggunakan lorong kiri atau kanan tidak menjadi masalah dan dia berhak melalui lorong terbabit, selain tidak mencipta situasi bahaya," katanya.

Menurutnya, basikal lajak adalah satu gejala sosial membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Katanya, dua hari sebelum kejadian itu juga, operasi lajak sudah dilakukan bagi mengekang aktiviti menunggang basikal ala ‘Superman' di atas jalan raya.

“Berdasarkan keterangan pasukan penyiasat, terdapat pokok besar di laluan berkenaan dan pencahayaan malap walaupun terdapat lampu di tembok pembahagi jalan.

“Aktiviti itu (basikal lajak) sudah umum diketahui di situ (lokasi kejadian), terdapat aduan mengenai perlumbaan basikal lajak di kawasan berkenaan.

“Adalah munasabah mereka yang lalu di situ akan menjangka situasi terjadi, namun, hanya terpakai kepada penduduk di situ dan mereka yang selalu menggunakan jalan itu,” katanya.

Menurutnya, tidak adil kepada pengguna yang jarang menggunakan laluan itu.

Siti Hajar berkata, siasatan turut mendapati tertuduh tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit serta memakai tali pinggang keledar ketika memandu sekali gus membuktikan tertuduh memandu dalam keadaan bertanggungjawab dan berjaga-jaga.

Beliau kemudian memerintahkan lesen memandu tertuduh dikembalikan kepada tertuduh, serta merta.

“Wang jaminan RM10,000 dikembalikan kepada penjamin," katanya.

Pada masa sama, beliau mengingatkan ibu bapa supaya menjaga anak-anak bagi mengelak kejadian itu berulang, bahkan polis diminta bertindak tegas.

Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan pembelaan diwakili Muhammad Faizal Mokhtar.

Berdasarkan pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.20 pagi 18 Februari 2017.

Remaja yang maut adalah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda selain lesen memandu digantung, sekiranya disabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Oktober 2019 @ 11:22 AM
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-10-2019 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
CORETAN PEGUAM

Ada rakan bertanyakan saya mengenai kes di Johor membabitkan keputusan Mahkamah Majistret membebaskan tetuduh yang terlibat dalam kemalangan dan kematian 8 penunggang basikal lajak di akhir kes pendakwaan tanpa perlu dipanggil untuk membela diri.

Jawapan saya,

Ianya berlaku apabila mahkamah mendapati pihak pendakwaraya telah gagal membuktikan satu kes PRIMA FACIE terhadap tertuduh selepas selesai saksi saksi pendakwaraya memberi keterangan.

Saksi tersebut lazimnya doktor, ibu bapa mangsa, pegawai puspakom, polis yang menerima report, pegawai penyiasat, saksi awam yang melihat kejadian dan lain lain.

Bukti bukti pula seperti laporan post mortem, rajah kasar dan kunci, laporan puspakom, laporan polis, gambar gambar dan lain lain.

Keputusan mahkamah berkenaan bermaksud pihak pendakwaraya gagal membuktikan wujudnya elemen memandu dengan keadaan MELULU atau MERBAHAYA dengan mengambil kira keadaan cuaca, jalanraya, waktu, persekitaran dan lain lain yang mungkin menjadi punca kemalangan tersebut.

Sebagai peguam saya faham bukan bilangan mangsa yang diambil kira tetapi adakah intipati pertuduhan telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaraya.

Untuk makluman semua, alasan kenapa tetuduh dilepaskan dan dibebaskan akan dinyatakan oleh majistret di dalam Alasan Penghakiman* dan Nota Perbicaraan. Ianya bukan rahsia dan boleh dibaca oleh orang ramai.

Jadi membuat spekulasi, menyalahkan majistret dan membangkitkan isu perkauman kerana mangsa mangsa, peguambela, pendakwaraya dan majistret adalah melayu dan tertuduh adalah cina adalah sangat sangat tidak bertanggungjawab.

Sebagai pegawai mahkamah, saya faham lepas dan bebas seseorang tertuduh bukan kerana bangsa, agama, taraf pendidikan, taraf keluarga tetapi semata mata kerana fakta, keterangan dan bukti yang dikemukakan di mahkamah sewaktu bicara.

Sekiranya pihak pendakwaan tidak berpuas hati keputusan majistret, mereka boleh membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Secara peribadi saya menegaskan bahawa adalah tidak wajar membuat komen tanpa mengetahui fakta, keterangan saksi saksi dan bukti bukti semasa kes dibicarakan dan tanpa membaca alasan penghakiman daripada majistret yang membuat keputusan berkenaan.

*Alasan penghakiman ringkas saya perolehi daripada Berita Harian.

Alasan penghakiman itu turut mengambil kira keterangan 46 saksi pendakwaan dan 214 eksibit yang dibentangkan sepanjang tempoh perbicaraan.

Siti Hajar dalam penghakimannya berkata mahkamah membuat keputusan berkenaan bersandarkan beberapa perkara termasuk situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh di mana pemandu tidak boleh menjangkakan terdapat kumpulan berbasikal yang ramai di jalan itu pada jam 3 pagi selain keadaan bahaya itu sendiri dicipta oleh kumpulan basikal lajak berkenaan.

"Berdasarkan keterangan pasukan penyiasat, terdapat pokok besar di laluan berkenaan dan pencahayaan malap walaupun terdapat lampu di tembok pembahagi jalan.

"Aktiviti itu (basikal lajak) sudah umum diketahui di situ (lokasi kejadian), terdapat aduan mengenai perlumbaan basikal lajak di situ.

“Adalah munasabah mereka yang lalu di situ akan menjangka situasi terjadi, namun hanya terpakai kepada penduduk di situ dan mereka yang selalu menggunakan jalan itu. Ia tidak adil kepada pengguna yang jarang menggunakan jalan itu atau penduduk yang tidak tinggal di situ," katanya.

Siti Hajar berkata, siasatan turut mendapati tertuduh tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit serta memakai tali pinggang keledar ketika memandu sekali gus membuktikan tertuduh memandu dalam keadaan bertanggungjawab dan berjaga-jaga.
(Rujukan: Berita Harian)

Muhammad Hasif bin Hasan
(BC/M/674)
Peguambela dan Peguamcara

Sekian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2019 01:08 PM | Show all posts








ummat yang 7 orang tu;

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2019 01:28 PM | Show all posts
Syd replied at 8-7-2019 06:23 PM
Kami sekeluarga reda dengan apa berlaku dan kini uruskan jenazah adik saya dahulu," kata a ...
“Pada malam kejadian, ahli keluarga suspek utama turut berada di rumah namun tidak mendengar dan mengetahuinya kerana hujan lebat ketika itu,” katanya.

hujan lebat - elemen dramatik dlm sesebuah drama/filem
ni bkn penambah sedap cerita
mmg kejadian sbnr berlaku ms tu
blh bygkan klu difilemkan scene pukul2, tetak2 ni dlm keadaan hjn lebat tu




Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 12:17 PM | Show all posts
Syd replied at 24-10-2019 08:19 AM
Dua Beradik Tiri Didakwa Bunuh Ibu Tiri
Jumaat, 27 Julai 2012 12:00 AM

ada tgk di ci, chanel tu ye bkn ci cari
kes 2 beradik bunuh mak kandung
guna pisau ye
sian maknya kena serang & tikam
puncanya xtahan maknya selalu bebel or something like that

nmpk gaya2 psiko kt 2 beradik kembar tu
teenage girl 15 or 16 years
aje gilerr


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2019 12:52 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 10-12-2019 12:17 PM
ada tgk di ci, chanel tu ye bkn ci cari
kes 2 beradik bunuh mak kandung
guna pisau ye

kalau tahu cenggitu laa gayanya,
mohon tak diberanakkan kembar tuu

perangai.

setan kuasa dua
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 19-10-2019 05:55 PM
1 jun 1999

(Last media updated pada tahun 2011. Harap2 ada media boleh upkan kes ni untuk ...

Setannyaaaaa Roslan ni! Menggigil menggelegakk aku baca. Ya tuhan kalau dpt jatuhkan hukuman sndiri eee memang kupijak2 muka dia dgn but askar then sula dia balik. Hanat!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2019 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
paiayam replied at 15-12-2019 02:19 PM
Setannyaaaaa Roslan ni! Menggigil menggelegakk aku baca. Ya tuhan kalau dpt jatuhkan hukuman sndir ...

macam takde rasa dan perasaan.

setan mana la dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita Mat komando tu ada ralat sikit. Dia bukan mati di baling, tapi di pendang, kampung hujung keton.
Aku tau sebab ni kampung kawan aku. Ikut cerita ayahnya, penduduk kampung pun tak tau yg Mat Komando tu bersarang di situ. Cuma depa terkejut bila dengaq bunyi tembakan pada hening pagi sebelum subuh. Around jam 4.30am.
Bayangkan, betapa covert nye operation.. depa cuma tau Mat Komando mati kena tembak polis di kampung depa selepas dengar berita di TV.
Mat Komando ni katanya ada ilmu halimunan. Dia jejak je kaki ke tanah, mmg hilang la.. ada yg tau pasal ilmu dia ni, pi habaq kat polis..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2019 01:31 PM | Show all posts
najib888 replied at 15-12-2019 04:05 PM
Cerita Mat komando tu ada ralat sikit. Dia bukan mati di baling, tapi di pendang, kampung hujung ket ...

mesti orang  yang rapat-rapat ngan dia gak tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2019 10:47 AM | Show all posts
najib888 replied at 15-12-2019 04:05 PM
Cerita Mat komando tu ada ralat sikit. Dia bukan mati di baling, tapi di pendang, kampung hujung ket ...

Aku bleh sahkan citer ni betul.. Arwah Mat Komando menumpang di pondok/ bangsal di Kg Hujung Keton. Ikut citer betul arwah masih tido masa kena tembak tu sbb tembakan kena kat bawah dagu tembus kat kepala.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2019 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeah rumah baru!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2019 12:27 PM | Show all posts

umah baru tapi kisah lama yang lejen-lejen tetap orang sebut.

i ttp terpegun dengan geng mamak.

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2019 01:56 PM | Show all posts
Syd replied at 19-10-2019 05:44 PM
Berbesar hati nak kongsikan status kawan kami di fb, berkisar dgn tragedi-tragedi yang pernah berlak ...

tuan kevin morais ni dulu jd timbalan pendaftar kt mahkamah tinggi ipoh

baik sgt orgnya, x kekwat
sedih bila dpt taw dia mati kena bunuh


Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2019 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 3-8-2019 12:35 PM
Saksi dedah tulis dua surat layang beritahu Zulfarhan Osman didera

Bernama |  Diterbitkan pada Ju ...

Sampai skrg tertanya2 apa tindakan University terhadap jurulatih yg kurang ajar tu.. Sangat tidak bertanggungjawab seolah2 hal ini hal remeh siap tunjuk kat WhatsApp group... What do you expect? Dpat tangkap penulis surat? Ko sepatutnya p siasat dulu dah terang2 tulis nombor bilik.. I is kenot brain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.407686 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list