CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[ Vol. 2 ] Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

  [Copy link]
Post time 23-11-2020 08:41 AM | Show all posts
MistrezHermanaz replied at 23-6-2020 02:20 PM
tentang persoalan tu, mtk tolong pakar2 CI Forum CARI utk siasat..tertuduh dh pun berkahwin baru t ...

tak menahan..kawen ngn russia terus. harap ppuan tu kurung die dlm mesin basuh la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2020 05:32 PM | Show all posts
sape ingat kes yg ada perempuan ni kene bawak lari dengan sorg lelaki, pastu kene bunuh?  yg aku ingat mase tu kt porem ramai2 hencap arwah tu kononnye lari ikut boyfriend, rupenye pembunuh tu mental dan ugut nak cederakan family arwah kalau taknak ikut die. arwah dan family penah juga berpindah sbb tak tahan kene kacau dgn lelaki tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2020 05:50 PM | Show all posts
annehuda replied at 25-11-2020 05:32 PM
sape ingat kes yg ada perempuan ni kene bawak lari dengan sorg lelaki, pastu kene bunuh?  yg aku ing ...

ingat.

kat hiway
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2020 05:55 PM | Show all posts
Penuntut UiTM maut selepas dikelar, sering diganggu suspek
Astro Awani

Februari 3, 2015 17:45 MYT


Menurut bapa Nursyuhada, suspek sering mengganggu ketenteraman anak perempuannya itu. - Gambar Paparan Skrin Astro AWANl

Jenazah pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang yang maut dikelar seorang kenalan lelakinya di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan tengah hari semalam telah selamat dikebumikan hari ini.

Nursyuhada Johari, 20, disembahyangkan di Masjid Kampung Cherok Mokkan, Jitra sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam di kampung itu di sini pada jam 10 pagi tadi.

Bapa mangsa, Johari Hashim, 55, berkata beliau kesal di atas tragedi yang menimpa anaknya itu.
Katanya, anaknya mengenali suspek sejak menuntut di Tingkatan Lima dan dipercayai memang wujud ketegangan antara anaknya dengan suspek berikut.

Malah, satu laporan polis juga pernah dibuat berhubung perangai suspek yang sering mengganggu ketenteraman anaknya.

Menurut Johari, pada hari kejadian rakan anaknya sempat menghubungi keluarganya untuk memberitahu situasi yang sebenar.

“Anak saya tidak menelefon saya tapi saya difahamkan yang beliau keluar bersama temannya. Kawannya memberitahu saya, suspek itu telah memaksa anak saya untuk mengikutnya atau jika tidak dia akan ditikam. Lelaki itu membawa bersamanya sebilah pisau dan telah memaksa anak saya menaiki kereta bersama-samanya.

“Setelah mengetahui kejadian itu, saya terus menelefon ibu lelaki itu untuk memberitahu apa yang telah berlaku dan memintanya untuk menghantar anak saya pulang ke rumah. Tidak lama kemudian, bapa suspek tersebut menghubungi saya sendiri untuk memberitahu yang anak saya telah ditikam,” kata Johari.

Nursyuhada merupakan pelajar tahun satu UiTM Pulau Pinang meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Kangsar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2020 05:58 PM | Show all posts

Pelajar UiTM mati selepas leher dikelar

NURSYUHADA JOHARI

TAIPING 2 Feb. - Masalah hubungan cinta dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang maut dalam keadaan menyedihkan apabila lehernya dipercayai dikelar oleh teman lelakinya hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari di Kilometer 228.2, Le*buh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang di sini, mangsa, Nursyuhada Johari, 20, disahkan meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kangsar.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan teman lelakinya berusia 25 tahun, menaiki kereta jenis Proton Perdana menghala arah selatan.

Menurut beliau, sebelum kejadian, terdapat saksi melihat pasangan tersebut bertengkar di dalam kenderaan berkenaan sebelum kereta itu berhenti.

“Saksi kemudiannya melihat seorang perempuan keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas lebuh raya. Seorang penumpang lelaki kemudian keluar dan cuba menarik gadis terbabit ke kiri jalan.

“Kejadian itu menarik perhatian pengguna lebuh raya lain yang turut berhenti untuk membantu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail memberitahu, selepas menarik mangsa, lelaki berkenaan mela*rikan diri ke hutan berhampiran, namun datang semula ke lokasi kejadian untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam kereta.

Ujarnya, orang ramai yang menyedari kejadian itu bertindak memberkas suspek dan menyerahkannya kepada polis.

Tambahnya, punca sebenar mangsa dikelar masih dalam siasatan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada masalah percintaan.

“Pemeriksaan di tempat kejadian menemukan sebilah pisau lipat yang dipercayai dibuang oleh suspek di bawah bukit di tepi lebuh raya berkenaan.

“Kita masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya yang turut mengesahkan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Ke*seksaan.

Sementara itu menurut saksi kejadian yang merupakan ejen insurans, dia mendengar suspek berkata ‘tak mampus lagi ke?’ selepas ternampak seorang perempuan keluar dari tempat pemandu kereta Proton Perdana di lorong kiri lebuh raya,

Katanya, selepas itu dia melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan menarik mangsa ke tepi besi penghadang lalu melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

“Lelaki itu kemudiannya kembali ke tempat kejadian dan mengambil telefon bimbit di dalam kereta.

“Suspek menelefon seseorang sambil meminta maaf dengan berkata dia telah buat silap.

“Dia kemudian melihat mangsa sambil berkata: “Dia belum mampus ke?,” katanya.

Suspek dipercayai menghubungi ahli keluarganya dan memberitahu perbuatannya itu.

Menurut saksi itu lagi, lelaki tersebut kemudian cuba melarikan diri ke dalam hutan semula tetapi berjaya diberkas oleh orang ramai.

Sumber:Utusan


Suspek kelar pelajar UiTM direman tujuh hari

PARIT BUNTAR 3 Feb. - Suspek lelaki kes mengelar leher pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang sehingga mati di Kilometer 228.2, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Bukit Gantang semalam ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.[/B]

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Parit Buntar, Rosnee Mohd. Radzuan semasa hadir di Balai Polis Parit Buntar dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-ONLINE UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my



Tukang masak direman tujuh hari disyaki kelar penuntut UiTM

TAIPING: Seorang tukang masak yang disyaki mengelar seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) sehingga mati di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Suspek yang berusia 25 tahun dibawa ke Balai Polis Parit Buntar, dekat sini kira-kira jam 10 pagi tadi untuk proses permohonan tahanan reman.

Majistret Rosnee Mohd Radzuan, yang hadir ke balai polis berkenaan membenarkan suspek direman sehingga 9 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pemuda yang juga dipercayai teman lelaki mangsa dan bekerja sebagai tukang masak di Melaka, kemudian dibawa semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping kira-kira jam 10.45 pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari semalam, mangsa Norsyuhada Johari, 19, penuntut UiTM kampus Permatang Pauh Pulau Pinang, meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar, dekat sini kira-kira jam 2 petang ketika sedang mendapatkan rawatan

Sumber:bharian


Jenazah pelajar dikelar selamat dikebumi di Jitra


JOHARI Hashim bersama isteri, Norazlina Dawari menyiram air di pusara anak perempuannya Nursyuhada, 19, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan, Jitra. - Foto Amran Hamid

JITRA: Jenazah pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang maut akibat dikelar kenalan lelakinya, semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan, dekat sini, pada jam kira-kira 11 pagi tadi.

Nursyuhada Johari, 20, yang juga anak kedua daripada enam beradik sebelum itu disembahyangkan di Masjid Kampung Cherok Mokkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan terbabit.

Pelajar tahun pertama jurusan Perhotelan di UiTM Pulau Pinang, maut selepas dikelar dan ditikam di lehernya di Kilometer 228.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang pada tengah hari, semalam.

Sebelum itu, mangsa dikatakan bertengkar dengan kenalan lelakinya itu di dalam kereta sebelum dikelar dan mayatnya disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar.



Anak saya diganggu sejak Tingkatan Lima - Bapa

Johari Hashim

JITRA: Bapa kepada pelajar wanita yang maut akibat dikelar seorang lelaki semalam pernah membuat laporan polis mengenai anaknya yang sering diganggu lelaki itu sejak di Tingkatan Lima.

Johari Hashim berkata, pemuda berkenaan adalah rakan sekampung anaknya dan pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya.

Namun beliau berkata, mereka sekeluarga menghalang hasrat pemuda itu kerana dia disyaki menagih dadah.

"Anak saya hanya berkawan biasa. Tetapi dia mahu mengadakan hubungan serius. Anak saya pernah beritahu kami, lelaki itu selalu mengganggunya. Saya pernah telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan ganggu anak saya.

"Saya juga pernah membuat laporan polis empat tahun lalu. Apabila dia bekerja di Melaka, saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu anak saya kerana anak saya tidak lagi bercerita mengenainya," katanya kepada pemberita.

Anaknya Nursyuhada, 20, penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang maut selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak semalam.

Johari berkata, namun selepas itu, anaknya memberitahu lelaki berkenaan masih mengganggunya.

Beliau berkata, keluarga pemuda itu mengetahui kelakuannya yang pernah bertindak ganas memecahkan pintu rumahnya di Taman Hosba di sini.

Beliau berkata, pemuda berkenaan pernah melarikan anaknya dengan kereta sebelum ini tetapi mereka sekeluarga menemuinya semula.

"Saya sangat terkejut apabila rakan kelas anak saya menghubungi isteri saya dan memberitahu anak saya akan dicederakan sekiranya anak saya tidak mahu menaiki kereta lelaki itu.

"Isteri saya cuba menghubunginya anak saya beberapa kali, tetapi panggilan telefonnya tidak dijawab. Saya juga menghubungi ibu bapa pemuda itu meminta mereka menghubungi anak mereka untuk membawa pulang anak saya," kata Johari.

Beliau berkata, bapa lelaki itu kemudian menghubungi anaknya dan memaklumkan kepada Johari anaknya sudah mengelar leher Nursyuhada.

Beliau juga kesal kerana lelaki itu dilapor memberitahu pihak polis bahawa dia melakukan perkara itu kerana mengalami sakit mental.

Johari berkata, kali terakhir beliau bertemu anaknya ialah pada awal bulan lalu ketika menghantar anaknya di perhentian bas Shahab Perdana, Alor Setar untuk pulang ke kampus.

Nursyuhada yang meninggal di Hospital Kuala Kangsar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan pagi tadi.

- BERNAMA


Nur Syuhada diganggu sejak sekolah

JITRA - Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, Nur Syuhada Johari, 20, yang meninggal dunia akibat dikelar seorang kenalan lelaki dalam kejadian di Kilometer 228.2 Leburaya Utara-Selatan berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang, Taiping, kelmarin, sering diganggu suspek sejak zaman persekolahan.

Bapa mangsa, Johari Hashim, 55, mendakwa, anak keduanya daripada enam beradik itu mengenali suspek ketika belajar di sekolah menengah dan tinggal berhampiran rumah mereka.

Malah, ketika Nur Syuhada di tingkatan lima, pemuda itu pernah bertindak ganas dengan memecah pintu rumah untuk membawanya keluar.

“Masa itu, kami dapat tahu suspek seorang penagih dadah dan pernah ditahan polis, jadi saya larang arwah berkawan dengannya. Saya juga pernah buat laporan polis ketika dia bawa lari anak saya.

“Lepas itu, saya dapat tahu budak lelaki ini sudah pergi bekerja di Melaka, kami rasa lega dan harap dia tak ganggu arwah. Tapi dia (suspek) tetap kacau anak saya, dia telefon, kalau tak jawab dia hantar mesej marah-marah dan ugut Nur Syuhada.

“Saya sendiri pernah bagi amaran pada dia supaya jangan ganggu. Bila saya marah dia senyap saja. Tak sangka dia bertindak sampai jadi macam ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cherok Mokkan, Mukim Hosba, di sini, semalam.

Terdahulu, jenazah pelajar Diploma Pengurusan Hotel dan Pelancongan itu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan kira-kira jam 11 pagi.

Johari berkata, isterinya, Nor Azlina Dawari, 44, menerima panggilan daripada seorang kawan Nur Syuhada mengatakan anaknya itu diugut dengan pisau oleh suspek supaya menaiki keretanya.

“Selepas itu, kami telefon ibu suspek minta dia pujuk anaknya hantar arwah pulang, tetapi ibu suspek kata anaknya tidak menjawab panggilan.

“Tak lama kemudian ayah suspek telefon saya, memaklumkan anak lelakinya itu telefon dan beritahu dia telah tikam Nur Syuhada,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kejadian berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, mangsa dikatakan diculik suspek di kampusnya sebelum ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kelar dan tikaman.

Difahamkan mereka sebelum itu dilihat pengguna jalan raya sedang bertengkar semasa dalam perjalanan menaiki sebuah kereta Proton Perdana menghala ke arah selatan.

Menceritakan kali terakhir bertemu ketika menghantar anaknya menaiki bas untuk pulang ke kampus baru-baru ini, Johari berkata, kelakuan Nur Syuhada agak pelik berbanding sebelum ini.

“Semasa dia nak naik bas, dia peluk dan cium saya kemudian dia ketawa, nampak dia pelik sikit. Tapi dia memang seorang yang ceria dalam keluarga.

“Kali terakhir saya bercakap dengan dia pula ialah sebelum dia bertolak ke Kelantan tiga minggu lalu untuk sertai misi bantuan banjir di sana. Dia telefon saya. Saya pesan jaga diri elok-elok dan jaga kesihatan.

“Dia turut menelefon isteri saya, bagi tahu suruh simpan duit sebab dia ada program untuk naik kapal pada cuti Tahun Baru Cina,” katanya.

Tambah Johari, pemergian Nur Syuhada dianggapnya sebagai mati syahid kerana anaknya itu cuba mempertahankan diri ketika diperlakukan sebegitu kejam.

“Selepas kejadian semalam (kelmarin), saya telefon Hospital Kuala Kangsar dan dimaklumkan doktor sedang berusaha untuk selamatkan anak saya.


Cucu pandai ambil hati

Sementara itu, nenek tiri mangsa, Rokiah Ismail, 57, berkata, pemergian Nur Syuhada amat dirasai kerana mereka banyak menghabiskan masa bersama kira-kira sebulan lalu.

"Dia ikut saya ke Kuala Lumpur sebulan lalu. Kami jalan-jalan, pergi tengok wayang dan beli-belah. Saya pun seronok sangat dia pandai ambil hati,” katanya yang tinggal di Kelantan.

Tambah Rokiah, selepas pulang dari Kuala Lumpur, Nur Syuhada menyatakan hasrat untuk ke Kelantan dan tinggal di rumahnya bila cuti belajar nanti.

“Walaupun saya nenek tirinya tetapi kami sekeluarga amat rapat. Arwah seorang yang ceria dan selalu menghiburkan kami.

“Saya harap orang yang melakukan perbuatan zalim ke atas cucu saya dikenakan hukuman berat," katanya.

Sumber:Sinarharian


4.2.2015

Mangsa kelar tidak diculik - Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad


Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad

SEPANG 3 Feb. – Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan penuntut perempuan universiti itu yang menjadi mangsa kelar oleh seorang lelaki di Kilometer 228.2, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang semalam diculik di kawasan kampus.

Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajarnya, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said (gambar) berkata, mangsa, Nursyuhada Johari, 20, tidak diculik, sebaliknya secara sukarela mengikut suspek lelaki yang dipercayai teman lelakinya itu menaiki sebuah kenderaan.

“Mangsa tidak diculik di kawasan kampus seperti didakwa sesetengah pihak, sebaliknya mangsa bertemu dengan suspek terbabit di luar kawasan kampus, kemudian mereka dilihat berbincang dan berbual-bual.

“Nursyuhada kemudiannya secara sukarela masuk ke dalam kenderaan suspek dan bergerak ke satu tempat lain, maksudnya mangsa tidak diculik di kawasan kampus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis sesi Menteri Mentor UiTM merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bersama-sama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM SeMalaysia sesi 2014/2015 di Kem Bina Negara Tanjung Rhu di sini hari ini.

Sumber:Utusan Online


Kenapa kejam terhadap anak saya - Ibu


IBU Nursyuhada, Nor Azlina Dawari berdoa selepas jenazah anaknya itu selamat dikebumikan di Kampung Cherok Mokkan, Kubang Pasu, Kedah, semalam.

KUBANG PASU 3 Feb. – Ibu kepada pelajar perempuan yang maut dikelar seorang lelaki di Perak semalam percaya suspek menaruh dendam terhadap anak gadis kesayangannya itu setelah cintanya ditolak.

Wanita terbabit, Nor Azlina Dawari, 44, berkata, dia dan suami, Johari Hashim, 55, pernah beberapa kali menasihatkan suspek supaya tidak mengganggu mangsa, Nursyuhada, 20, namun tidak dihiraukan.

Nor Azlina juga memberitahu, mereka menghalang suspek yang merupakan rakan sekampung daripada menjalinkan hubungan dengan Nursyuhada itu kerana dia disyaki terlibat dengan penagihan dadah.

“Namun saya tidak menyangka dia sanggup bertindak sedemikian terhadap anak saya. Insiden semalam tidak dapat dilupakan apabila saya menerima panggilan daripada rakan Nursyuhada mengatakan dia diculik dengan diacukan pisau oleh lelaki itu.

“Saya cuba menelefon untuk merayu agar anak saya tidak diapa-apakan namun tidak dijawab sehingga suami terpaksa menelefon keluarganya sebelum diberitahu dia telah menikam anak saya.

“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu. Kenapa sanggup dia bertindak kejam terhadap anak saya yang baik hati,” katanya ketika ditemui di Kampung Cherok Mokkan, Napoh dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, Nursyuhada yang merupakan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang maut selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak.

Menurut Nor Azlina, walaupun terkejut dan bersedih dengan tragedi tersebut, keluarganya reda dengan pemergian anak kedua daripada enam adik-beradik itu.

“Arwah seorang anak yang periang dalam keluarga dan beberapa hari sebelum kejadian sikap manjanya menjadi-jadi kepada kami sehingga saya tertanya-tanya namun saya tidak sangka perkara seperti ini akan menimpanya,” katanya.

Sumber:Utusan Online



Update 5.2.2015

Ibu Nur Syuhada minta UiTM tingkat keselamatan


Ibu kepada Nur Syuhada Johari, Nor Azlina Dawari.

JITRA - Keluarga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang yang maut dikelar seorang lelaki di Perak Isnin lalu, meminta agar kawalan keselamatan di kampus itu ditingkatkan supaya tragedi yang menimpa anak mereka tidak berulang.

Ibu kepada Nur Syuhada Johari, Nor Azlina Dawari, 44, berkata, tragedi yang menimpa anak perempuannya itu patut dijadikan iktibar oleh pihak keselamatan universiti tersebut supaya tidak mudah membenarkan orang luar memasuki kawasan kampus.

“Sebelum ini anak saya (Nur Syuhada) ada beritahu senang nak masuk kampus, hanya perlu lambai tangan pada pengawal keselamatan sahaja dah boleh masuk.

“Saya amat berharap, kawalan keselamatan di sana ditingkatkan selepas kejadian ini berlaku kerana saya sayangkan pelajar-pelajar di sana, saya tidak mahu kejadian sama berulang,” katanya, semalam.

Menurutnya, dia dan keluarganya terkilan dan kecewa apabila membaca kenyataan Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said, yang dilaporkan Nur Syuhada mengikut suspek itu secara sukarela.

“Saya masih simpan mesej diterima daripada rakan anak saya yang memberitahu lelaki terbabit mengacukan pisau kepada anak saya.

“Macam mana, UiTM tahu anak saya ikut lelaki itu secara sukarela. Kami kecewa dengan kenyataan ini,” katanya.

Sementara itu, bapa Nur Syuhada, Johari Hashim, 55, berkata, dia berharap pembunuh anaknya dikenakan hukuman setimpal.

Isnin lalu, Nursyuhada yang juga penuntut jurusan Diploma Pengurusan Hotel dan Pelancongan universiti tersebut maut selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak.

Berikutan kejadian itu, seorang lelaki berusia 25 tahun, dipercayai bekerja sebagai tukang masak di Melaka ditahan reman tujuh hari bermula kelmarin untuk membantu siasatan.

Sumber:SinarHarian


Update 8.2.15

Adakah ini gambar suspek ?



Semalam gempar diatas lebuhraya PLUS berhampiran Bukit Gantang selepas seorang penuntut UITM Permatang Pauh, Nursyuhada Bt Johari, 20, telah dikelar oleh teman lelakinya semasa memandu sehingga menyebabkan kematian.


suspek yang merupakan seorang tukang masak yang disyaki mengelar mangsa di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Suspek yang berusia 25 tahun itu dibawa ke Balai Polis Parit Buntar, dekat sini kira-kira jam 10 pagi tadi untuk proses permohonan tahanan reman.


Hari ini gambar suspek yang dikatakan amat kejam itu berjaya dikesan oleh pelayar media sosial yang mana rata-rata antara mereka tidak boleh terima apa yang dilakukan oleh suspek yang di sifatkan amat kejam dari binatang.

Dalam pada itu keluarga mangsa di Jitra bapa kepada pelajar malang itu menceritakan pelajar wanita yang maut akibat dikelar seorang lelaki semalam pernah membuat laporan polis mengenai anaknya yang sering diganggu lelaki itu sejak di tingkatan lima.

Johari Hashim berkata, pemuda tersebut merupakan rakan sekampung anaknya dan pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya.

Namun beliau berkata, mereka sekeluarga menghalang hasrat pemuda itu kerana dia disyaki menagih dadah.

"Anak saya hanya berkawan biasa. Tetapi dia mahu mengadakan hubungan serius. Anak saya pernah beritahu kami, lelaki itu selalu mengganggunya. Saya pernah telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan ganggu anak saya.

"Saya juga pernah membuat laporan polis empat tahun lepas. Apabila dia bekerja di Melaka, saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu anak saya kerana anak saya tidak lagi bercerita mengenainya," katanya.

Semoga pembalasan yang setimpal untuk suspek diatas apa yang dilakukan nya jika didapat bersalah dan perkara ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa.

Sumber: http://c2sini.blogspot.com/2015/ ... pembunuh-kejam.html



Update 9.2.15

TAIPING - Tempoh tahanan reman suspek lelaki yang didakwa mengelar leher pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang sehingga mati di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang 2 Februari lalu, disambung tujuh hari lagi.

Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Taiping, M. Mageswary membenarkan suspek di tahan reman tujuh hari lagi sehingga 16 Februari depan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 2 Februari lalu, suspek dipercayai telah bertindak mengelar mangsa, Nur Syuhada Johari, 20, di bahagian leher dan terdapatnya beberapa kesan tikaman di bahagian badan mangsa.

Mangsa kemudiannya telah disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar kira-kira jam 2 petang hari yang sama.


UPDATE 12/5/2017[VIDEO] Tukang masak dihukum gantung bunuh pelajar UiTM

Seorang tukang masak Syarafi Abu, 27, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, Nursyuhada Johari, 20, kira-kira pukul 11.55 pagi 2 Februari 2015 di Kilometer 228.2, Lebuh Raya Utara Selatan di hadapkan ke Mahkamah Tinggi Taiping di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/SYEFRY MONIZ


TAIPING 12 Mei - Seorang tukang masak dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan tertuduh, Syarafi Abu, 27, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Mohamed Zaini berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira hujahan dan penjelasan yang terperinci daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

“Justeru kamu, Sharafi didapati salah dan sabit membunuh Nursyuhada Johari.

“Tiada hukuman lain yang diperuntukkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selain hukuman gantung. Oleh itu kamu akan digantung di leher sehingga mati,” katanya.

Syarafi yang bekerja di Melaka didapati membunuh membunuh pelajar Diploma Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Nursyuhada Johari, 20, kira-kira pukul 11.55 pagi 2 Februari 2015 di Kilometer 228.2, Lebuh Raya Utara Selatan dekat sini.

Tertuduh yang diwakili peguam, Datuk Naran Singh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Sepanjang perbicaraan, Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abdul Karim, Mohd. Amril Johari dan Mohd. Azrul Faidz yang mengendalikan pendakwaan memanggil 16 saksi manakala pihak pembelaan menampilkan dua saksi termasuk tertuduh. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 80387#ixzz4gvffeLRc

© Utusan Melayu (M) Bhd

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 25-11-2020 05:58 PM
Pelajar UiTM mati selepas leher dikelar

NURSYUHADA JOHARI

Kesian kes ni. Sis ingat lg masa citer ni hot kt CI mcm biasa ramai poremer padan mukakan arwah tu. Ngikut jantan katenye. Pdhal mmg lelaki tu yg mental
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2020 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah boleh update kes arwah Nur Surya .
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2020 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh Lepas Pembunuh ? Baca Komen dlm YouTube [youtube]bp74frrGMlw[/youtube]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2020 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
[youtube]_6cF5fe5jCg[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2020 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
[youtube]9jHIv3WK130[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2020 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
https://amazingnara.com/kisah-pembunuhan-chee-gaik-yap-pada-tahun-2006-pt-1/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2020 11:28 AM | Show all posts
abcdotcom replied at 25-11-2020 10:05 PM
Dah boleh update kes arwah Nur Surya .

ok.

bila free skit, i update
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2020 05:35 PM | Show all posts
Marah tak dapat rogol anak tiri, lelaki Nigeria campak cucu hingga maut di Wangsa Maju
Astro Awani


November 29, 2020 14:30 MYT

Mangsa yang juga seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut selepas dicampak dari tingkat empat sebuah pangsapuri oleh datuk tirinya.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Nigeria ditahan selepas disyaki mencampak cucu tirinya yang berusia empat tahun sehingga maut dari tingkat empat apartment Danau Villa, Setapak di sini awal pagi Ahad.

Tindakannya berbuat demikian adalah kerana berang gagal merogol anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu sebelum dihalang isteri serta anak-anak yang lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, sebelum bertindak sedemikian, berlaku pergaduhan antara suspek yang berusia 42 tahun dengan isterinya warga tempatan berusia 48 tahun.

Pergaduhan itu, kata Nik Ros Azhan, dipercayai berpunca daripada perbuatan suspek yang cuba merogol salah seorang anak tirinya berusia 24 tahun yang juga ibu kepada kanak-kanak yang maut.


Suspek juga, kata beliau, dipercayai cuba melemaskan anak kandungnya yang berusia lapan tahun dalam baldi, namun kanak-kanak itu dapat melepaskan diri.

Siasatan awal polis mendapati, pasangan suami isteri itu mendiami pangsapuri berkenaan bersama lima orang anak dan seorang cucu.

"Pagi tadi berlaku pertengkaran suami isteri di mana suspek cuba merogol salah satu anak tirinya dan kemudian telah cuba melemaskan seorang anaknya yang berusia lapan tahun kemudian cucu yang berusia empat tahun dipercayai telah dibunuh daripada atas dan dicampak ke bawah," kata Nik Ros Azhan.

Menurut Nik Ros Azhan, lelaki itu kemudian cuba melarikan diri namun mengalami kecederaan selepas terjun dari pangsapuri berkenaan melalui tingkap.

Kata beliau, polis masih menjalankan siasatan dengan menemubual jiran-jiran suspek.

Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.
Suspek juga dibawa ke HKL dan ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Siasatan mendapati warga Nigeria itu berkahwin dengan wanita tempatan berkenaan sejak 10 tahun lepas dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan tahun.

Isterinya pula mempunyai empat orang anak berusia 19 hingga 29 tahun serta seorang cucu berusia empat tahun daripada perkahwinan terdahulu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2020 05:38 PM | Show all posts



si  jahanam tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 25-11-2020 05:58 PM
Pelajar UiTM mati selepas leher dikelar

NURSYUHADA JOHARI

Kalau sakit mental xkan dihukum gantung ? Alasan Pembunuh .
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes ni unik n Pelik bin misteri [youtube]vEyn9ZenUAk[/youtube]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2020 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bunuh diri atau dibunuh ???[youtube]TKDqTQQOFSo[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kryptonius replied at 28-12-2019 10:00 PM
Sampai skrg tertanya2 apa tindakan University terhadap jurulatih yg kurang ajar tu.. Sangat tidak  ...

Kes ni mcm disembunyikan sesuatu .Warden dan pegawai tak dihukum .Mereka tahu tp buat 2 tak tahu ???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengawal peribadi bunuh majikan dihukum gantung

Georgetown: Seorang pengawal peribadi dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh majikannya dan dua lagi individu dalam insiden tembakan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman itu terhadap Ja'afar Halid, 41, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Dia disabit membunuh majikannya, yang juga ahli perniagaan, Datuk Ong Teik Kwong, 32, dan dua individu lain, Choi Hoi Ming, 32, dan Senthil Murugiah, 38, dengan menembak menggunakan sepucuk senjata api di susur masuk ke Jambatan Pulau Pinang di lebuh raya berkenaan antara jam 7.15 malam dan 7.30 malam, 1 Dis 2016.

Bagi setiap kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun bagi lima pertuduhan (setiap pertuduhan 15 tahun penjara) atas cubaan membunuh dengan menembak lima individu iaitu Lee Hong Boon,59, di dada kiri; Nurul Huda Ab Aziz, 42, di bahu; Puah Bee Joo, 36, di bahu; Mohamad Amirul Amin Mohamed Amer, 32, di dada kiri dan K. Arivarni, 37, di kepala.

Hukuman tersebut berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap 1 Dis 2016.

Dalam keputusannya, Abdul Wahab berkata keterangan tertuduh yang menyatakan dia tidak ingat apa yang dilakukan semasa kejadian tidak boleh diterima kerana berdasarkan keterangan semasa peringkat pendakwaan menunjukkan tertuduh mempunyai niat untuk melakukan perkara itu.

Selain itu, katanya, mahkamah turut menolak alasan tertuduh tidak waras kerana berpendapat keterangan dikemukakan mendapati serangan oleh tertuduh adalah bersasar.

Abdul Wahab berkata mengikut saksi pembelaan, yang merupakan seorang doktor, mengesahkan tertuduh sememangnya mengambil ubat kerana kebergantungan dan ketagihannya terhadap dadah yang diambil sejak berusia 12 tahun.

Menurutnya, dakwaan tertuduh mempunyai masalah mental turut ditolak walaupun tertuduh menerima rawatan sejak beberapa bulan sebelum kejadian tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee dan tertuduh diwakili peguam Y. Anbanathan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Disember 2020 @ 3:31 PM

#HarianMetro
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 04:08 PM | Show all posts
Bertengkar Sebelum Pengawal Peribadi Lepas 17 Tembakan
Sabtu, 03 Disember 2016 8:41 AM

GEORGE TOWN: Pertengkaran antara seorang pengawal peribadi dan majikannya di dalam sebuah kereta berakhir dengan insiden penuh tragis apabila suspek melepaskan 17 tembakan, menggorbankan bukan sahaja majikannya tetapi dua mangsa lain.

Empat yang lain turut cedera akibat peluru sesat dalam insiden yang berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, petang Khamis.

Sumber berkata, pengawal peribadi dalam lingkungan usia 30-an itu dipercayai ada masalah mental dan suspek mengamuk sebelum menembak majikannya dengan sepucuk pistol.

Menurut sumber, pengawal peribadi yang duduk di bahagian belakang bertengkar dengan Datuk Ong Teik Kwong yang sedang memandu kereta jenis BMW semasa kejadian.


Individu ketiga yang dikatakan pemandu dan juga rakan kongsi Teik Kwong, duduk di tempat duduk hadapan semasa kejadian.

Dia tidak memandu kereta tersebut kerana berada dalam keadaan mabuk.


"Berlaku perselisihan faham dan pengawal peribadi itu mengamuk. Secara tiba-tiba dia mengeluarkan pistol dan menembak Ong dari belakang.

"Selepas itu dia memukul kepala pemandu dengan pistol," kata sumber.

Pemandu itu kemudiannya keluar dari kereta tersebut untuk menyelamatkan diri dan suspek mengejarnya.

"Dia melepaskan tembakan tetapi tidak terkena pemandu itu. Peluru itu bagaimanapun terkena beberapa individu yang berada di lokasi kejadian," kata sumber.

Selain Teik Kwong, dua lagi yang maut dikenal pasti sebagai pembekal bunga, M. Senthil, 38, dan badut profesional, Choi Hon Ming, 32.

Polis tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.

"Salah seorang anggota polis mengacukan pistol ke arah pengawal peribadi itu yang kemudiannya meletakkan senjatanya dan menyerah diri," kata sumber.

Pemandu Teik Kwong yang mengalami kecederaan di kepala dibawa polis ke Hospital Pulau Pinang kira-kira pukul 12.15 pagi Jumaat.

Keputusan bedah siasat menunjukkan Teik Kwong maut akibat kecedeaan di kepala manakala, Senthil dan Hon Ming meninggal dunia disebabkan kecederaan di dada.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata berdasarkan siasatan awal dan temubual dengan ahli keluarga suspek mendedahkan lelaki itu ada masalah mental.

"Kami merampas pistol susulan penangkapan tersebut," katanya.

Khalid berkata suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau tetapi merupakan bekas askar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.622102 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list