CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5189|Reply: 5

Pakaian Adat Melayu di Aidilfitri (Perayaan Islam) Beretika atau Tidak?

[Copy link]
Post time 23-6-2019 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Malaysia.Doom at 24-6-2019 09:58 AM

Kalau di Indonesia orang Bugis Dan Jawa tidak berpakaian Adat semasa perayaan2 Islam. Mereka berpakaian Adat ketika Majlis Perkahwinan Dan Majlis Adat.

Sebaliknya berbeza dengan Melayu Malaysia, pakai Baju Adat semasa perayaan2 Islam dan sememangnya Kita tahu Melayu memang tak ada upacara/perayaan Adat. Kalau majlis kahwin pakai ambik Je Baju Kat almari YG asal selesa pakai.

Ini perbualan saya berkenaan Clothing Etiquette of Bugis dengan orang Bugis Asli.
Single Polls, Total 10 Users voted
Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2019 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki oh lelaki...

Bila bercakap soal fesyen, lelaki memang jenis suka pakaian yang simple, kasual, dan senang. Berbeza sikit dengan kaum hawa yang begitu particular dan teliti tentang fesyen.

9441
Fesyen lelaki memang simple.

Image viaAzhar Mazlan
Setiap hari, perempuan mesti akan fikir nak pakai baju apa, nak pakai colour apa, nak match-kan dengan apa, nak make up macam mana, nak bawa handbag yang mana, nak pakai kasut apa, style tudung macam mana, rambut nak ikat ke tak, dan macam-macam lagi. Banyak betul benda yang bermain di fikiran kaum wanita.

D551
Perempuan pulak memang suka melaram.

Image viaAzhar Mazlan
Kalau lelaki pulak, asalkan ada baju dan seluar, sarung terus, dan siap! Tak payah pening-pening kepala nak fikir macam-macam. Janji pakai baju. Lol.


–– ADVERTISEMENT ––


Tapi masalahnya...

Bila dah terlalu biasa dengan sikap "asalkan pakai baju", lelaki lebih cenderung untuk tidak kisah tentang dress code atau etika pemakaian, terutamanya bila pergi majlis.

3189
Exhibit A.

Image viaAzhar Mazlan
Hari-hari pakai tshirt, hari-hari pakai jersi, hari-hari pakai jeans, hari-hari pakai selipar, hari-hari pakai seluar pendek, hari-hari selekeh dan tak kemas, sampai pergi majlis pun tak reti nak pakai elok-elok.

Paling mudah dan paling common yang kita selalu pergi tentunya majlis perkahwinan. Boleh kata hampir setiap minggu mesti dapat jemputan ke majlis walimatulurus pasangan pengantin baru. Tak kiralah sama ada majlis kahwin kawan baik ke, majlis kahwin kawan sekolah rendah ke, majlis kahwin ex ke, majlis kahwin saudara mara ke, atau siapa-siapa kahwin sekali pun, inilah majlis yang paling biasa kita datang.

Dan dalam setiap majlis pun, mesti akan ada orang yang boleh buat kita sakit mata bila melihat

3578
Exhibit B. Sakit mata tak?

Image viaAzhar Mazlan
Saya tak pasti dengan korang semua. Tapi pada saya, kalau nak datang ke mana-mana majlis, lelaki mahupun perempuan kenalah ada etika dan cara pemakaian yang betul.

Malangnya, ramai yang tak kisah pasal ni. Perempuan tak ada masalah sangat. Yang masalah sekarang ini ialah kaum Adam.

Macam saya cakap tadi, perempuan memang sangat teliti dari segi pemakaian. Bila pergi bersukan, mereka akan pakai baju sukan. Bila pergi kelas, mereka akan pakai pakaian yang sesuai untuk dibawa ke kelas. Bila pergi majlis pulak, pastinya kaum perempuan akan melaram.

Namun lelaki...

Pergi bersukan pakai jersi atau tshirt, pergi shopping mall pakai jersi atau tshirt, pergi kelas pun pakai jersi atau tshirt, pergi sana sini semua pakai jersi atau tshirt, termasuklah pergi ke majlis.

Perasan tak? Seolah-olah lelaki macam dah tak ada baju lain nak pakai.

Pergi majlis pun nak pakai jersi atau tshirt bulat tak ada kolar ke bang? Seriously?

Dear men,

Tolonglah serius sikit dalam bab etika pemakaian ke majlis.

B428
Pakai macam ni pun dah okay. Tak perlu fancy pun.

Image viaAzhar Mazlan
Advertisement


Nak pakai jersi pergi bersukan atau pergi shopping mall semua tu tak jadi masalah. Tak ada orang kisah pun. Tapi tolonglah berhenti pakai baju-baju macam tu bila pergi ke majlis.

Tak sopan tahu tak?

F0ad
Exhibit C. Jersey is a no-no!

Image viaAzhar Mazlan
Kalau anda nak tahu, sesebuah majlis yang dirai semestinya didatangi dengan etika pemakaian tertentu walaupun tidak disebut di dalam kad ucapan. Dan etika pemakaian tersebut sudah tentu melarang tetamu daripada memakai jersi ataupun tshirt yang dianggap tidak sopan.

Sekurang-kurangnya, pakailah pakaian yang lebih proper seperti tshirt polo berkolar. Engkau tu nak pergi majlis, bukan nak pergi melepak.

Lagi sedih bila tengok lelaki datang ke majlis pakai tshirt atau jersi bersama pasangan yang berpakaian serba elok

957c
Kalau pasangan ni, dua-dua pun elok.

Image viaAzhar Mazlan
Pasangan bukan main cantik, pakai pun proper, siap make up, siap pakai tudung branded mahal, setting rambut cun-cun, siap pakai heels sebab dia tahu dia rendah, ditambah pulak dengan clutch di tangan. Memang stylo dan sangat lengkap.

Tapi yang lelaki? Tak kisah langsung. Main sarung je mana-mana tshirt atau jersi yang ada, pakai jeans, pakai kasut sport, settle. Pada dia, mungkin dah elok sangat dah cara pemakaian dia tu.

Bang, tak nampak ke pasangan kau tu gigih gila dress up nak pergi majlis dan nak jumpa kau? Kau takkan la tak ada rasa malu langsung?

Hmmm...

Mungkin ada yang bertanya, "Habis tu nak pakai apa?"

Ini antara 6 senarai pakaian yang sesuai untuk majlis:

1. Tshirt berkolar atau Tshirt Polo berkolar

Tak semestinya brand Polo. Yang penting ada kolar. Tapi, bukan baju kolar kain jersi tu.

2. Baju kemeja
Lengan pendek boleh, lengan panjang pun boleh. Kemeja memang pilihan paling selamat.

3. Nak lagi up, pakai siap dengan blazer
Hanya untuk yang berani sahaja.
Acc6
Kemeja paling selamat. Simple and proper.

Image viaAzhar Mazlan
4. Seluar khakis / chinos, seluar slack, atau seluar plain jeans

Jangan pakai jeans yang koyak-koyak tu. Elak pakai jeans biru tradisional sebab ia terlalu common untuk buat pergi jalan. Jeans yang plain lagi bagus. Seluar mesti kena panjang!

5. Kasut kulit formal atau loafers
Kasut sukan, running shoes, joggers, kasut jalan, atau mana-mana kasut kasual lain memang tak berapa sesuai. Selipar is a no go bro.

6. Baju Melayu pun boleh
Sama ada baju sahaja dengan seluar slack / chinos, atau pakai Baju Melayu satu set siap songkok dan songket. Kalau tak ada songkok, tak proper. Tapi orang buat jugak.
B834
Baju Melayu satu set lengkap.

Image viaFarouq Johari
PENTING: Segala jenis pakaian yang kau nak pakai tu mestilah bergosok dan tak renyuk.

Sebab pernah je jumpa sebelum ni, pakai baju seluar semua dah elok, tapi langsung tak bergosok. Facepalm terus.

Oh lupa, jangan pakai topi, pouchbag (perokok atau vapers suka bawak), dan pastikan rambut kilat berminyak. Nak lagi style pakailah pomade. Hehe.

Bukan susah pun. Serius tak susah.

Kalau perempuan yang nak kena bersiap berejam tu pun sanggup pakai cantik-cantik, kenapa lelaki tak boleh? Tapi untuk lelaki sebenarnya tak payah spend time sampai sejam pun. Soal pemilihan pakaian je yang kena ubah sikit.

Come on guys, we can do better than this.

Harap lepas dah baca artikel ni, kita semua akan ubah mindset dan segera perbaiki cara pemakaian

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Beretika in a way to make sure kita berpakaian sopan. Tapi la ni pun banyak ja baju kurung kecit kecit ikut bentuk tubuh si wanita. Dan lelaki pulak kurta pun semakin ikut bentuk tubuh, baju melayu pun ikut bentuk tubuh. Ketat. Takde la sopan sangat pun. Kalau dulu baju melayu longgar, solat raya pun takde masalah nak tonggeng2. La ni kalau baju melayu ketat gitu..selesa ka nak rukuk sujud tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2019 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakaian Melayu time kenduri kahwin


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2019 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakaian Melayu semasa Sambutan Perayaan Islam,

Raya Korban pakai Baju Pengantin...Raya Puasa bagai Pendekar sebab berjaya berperang lawan nafsu ke hape?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2019 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau saya prefer baju kurung...tapi org lain tak kisah lah..asal jgn tak pakai baju sudah..hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.061372 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list