Onde-onde di Malaysia = Rice cake ball filled with liquid palm sugar and coated in grated coconut di Indonesia?
Kita serumpun. Begitulah diumpamakan pada persahabatan antara Malaysia dengan Indonesia. Persamaan itu membawa pada budaya, makanan dan lain-lain lagi yang serupa antara kedua-dua buah negara. Namun, apabila seorang warganet dari Indonesia berkongsi resipi membuat kuih yang sama dengan dibuat di Malaysia (kita memanggilnya Onde-onde atau buah Melaka) ia menjadi bahan jenaka.
Maklumlah, nama yang diberikan oleh individu tersebut sangat panjang serta dalam bahasa Inggeris. Jadi, adakah ini bermakna ianya adalah resipi kuih yang baharu dicipta atau sengaja mahu lari dari sama dengan kuih Malaysia?
Kredit foto: Twitter
Ramai yang menyatakan ia sengaja dibuat oleh individu tersebut kerana tidak mahu nampak sama dengan kuih onde-onde. Lagi pun jika diberi nama Inggeris dengan menyebut segala bahan-bahan di dalamnya menampakkan ianya lebih eksklusif. Jadi, bolehlah menjual dengan harga yang lebih mahal walhal ianya adalah kuih yang boleh di beli di tepi jalan dan sangat murah!
Scott juga turut menyatakan bahan-bahan untuk membuat kuih 'eksotik' tersebut dan ternyata ianya adalah bahan yang sama untuk membuat kuih buah Melaka kita. Hal ini membuatkan warganet lain tidak habis-habis menjadikannya sebagai parodi.
Kredit foto: Twitter
Bagaimanapun, ada warganet dari Indonesia memberitahu bahawa kuih tersebut sebenarnya memang kuih tradisi mereka tetapi dengan nama lain. Nama sebenar kuih tersebut ialah klepon. Manakala onde-onde di tempat mereka adalah berbentuk bulat dan disalut bijan. Di tempat kita menggelarnya kuih bom.
Ianya dipanggil Onde-onde di Indonesia
Namun, ada beberapa orang warganet turut memberitahu bahawa penggunaan nama yang panjang bukan sekadar mahu komersial. Ini kerana di luar negara ianya adalah untuk memberi gambaran bagaimana kuih itu yang sebenar. Jadi, itu penting supaya menyebut nama sahaja orang asing akan mengetahui kuih apakah itu.
"Weh! aku tengok My Kitchen Rules Australia dulu,
diorang masak kuih ketayap cicah santan je kot tapi nama dia
‘Pandan Crepe Stuffed with Shredded Coconut Simmered in Palm Sugar and Coconut Milk Sauce’."
Kredit foto: Twitter
Jadi, selepas ini mungkin anda boleh berkongsi resipi kuih muih yang pernah anda masak dengan nama baharu yang lebih panjang dan dalam bahasa Inggeris. Mana tahu ianya lebih menarik dan boleh dikomersialkan satu hari nanti. - CARI
|